Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, August 25, 2008

    CORAT-CORET DARI PERMATANG PAUH 3


    Bersama Wanita PKR Perak

    1. Terdapat sebilangan pengundi mendapati nama mereka hilang dari senarai daftar pengundi yang akan digunakan esok. Mereka mendakwa ada mengundi semasa PRU12 Mac lalu. Mereka hairan bagaimana nama mereka tiada dan ada yang dipindahkan ke kawasan mengundi lain.
    2. Semasa merayau-rayau di sebuah pasaraya di Sunway, kami didekati oleh ramai pengunjung dan pekerja pasaraya tersebut. Ada yang bersalam dan memberi sokongan terhadap DSAI. Seorang pekerja mendakwa emaknya telah diberi RM500 sebagai habuan mengundi Bee End.
    3. Bilik Gerakan, di Jalan Sembilang telah membuat laporan polis berhubung risalah yang berunsur hasutan dan dipercayai dikeluarkan oleh pihak lawan. Risalah yang bertajuk SUMPAH MELAKNAT ANWAR IBRAHIM 26 OGOS 2008 JAM 8.00 PAGI-5.00 PETANG dijumpai diselit dalam surat khabar edisi khas. Penyebaran risalah berunsur hasutan tersebut bertujuan mengelirukan pengundi Permatang Pauh.
    4. Difahamkan sebanyak 7 buah kilang mengesahkan akan memberi cuti khas kepada pekerjanya untuk turun mengundi esok.
    5. Semasa rombongan Najib melintasi bilik gerakan di Jalan Sembilang, petugas dan penyokong KeAdilan secara spontan melaungkan slogan keramat REFORMASI dan Altantuya. Jeritan tersebut membuat orang sekeliling kehairanan dan ada yang secara spontan turut serta melaungkan dengan aksi dan semangat reformis.