Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Friday, August 22, 2008

    CORAT-CORET DARI PERMATANG PAUH

    1. Apa yang menarik dan begitu menguja ketika mana setiap kali YB Lim Guan Eng berucap dan memberikan fakta atau sesuatu yang positif demi rakyat, maka laungan TAKBIR akan kedengaran. Ini sama sekali menolak dakyah media Bee End yang memperbesarkan isu keretakan hubungan Pakatan Rakyat.
    2. Semacam sudah muak dan hilang rasa hormat terhadap pemimpin Bee End. Bukan bermakna biadap atau hilang tata susila ketimuran. Rakyat menolak pemimpin korup dan sengaja mensensasikan ketuanan Melayu. Najib telah dihalau oleh penduduk Kubang Semang, Penanti semasa hendak melawat bilik gerakan Bee End di sana. Najib turut dikalungkan bendera KeAdilan. Aziz Samsudin telah tidak dilayan dan dihiraukan semasa hendak ke masjid solat Jumaat. Tak ada orang hendak bersalam dengan beliau.
    3. Setiap ceramah semasa kempen ini, para hadirin berlumba-lumba menderma wang ringgit. Berebut-rebut menderma walau seringgit. Semangat yang ditunjukkan belum pernah berlaku dalam KeAdilan. Jika PAS, perkara ini sudah lumrah.
    4. Berkaitan senarai pengundi, ada satu kes di mana tuan rumah di Jalan Sembilang mengadu bahawa rumahnya yang telah 30 tahun diduduki mempunyai seramai 16 pengundi yang tidak dikenali. Ada kes di mana rumah telah tidak wujud tetapi ada pengundi menggunakan alamat tersebut. Di samping itu seramai lebih 900 orang yang layak mengundi dan ada dalam senarai daftar pengundi yang lepas didapati hilang. Perkara ini telah dimaklumkan kepada SPR.
    5. Difahamkan sebanyak 59 bilik gerakan Bee End ditutup kerana menggunakan premis milik kerajaan seperti dewan masyarakat, bangunan KEMAS. Penggunaan harta dan jentera kerajaan untuk tujuan kempen pilihanraya merupakan pelanggaran peraturan pilihanraya. Ketegasan ini perlu menjadi panduan PKR untuk menghadapi pilihanraya DUN nanti.
    6. Perayu undi UMNO didapati tidak berani menggunakan ves atau uniform UMNO/BN semasa berkempen dari rumah ke rumah. Keadaan pelik tetapi benar ini seakan-akan menyerupai anggota KeAdilan dahulu kala semasa berkempen. Keadaan menjadi sebaliknya.