Petang Rabu lalu, saya didatangi seorang pemuda sasa yang memperkenal dirinya sebagai Yan (nama sebenar dan identiti dirahsiakan dahulu). Dia mendakwa berasal dari Kpg Rambungan, Lundu. Walaupun perasaan takut dan gementar ada, beliau memberanikan diri datang ke Pejabat Perhubungan PKR Negeri di Jalan Matang,Kuching.
Kedatangan dengan penuh harapan, agar permasalahan dan nasib penduduk Rambungan mendapat pembelaan. Menurut yang empunya cerita, kegiatan mengorek, mengambil, menyedut, memunggah pasir di laut dan muara sungai Rambungan telah lama berlarutan. Sekitar 8 tahun lalu, tetapi akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi.
Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Hock Seng Lee, telah diberikan lesen oleh kerajaan negeri untuk operasi ini. Berbelas buah tongkang yang sarat muatan berulang-alik setiap hari dan malam.
Kesan daripada kegiatan ini, hampir 70 ekar tanah di sepanjang pesisir laut telah terhakis. Pokok-pokok kelapa, buah-buahan, serta pokok ru sudah dihanyutkan air. Termasuk juga chalet yang diusahakan penduduk tempatan sudah roboh. Jika dahulu jarak chalet ini kira-kira 50 meter dari laut, kini tapak chalet adalah laut.
Begitu juga sumber pendapatan penduduk yang bergantung harap kegiatan nelayan pesisir pantai. Jaring dan pukat rosak dilanggar tongkang. Tiada ganti rugi daripada syarikat tersebut. Udang tuahe (sejenis udang laut gred A), juga semakin pupus.
Penduduk telah merayu kepada wakil rakyat supaya mengetengahkan masalah mereka. Laporan polis juga sudah dibuat. Jabatan Tanah dan Survei juga sudah diberitahu. Malangnya sehingga kini tiada tindakan positif diambil.
Yan mengakui bahawa lebih 99% pengundi di Rambungan adalah penyokong kuat BN. Tidak kira samada calon dari PBB atau SUPP, hampir kesemua pengundi Rambungan akan mengundi calon BN. Ini termasuklah ayahnya sendiri yang pernah menjadi Ketua Kampung dan penyokong tegar BN.
Balasan daripada kesetiaan mereka, adalah ketenteraman penduduk terancam oleh hakisan. Kini laut semakin menghampiri kawasan kampung. Jika keadaan sekarang berlarutan, 10 tahun akan datang, Rambungan akan hilang ditelan air laut.
Banyak lagi yang diceritakan oleh Yan kepada saya dalam perbualan kami selama hampir 1 jam setengah. Sebelum balik, Yan mengharapkan bantuan PKR terutama YB Dominique Ng melihat permasalahan mereka.
Kami di PKR biasa berhadapan situasi seperti ini. Jika sudah terdesak dan pihak kerajaan tidak ambil peduli, baharulah berjumpa PKR sebagai jalan terakhir. Inikah kerajaan yang kita agung-agungkan. Kerajaan berselindung di sebalik Politik Pembangunan, tetapi rakyat yang merana.