Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, October 13, 2008

    PKR: BELUM BERMINAT TERUSKAN USUL UNDI TAK PERCAYA

    Ketua Pembangkang tidak berminat meneruskan rancangannya menukar kerajaan persekutuan melalui usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat yang sedang bersidang.
    Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sekarang menumpukan fokus pada isu-isu ekonomi, termasuk Bajet 2009.
    "Buat masa ini fokus kita ialah terhadap bajet," katanya, juga ketua PKR, di lobi Parlimen hari ini.
    Mesyuarat ketiga bagi sesi pertama persidangan Dewan Rakyat kali ke-12 bermula hari ini selepas ditangguhkan lebih sebulan berikutan bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
    Selain menggesa kerajaan mengemukakan semula belanjawan 2009, susulan krisis kewangan dunia sekarang, Anwar turut mencadangkan kerajaan menurunkan lagi harga minyak kerana harga dunia bahan bakar itu makin rendah