Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Wednesday, November 19, 2008

    PKR Sarawak Ramal Pilihanraya Negeri Diadakan Tahun Depan

    Lebih Ramai Pemimpin BN Akan Berpaling Tadah

    KUCHING, 19 Nov (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) meramalkan pilihan raya negeri ke-10 akan diadakan pertengahan tahun depan ekoran perkembangan terbaru politik di negeri ini yang menyaksikan bekas pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) menyertai parti itu.

    Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Hj Wan Zainal Abidin Wan Senusi, yang membuat ramalan itu, hari ini berkata kemasukan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ngemah, Gabriel Adit Demong, bekas anggota Parlimen kawasan Sri Aman, Jimmy Donald dan beberapa pemimpin BN dan hampir 12,000 anggota BN akan memperkukuhkan PKR di Sarawak.

    "Saya optimistik bahawa lebih ramai pemimpin BN akan menyertai PKR dalam waktu terdekat," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

    Beliau mendakwa terdapat petunjuk yang penduduk Sarawak mahukan perubahan terutama berhubung dasar tanahnya.

    Adit, 58, yang memenangi kerusi itu atas tiket Bebas pada pilihan raya negeri 20 Mei, 2006, menghantar permohonan untuk menyertai PKR Sabtu lepas. Dengan kemasukannya, parti itu kini mempunyai dua anggota dalam Dewan Undangan Negeri.

    Seorang lagi ialah Dominic Ng yang juga pengerusi PKR negeri dan wakil rakyat Padungan.