Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Saturday, November 22, 2008

    PERJUMPAAN INTELEKTUAL : SURVIVAL POLITIK MELAYU DI SARAWAK

    Gelombang kebangkitan rakyat Sarawak terutama masyarakat Dayak menjadi bahan bualan hangat. Rata-rata orang Dayak, menolak pencerobohan dan pengambilan tanah NCR milik turun-temurun dan diberikan kepada syarikat perladangan tanpa persetujuan mereka. Rasa tidak senang terhadap kerajaan negeri dijelmakan dengan kemasukan beramai-ramai ahli PRS dan PBDS diketuai YB Gibreil Adit ke pangkuan PKR. Senario ini, menghasilkan impak yang bukan sedikit. Bila pula orang Melayu nak bangkit dan menuntut hak mereka?
    Makan rojak kucei di Batu Lintang, saya dan Hj Wan Zainal Abidin, berbincang keperluan untuk mengadakan perjumpaan intelektual Melayu. Perjumpaan ini diharapkan dapat mempertemukan intelektual dari pelbagai bidang kepakaran, untuk mengutarakan pandangan masing-masing tentang masa depan politik orang Melayu di Sarawak. Terutama menggunakan PKR sebagai wadah perjuangan mereka.
    Perjumpaan yang dimaksudkan itu bukan semata-mata untuk mereka yang pro-PKR. Dicadangkan mereka yang tidak menyokong perjuangan PKR turut dijemput.
    Matlamatnya ialah ingin mendengar melalui kupasan ilmiah, pandangan berlandaskan fakta, pendapat yang bukan dari pemikiran dangkal serta bukan semata-mata ingin mendengar perkara molek-molek sahaja.
    Hasil perbincangan itu akan dicatat dan dirumus sebelum dihantar kepada kepimpinan PKR pusat. Ini bertujuan supaya mereka mengetahui sedikit sebanyak latar belakang dan kehendak semasa orang Melayu di Sarawak. Rumusan itu diharap dapat dijadikan panduan dalam merealisasikan harapan PKR dan PR menawan DUN Sarawak.