Gendang kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh telah dipalu. Gemuruh semangat jentera parti sudah berdegup menanti tarikh yang akan ditetapkan oleh SPR Rabu ini. Pekerja parti tidak sabar menempuh arus kempen yang pasti mencabar.
Walaupun Permatang Pauh kubu kuat PKR, tetapi sejarah pilihanraya kecil di Malaysia perlu direnung. Kebanyakannya dimenangi oleh Bee End. Mereka ini tanpa segan silu, menggunakan segala kemudahan kerajaan untuk berkempen. Jutaan ringgit akan ditabur mengabur mata pengundi. DSAI bukan hanya berhadapan calon UMNO, tetapi akan menentang seluruh kementerian kerajaan yang ada. Penyalahgunaan wang rakyat untuk memenangi hati pengundi akan berlaku sekali lagi. Ijok sudah cukup membuktikan fenomena ini.
Namun, DSAI dan seluruh jentera Pakatan Rakyat, akan berharap rekod pengundi Permatang Pauh yang telah sekian lama bersama KeAdilan.
Ramai pemimpin Bee End, mempersoalkan kenapa Datuk Seri Wan Azizah, melepaskan jawatan wakil rakyat dan menyerahkan kepada DSAI. Ada yang mengatakan Anwar bukan pejuang sejati kerana memilih kawasan selamat. Ada yang menuduh DSWA mengkhianati amanah pengundi. Ada yang berkata pilihanraya kecil membazir wang rakyat. Dan paling tidak ada yang menuduh DSAI tamak kuasa dan terlalu ingin menjadi PM.
Bagi pihak KeAdilan, perlulah dijelaskan bahawa, ada beberapa faktor kenapa DSAI perlu bertanding di Permatang Pauh. Sebelum ini memang DSAI sudah mengatakan akan bertanding di Kulim Bandar Baharu, tetapi petisyen pilihanraya masih diadili di mahkamah dan dijangka akan berlarutan. Jika menunggu keputusan ini, maka sasaran 16 September tidak akan menjadi.
Tarikh inilah menjadi titik tolak keseluruhan skrip politik KeAdilan. Tarikh yang akan menjadi sejarah gemilang Pakatan Rakyat. Untuk merealisasikannya, DSAI perlu menjadi YB pada Ogos ini. Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat akan bermula bermula 18 Ogos selama 41 hari. Pada mesyuarat kali ini, akan berlaku kejutan yang membawa rebahnya kerajaan Pak Lah.
Selain itu, untuk mengelak dituduh membina dinasti dan memberi peluang DSWA menumpukan perhatian kepada anak-anak, maka DSWA perlu berehat setelah berjuang sejak 1998 lagi.
Walau apapun tuduhan pihak Bee End, kelangsungan dan kewujudan Pakatan Rakyat perlu diutamakan. Di pundak DSAI, terpikul tanggungjawab menyelamatkan Malaysia. Kerajaan lemah Pak Lah, yang dipenuhi agenda peribadi, adu domba, hasad dengki, kronisme, nepotisme, perlu diganti dengan politik baru, Malaysia Baru yang lebih adil, kompetitif, rasional dan bukan untuk mengisi kantung sendiri.