Fenomena Obama, melanda seluruh jagat. Pemilihannya sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44 amat menakjubkan. Pemimpin dunia berlumba-lumba mengucapkan tahniah. Tidak ketinggalan Presiden Republik Islam Iran, turut mengutus surat tahniah. Ini juga sejarah baru kerana Iran dan AS tiada hubungan diplomatik sejak Revolusi Islam 1979.
Presiden Iran memulakan suratnya dengan kalimah mulia iaitu “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani” Dan diperenggan pertama suratnya beliau telah terus menyampaikan dakwahnya:
As you know, the chances that God gives to his subjects pass swiftly. They can be used for the perfection of humanity and to the benefit of nations or, God forbid, to the detriment of nations.
Sebagaimana yang Tuan tahu, peluang yang diberikan oleh Allah swt kepada hamba Nya bergerak deras. Peluang itu boleh digunakan untuk kebaikan manusia sejagat dan manfaat negara-negara lain atau, pohon dijauhkan Nya, untuk kemusnahan dunia.
Melalui kemenangan Obama ini barangkali Ahmadieniejad melihatkan bahawa di sana ada peluang untuk Amerika berbincang kembali dengan Iran demi kebaikan dunia. Dan surat beliau ini juga mencerminkan keikhlasan negaranya dan besar jiwa seorang pemimpin Islam.
Surat beliau kepada Obama ini sungguh cantik susunan bahasanya dan ternyata merupakan suatu permulaan yang baik ke arah kestabilan dunia dan menggugurkan sebarang dakyah dan prasangka jahat terhadap Islam. Beliau menambah:

The great civilization-building and justice-seeking nation of Iran would welcome major, fair and real changes, in policies and actions, especially in this region.
Negara Iran yang merupakan negara pembina tamaddun dan pencetus keadilan akan mengalu-alukan sebarang perubahan yang besar dan adil terutama dalam dasar dan perlaksanaan terhadap rantau sebelah sini.
If steps are taken in the path of righteousness, toward the goal of carrying out the teachings of the holy prophets, it is hoped that almighty God will help and that the enormous damage done in the past will be somewhat diminished.
Sekiranya langkah-langkah ini diambil menuju ke arah yang hak, ke arah perlaksanaan apa yang diajar oleh para rasul, adalah diharapkan yang Allah maha berkuasa akan membantu kita dan segala pergeseran yang lampau akan akhirnya berjaya diatasi.
Demikianlah besarnya harapan dan impian Presiden Iran terhadap bakal Presiden Amerika ini. Memang tinggi harapannya tetapi bagi sebuah negara yang telah sekian lama disenarai hitamkan oleh Amerika, ia barangkali satu permulaan dan percubaan yang baik.
Apa yang menarik perhatian adalah kekuatan mesej dakwah yang terkadung dalam surat ini. Sepatutnya kekuatan seumpama ini turut dipamirkan oleh sesiapa sahaja yang berjuang untuk memartabatkan Islam. Di penghujung suratnya Presiden Iran menyebut:
I ask the high God to grant all of humanity and all nations health and happiness, honor and prosperity, and to grant rulers and officials the ability to learn from the past and to use every chance to serve, to spread love and kindness, to eradicate oppression, to do justice and to follow the holy guidelines.
Saya memohon agar Allah mengurniakan pada semua negara dan bangsa kesihatan dan kebahagian, penghormatan dan kesejahteraan, dan mengurniakan semua pemimpin dan para pegawai mereka kemampuan untuk belajar dari peristiwa yang lepas dan agar menggunakan setiap peluang memerintah yang diberi untuk menyibarkan kasih sayang dan kebaikan, menghapuskan penindasan dan memberikan keadilan dan mengikuti garis panduan yang mahasuci (yang telah ditetapkan).