Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Friday, October 3, 2008

    BERKUNJUNG KE RUMAH PENYOKONG

    Semalam, hari raya kedua kami sekeluarga melakukan kunjungan ke Sadong Jaya. Anak-anak begitu teruja untuk melihat tempat kelahiran bapa mereka- Kpg Semera Lot, Sadong Jaya.
    Ketiadaan feri sebab air surut, menyebabkan kami terpaksa menggunakan jalan darat- tambahan lebih 30 km lagi.
    Sesampai di Semera, kami disambut ahli keluarga yang terdiri daripada bapa saudara, emak saudara (sepupu ayahanda) serta para penyokong. Setiap rumah yang dilintasi mereka melambai menjemput naik. Anak-anak nampak keletihan. Lawatan ke kampung-kampung lain terpaksa ditangguh.
    Amat sayang sekali, kami terlepas kenduri di surau pada jam 4 petang. Setiap rumah akan membawa dulang yang diisi kuih dan akan dimakan bersama-sama di surau. Bakinya boleh dibawa balik. Hari raya pertama, juadah yang dibawa berupa makanan berat seperti kari, rendang dan lain-lain. Tradisi seperti ini sudah semakin pupus di tempat lain.
    Jam 4.30 petang, kami berangkat pulang dengan 6 biji limau barli, hasil titik peluh Sdr Abang Jidan @Julaihi Sulong. Beliau merupakan Pengerusi JDM Sadong Jaya.
    Setelah hampir 2 jam menunggu giliran di pengkalan feri, barulah kami dapat menyeberang. Inilah masalah utama yang perlu dihadapi masyarakat di Asajaya dan Sadong Jaya yang hendak ke Kuching. Perkhidmatan feri cuma dapat beroperasi ketika air pasang.
    Jambatan menyeberangi Sg Samarahan yang telah dijanjikan sejak sekian lama, tidak juga menjadi kenyataan. Difahamkan peruntukan untuk jambatan tersebut telah 'dilarikan' ke Mukah untuk menampung kos pembinaan jambatan di sana. Kemudahan asas begini penting pun, kerajaan Bee Eng gagal laksanakan, tetapi penduduk di sini tetap mengundi pemimpin yang cuma menanam tebu di bibir gersang.
    Kepada mereka yang menunggu kunjungan kami, saya minta maaf. Insya Allah tahun mendatang akan berkunjung ke rumah saudara.