Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Friday, August 22, 2008

    SEMANGAT DARI PERMATANG PAUH KE PUTRA JAYA

    Setibanya di Bayan Lepas, selepas penerbangan 2 jam dari Kuching, sudah terasa bahang pilihanraya P44 Permatang Pauh. Pemandu teksi apabila ditanya peluang Anwar menang memberi angka yang terlalu besar - 99.9%. Menang satu undi pun sudh dikira menang.
    Kami terus ke Jalan Sembilang, DUN Seberang Jaya di mana Anwar dijadualkan berucap jam 11 malam.
    Semangat dan angin kemenangan memang sudah kencang bertiup. Pada bola sepak dibanjiri lautan manusia. Paling tidakpun dalam lingkungan 7000 orang setia menanti. Jam 11 belum begitu lewat buat mereka.
    Ketibaan Anwar disambut laungan reformasi dan tepukan gemuruh tanda sokongan penduduk Jalan Sembilang.
    Dalam ucapannya Anwar sekali lagi melaungkan janji untuk mengubah sistem pentadbiran negara. Menang 26 Ogos nanti, esoknya beliau akan melangkah ke Parlimen untuk membawa mandat rakyat.
    Pembentangan belanjawan pada 29 Ogos dan sebagai Ketua Pembangkang, Anawar akan duduk bertentangan dengan Pak Lah. Belaiau dan MP lain akan meneliti belanjawan tersebut dan akan memperjuangkan apa yang sepatutnya rakyat berhak.
    Dan selepas itu, akan berlaku perpindahan wakil rakyat Bee End ke Pakatan Rakyat secara beramai-ramai. Pada ketika inilah kerajaan persekutuan akan diterajui Anwar.
    Anwar berjanji dalam masa 3 bulan, kerajaan yang diterajuinya nanti akan mula menampakkan perubahan. Perubahan ketara termasuklah penurunan harga petrol menjadi RM2/liter. Tahanan ISA yang ditahan tanpa bukti konkrit akan dibebaskan. FDI akan bertambah terutama pelabur Arab.
    Malam itu ceramah Anwar berakhir jam 1230. Majlis itu turut disertai YB Lim Guan Eng.