3 buah rumah di Kpg Bintawa Tengah, Kuching, telah musnah sama sekali dalam kebakaran malam 29 September lalu. Kebakaran yang dipercayai berpunca daripada kilat dan berlaku lintar pintas, menjelang Aidilfitri, memusnahkan kegembiraan 19 orang yang terlibat.
Sebagai meringankan beban dan kesedihan mereka, PKR Sarawak diketuai oleh Pengerusi Perhubungan, YB Dominique Ng telah menyampaikan bantuan berbentuk makanan kepada mangsa. Turut hadir ialah Sdr Rahmat Aidil, Ketua AMK Sarawak yang juga bekas calon PRU12 di kawasan itu serta Wong Huang Yu, Bendahari PKR Sarawak.
Rombongan PKR ke tapak kebakaran, telah bertembung dengan YB Wan Junaidi dan YB Abdul Rahman dari Bee End.
Rombongan PKR ke tapak kebakaran, telah bertembung dengan YB Wan Junaidi dan YB Abdul Rahman dari Bee End.