Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, October 27, 2008

    BN=PBB= TAIB MAHMUD PEMBULI

    Jika MCA melalui kenyataan bekas Presidennya Ong Ka Ting, mendedahkan yang UMNO sebagai pembuli dan "too dominant", maka dalam konteks Sarawak, Parti Bumiputera Bersatu (PBB) yang Presidennya Taib Mahmud dicop sebagai pembuli.

    Dakwaan ini telah dibuat oleh Ketua Penerangan PRS Baleh, Beginda Minda melalui kenyataannya kepada Malaysiakini.
    Kenyataan MCA telah disanggah oleh Abdullah Badawi dan Muhamad Taib. Manakala kenyataan Beginda belum diulas oleh mana-mana pemimpin PBB dan BN di Sarawak.
    Beginda mengibaratkan PRS sebagai pelajar lemah yang sering dibuli oleh pelajar senior. Dua senario yang dimaksudkan Beginda ialah semasa Pilihanraya DUN Sarawak 2006 dan PRU12 Mac 2008.
    Pada 2006, BN telah "membenarkan" komponen BN yang lain mencuri kerusi kepunyaan PRS. Taib Mahmud sebagai Pengerusi BN Sarawak telah tidak bertindak sewajarnya membetulkan keadaan ketika mana PRS memerlukan bantuan komponen yang lebih berkuasa.
    Tidak ada pemimpin pusat dan negeri yang menghalang campurtangan komponen lain daripada mengganggu urusan rumahtangga PRS ketika itu.
    Sementara pada Mac 2008, calon-calon yang dikemukakan oleh PRS telah ditolak tanpa sebarang alasan oleh kepimpinan BN. PBB telah memilih calon yang direstui mereka tanpa berunding dengan kepimpinan akar umbi PRS untuk bertanding ke kawasan kepunyaan PRS.
    "Di mana prinsip kebebasan komponen mengurus pentadbiran sendiri dan menamakan calon seperti yang termaktub dalam piagam BN. Bukankah ini pembulian terhadap komponen yang lebih kerdil" soal Beginda.
    "Jika tiada usaha membendung situasi ini, keharmonian BN akan tergugat", tambahnya lagi.