Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Wednesday, August 20, 2008

    TIDAK WAJAR SUMPAH SAIFUL DIPOLITIKKAN

    Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) menegaskan bahawa isu sumpah (mubahalah) yang telah dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung pertuduhan liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, tidak wajar dipolitikkan.

    “Tidak wajar mempolitikkan isu sebegini dan pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama Islam dan Syariah untuk kepentingan tertentu, harus berhenti sama sekali dari berbuat demikian,” kata Yang Dipertua PUMPP, Dr Wan Salim Wan Mohd Nor.

    Sebaliknya, kata beliau, PUMPP menyarankan agar isu itu diselesaikan mengikut peraturan dan syariat Islam sepertimana yang digariskan dalam undang-undang Syariah Islam jika benar pihak terbabit ikhlas mahu menyelesaikannya mengikut lunas-lunas Islam.

    Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, bersumpah dengan memegang al-Quran tidak ada dalam tradisi dan syariat Islam dan tidak wajar dicampuradukkan dalam sumpah yang dilakukan itu.

    “PUMPP juga menyatakan bahawa pendakwa (Saiful) tidak ada keperluan untuk melafazkan sumpah, memandangkan beliau adalah di pihak yang membuat pertuduhan.

    “Dalam syariat Islam, kes ini diklasifikasikan sebagai kes Hudud (dalam bab zina) dan pendakwa wajar membawa bukti mengikut syarak bahawa perlakuan liwat berlaku dan perkara ini akan dibicarakan di mahkamah selaras kaedah feqah “al bayyinah alal mudda’i wal yaminu ala man ankara” - pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti (4 orang saksi) manakala yang menafikan dikehendaki bersumpah,” katanya

    Pada asasnya, tegas beliau, Islam meletakkan peraturan yang jelas bagi memungkinkan keadilan dicapai melalui proses kehakiman dan pembuktian terlebih dahulu, sebelum sebarang sumpah dilafazkan.

    seterusnya....