Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Sunday, August 31, 2008

    MAJLIS KESYUKURAN YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM

    Malam tadi telah berlangsung satu majlis kecil kesyukuran bersempena kemenangan moral, kemenangan perjuangan, kemenangan tekad memulihkan takbir urus Malaysia. Kejayaan YB Dato Seri Anwar Ibrahim dengan majoriti lebih 15 ribu undi, bukan suatu yang mudah untuk diraih.
    Majlis bagi meraikan petugas-petugas dari Sarawak seramai 70 orang itu diadakan di perkarangan pejabat Perhubungan Negeri di Jalan Matang, Kuching. Ianya dihadiri lebih 400 ahli parti. Majlis disulami dengan pengkisahan kejadian sepanjang berada di Permatang Pauh. Rata-rata yang hadir begitu teruja mendengar pengalaman yang tidak pernah dilalui sebelum ini. YB Dominic Ng, dan Hj Wan Zainal Abidin Wan Senusi yang telah terlibat dalam 10 pilihanraya mengakui, pengalaman di Permatang Pauh lebih bermakna kepada mereka. Lautan penyokong Pakatan Rakyat dengan laungan semangat REFORMASI disulami usikan Altantuya,masih segar dalam ingatan.
    Kegigihan petugas tanpa menghirau hujan dan panas, letih, masa ternyata membuahkan hasil yang bukan sedikit.
    Tahniah kepada semua petugas, jentera parti dari PAS, DAP, NGO serta orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.