Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Wednesday, November 12, 2008

    ISU TANAH - RAKYAT SARAWAK MULA BANGKIT

    PKR submits land memorandum to State Legislative Assembly, demikian tajuk berita yang diberikan Borneo Post hari ini. Memorendum dengan tema Change To Sarawak Land Code itu mencadangkan kerajaan BN Sarawak meminda beberapa perkara dalam Sarawak Land Code agar selari dengan akta yang sama di Sabah dan Semenanjung.
    Di antara kandungan Memorendum itu mencadangkan agar pemilikan tanah dilanjutkan kepada 99 atau 999 tahun, berbanding sekarang yang kebanyakannya cuma 60 tahun.
    Seperkara lagi ialah membenarkan pemilik tanah memperbaharui pajakan tanah sebelum 20 tahun daripada tarikh luput. Ini akan membolehkan tuan tanah mencagar tanah tersebut ke bank.
    Memorendum ini telah ditandatangani lebih 1000 orang, yang kebanyakannya pemilik tanah di Baram.
    Sementara memorendum yang diserahkan pada 10 November 2008 oleh gabungan beberapa NGO adalah berkaitan dengan NCR. Penyerahan yang disertai dengan piket lebih 100 orang itu adalah menifestasi dan respon rakyat Sarawak tentang pencerobohan tanah nenek moyang dan pusaka mereka yang sewenang-wenangnya diberikan kepada syarikat perladangan.
    YB Dominique Ng yang hadir dalam kedua-dua penyerahan memorendum tersebut menyifatkan, tindakan NGO dan rakyat Sarawak itu sebagai perjuangan mempertahankan hak dan menghantar signal kepada kerajaan BN tentang masalah yang dihadapi pemilik tanah.

    Teruskan perjuangan sehingga pemimpin BN mengembalikan apa-apa yang telah dirampas. PKR komited membantu dan konsisten dalam pendirian untuk mengembalikan tanah kepada mereka yang berhak apabila menerajui pemerintahan Negeri Sarawak.