Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Sunday, October 12, 2008

    MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MATB) PKR

    Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian (MATB), seperti biasa diadakan sebelum Kongres Nasional. Tahun ini ianya mesti diadakan pada 15 September - 15 Oktober 2008. KOngres Nasional PKR akan diadakan pada 28-30 November 2008 di Stadium Melawati, Selangor. MATB bagi bahagian yang berdaftar di Sarawak adalah seperti berikut:
    Bahagian Bandar Kuching dan Miri diadakan pada 9.10.08, Sibu- 25.9.08, Batang Sadong- 11.10.08, Santubong dan Serian- 12.10.08, Petra Jaya- 13.10.08.

    MATB Batang Sadong telah diadakan di Dewan Mesra di bawah pengurusan Majlis Daerah Simunjan. Ini merupakan pertama kali, premis milik kerajaan negeri dapat digunalan untuk menganjurkan aktiviti PKR. Seramai 103 orang hadir ke mesyuarat, satu jumlah di luar jangkaan. Biasanya kehadiran cuma sekitar 30-50 orang.
    Turut hadir termasuklah YB Dominique Ng, Pengerusi Perhubungan Negeri Sarawak dan isteri, Tn Hj Wan Zainal Abidin Wan Senusi (Timbalan PPN). Mesyuarat di akhiri dengan jamuan ramah-tamah aidilfitri.