Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Thursday, August 14, 2008

    BN KETANDUSAN CALON, UMNO SEMAKIN TERDESAK

    Pemilihan Adun Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah sebagai calon BN di Permatang Pauh pada pilihanraya kecil menentang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengundang pelbagai tanda tanya dan segera menimbulkan tanggapan sinis terhadap parti pemerintah itu.

    Pemilihan itu menggambarkan betapa BN mengakui ia sukar memenangi kerusi berkenaan. Calon yang diletakkan itu hanya sekadar menghalang Anwar daripada menang secara percuma.

    Secara tersirat optimisme Anwar dan Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya kecil ini sesuatu yang tidak dapat diatasi BN. Rata-rata pemimpin BN sudah membayangkan bahawa kerusi berkenaan bukan milik mereka.

    "Kita sebagai underdog di Permatang Pauh", kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib beberapa hari lalu.

    Mahyudin Yassin juga mengakui, pertembungan kali ini sesuatu yang sukar bagi UMNO.

    Timbalan Ketua Wanita, melancarkan JIHAD untuk mempastikan Anwar kalah sekaligus membantutkan usaha Pakatan Rakyat mengambilalih kerajaan.

    Nada serupa turut disuarakan para pemimpin BN lain. Mengambilkira kawasan berkenaan adalah pangkalan tradisi Anwar, BN tidak mahu dilihat terlalu bersungguh menentang bekas timbalan perdana menteri itu. Apatah lagi bayangan kekalahan sudah agak jelas.

    Bagi BN, sekiranya kalah sekali pun, ia tidak kerugian apa-apa. Kekalahan BN tidak akan menjejaskan kedudukan bakal calonnya ini sebagai seorang yang telah menjadi wakil rakyat.

    Kedua, pemilihan Arif Shah sebagai calon BN boleh dianggap sebagai penyelesai kepada krisis dalaman Umno sendiri. Parti itu kini berhadapan pelbagai masalah yang sukar ditangani, terutama berkaitan proses pemilihan jawatan di pelbagai peringkat parti itu yang sedang berlangsung.

    Meski pun nama Arif Shah turut disebut sebagai salah seorang pemimpin yang bakal merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh nanti, pertarungan sebenar di bahagian berkenaan adalah dikatakan antara penyandangnya, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan timbalannya, Datuk Pirdaus Ismail.

    Sebagai bekas calon di kerusi berkenaan dalam dua pilihan raya umum lalu, Pirdaus disebut-sebut sedari awal sebagai bakal dipilih semula kali ini. Bagaimana pun, mengambilkira kesungguhannya merebut jawatan tertinggi bahagian itu, pemilihannya sebagai calon dibimbangi akan memburukkan perpecahan dalaman Umno setempat.

    Sudah tentu andai terpilih sebagai calon, ia akan memberi kemasyhuran dan kesan positif kepada Pirdaus berbanding pesaingnya dalam pemilihan parti nanti. Maka pemilihan selain mereka berdua akan mengelakkan perpecahan lebih serius di kalangan dalaman Umno.

    Ketiga, pemilihan seorang yang telah bergelar wakil rakyat sebagai calon juga mengundang tanggapan seolah-olah BN terlalu ketandusan tokoh berwibawa untuk diketengahkan. Apakah sudah tidak ada pemimpin lain selain Adun untuk dipilih BN?

    Persoalan serupa pernah timbul sebelum ini apabila Perdana Menteri terpaksa memilih beberapa tokoh dari kalangan bukan Ahli Parlimen untuk mengisi jawatan dalam kabinetnya, Mac lalu.

    Sehinggakan, bukan sahaja mereka yang di luar sana diseret masuk, malah seorang Adun dari Pahang yang telah dilantik Exco Kerajaan Negeri juga terpaksa dipilih bagi menyelesaikan keperluan itu. Sedangkan masih ramai Ahli Parlimen BN yang belum dilantik mengisi apa-apa jawatan penting kerajaan. Koman sangatkah mereka yang lain itu sehingga tidak layak dipilih?

    Keempat, Presiden Umno masih gagal meyakinkan anak-anak buahnya tentang kejujuran Mohamed Ezam Mohd Nor membantu parti itu. Ternyata kemasukan Mohamed Ezam yang disambut dengan penuh gembira oleh Presiden Umno, masih belum diterima baik oleh akar umbi Umno.

    Bekas Ketua Angkatan Muda PKR itu sebelum ini dianggap banyak pihak sebagai calon terbaik buat BN menentang Anwar. Beliau mendakwa banyak mengetahui rahsia Anwar dan mampu merobek kepercayaan rakyat terhadap pemimpin pembangkang itu.

    Mohamed Ezam sendiri malah siang-siang lagi menawarkan diri untuk dipilih sebagai calon BN. Bagaimana pun, apabila BN mencalonkan orang lain, bererti suara dan peranannya tidak begitu dilayan kalangan Umno sendiri.

    BN nampaknya hanya bersedia memperalatkannya sebagai tukang syarah dan belum bersedia memberikannya kedudukan lebih istimewa, termasuk sebagai calon. Kasihan Ezam yang beriya-iya ingin menjadi calon.

    Dipadan daripada Harakah.