Alhamdulillah kupanjat rasa syukur kerana dengan keizinanNya, manusia bernama Anwar Ibrahim lulus ujian yang kesekian kalinya. Dengan pelbagai rintangan dan halangan yang direkacipta pihak lawan, satu persatu dapat ditangkis.
Dari isu peribadi yang mengaibkan, pengundi yang menggunakan nombor kad pengenalan dan alamat orang lain, nama hilang dari daftar pengundi, kertas undi yang sukar dipangkah, provokasi jentera Bee End serta serangan media cetak dan elektronik, akhirnya Anwar Ibrahim menang pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar. Dengan berbaju Melayu ala Johor yang segak, akhirnya manusia itu, mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat jam 10 pagi tadi. Lalu segera duduk di kerusi bertentangan dengan Pak Lah yang dah lelah. Manusia itu digelar Ketua Pembangkang.
Maka bermulalah episod seterusnya perjuangan ke Putrajaya yang sering dinafikan oleh juak-juak Bee End. Akan berlaku perpindahan tempat duduk wakil rakyat, yang sekarang ini lebih banyak di sebelah kanan Speaker. Tunggu dalam seminggu dua ini, keadaan akan menyebelahi manusia bernama Anwar Ibrahim. Insya Allah