Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Wednesday, October 22, 2008

    KUNJUNGAN SETIAUSAHA AGUNG PKR KE SARAWAK

    Setiauasaha Agung PKR, Dato Salehuddin Hashim, telah membuat kunjungan kerja ke Sarawak pada 20-21 Oktober lalu. Dalam kunjungan itu, beliau telah mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan mengadakan pertemuan bersama pemimpin Dayak dan DAP. Ini merupakan rangka lawatan untuk meninjau lebih dekat persediaan Pakatan Rakyat di Sarawak dalam menghadapi pilihanraya DUN yang akan datang.

    Beliau yang diutus khas Ketua Umum, ditugaskan mengumpul segala maklumat penting berkaitan senario politik di Sarawak.

    Semasa bermesyuarat bersama Perhubungan Negeri, beliau menekankan kepentingan semua ahli bersatu hati dan mengetepikan perbezaan pendapat demi memperkukuhkan PKR. Kemelut yang melanda kepimpinan PKR Sarawak boleh diibaratkan sebagai riak dalam cawan. Perbezaan pendekatan adalah kerana rasa hati yang membuak jemu melihat pentadbiran Bee End yang cuma menguntungkan pemimpinnya sendiri.