Angka 61 cukup besar nilainya jika perbandingan usia seorang manusia. Selama 61 tahun itulah segala pahit manis telah dirasai. Dirai disanjung bagai raja dan dihina cerca macam anjing kurap, adalah rempah ratus kehidupan manusia bernama Anwar bin Ibrahim. Selamat hari lahir semoga 26 Ogos nanti merupakan hadiah terbesar sempena kelahiran itu.
Saya baru sahaja balik dari luar kawasan setelah seminggu berkereta dari Kuching ke Miri. Bermacam perkara telah berlaku sepanjang tempoh itu. Permulaan Olimpik, bekalan letrik terputus seluruh Sarawak (waktu itu saya baru nak check-in di Hotel Zuhra, Sibu), pendakwaan Anwar di mahkamah, forum anjuran Majlis Peguam dan tidak kurang persidangan dan lawatan menghabis duit rakyat oleh isteri-isteri YB Bee End di Kuching.
16 Ogos, hari penamaan calon pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh. Insya Allah, petugas dan sukarelawan dari Sarawak akan turut serta. Saya sendiri akan pergi membantu sambil belajar cara berkempen orang di sana yang terkenal dengan semangat perjuangan tulin. Mudah-mudahan ianya akan menjadi bekalan menghadapi pilihanraya DUN Sarawak ke-11 yang dijangka diadakan lebih awal. Sesetengah rakan meramal Mac 2009 depan.