Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Sunday, October 26, 2008

    DUIT RM3.5 BILLION DIPINDAH KE CIMB?

    Sebelum ini saya telah mendedahkan bagaimana Ekonomi kita akan terjerumus kemelesetan yang teruk andai Umno kekal memerintah, dan jangan terkejut jika dana Pencen Pesara pun akan dihanguskan, Ya! Anda terkejut tiba tiba Najib mengumumkan dia menyuntik 5 billion ringgit duit EPF sehari selepas saya mendedahkan Menteri Kewangan yang baru ini akan mencedok segala duit Kerajaan dan rakyat. Tetapi apa yang kita tidak tahu adalah 2 hari sebelum umat Islam mahu menyambut hari raya Kerajaan (Kementerian Kewangan) telah sibuk mengeluarkan RM3.5Billion duit kerajaan yang didepositkan di dalam Bank-bank komersial di malaysia dan telah memindahkannya ke dalam bank CIMB yang mana kita sedia maklum bank tersebut dimiliki adik Menteri Kewangan iaitu Nazir Abdul Razak. Mengapa transaksi ini dibuat secara terburu buru?

    Dua hari sebelum Raya dan hari pertama Wall Street mengalami kejatuhan teruk semalaman. Mengapa perlu dipindahkan hanya BANK CIMB? Seorang pegawai bank negara telah mendedahkan kepada saya ketika pertemuan pada hari raya, di kalangan pegawai pelaburan bank bank Komersial dan Bank Negara juga tertanya-tanya mengapa Kerajaan memindahkan begitu banyak wang. Ada yang berkata kalau mahu dikatakan mahu membayar bonus kakitangan awam ia telah dibuat lebih awal, jadi apa yang tergesa-gesa Kerajaan pindahkan wang kepada CIMB Bank?

    Tidak cukup dengan memindahkan RM3.5 Billion duit kerajaan kepada CIMB Bank, tidak sampai 2 minggu sekali lagi Najib mengumumkan 5 Billion lagi digunakan untuk menyuntik ke dalam ValueCap iaitu sebuah syarikat pelaburan Kerajaan? Saya meminta mana-mana yang terlibat dengan Bank Negara boleh mengesahkan berita ini. Pada saya , saya memperolehi berita ini dari orang yang amat dipercayai. Transaksi itu telah dibuat pada 29.9.2008

    baca selanjutnya