Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Tuesday, November 4, 2008

    SUBSIDI UNTUK KERAJAAN BN.

    " Shahrir berpendapat pada tahun hadapan sistem pemberian rebet akan ditukar kepada sistem yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat. Shahrir mendakwa dari maklum balas orang ramai, mendapati ramai yang tidak menyukai pemberian rebet tersebut, ramai tak setuju, ramai tidak menghargai usaha kerajaan untuk membantu rakyat.

    Kalaulah beruk seumpamanya boleh memahami apa yang diperkatakan oleh sharir hari ini pasti dibalingnya sharir dengan buah kelapa. Iya betul, ramai tidak setuju dengan pemberian rebet tersebut, ramai juga tidak menyukainya dan ramai juga tidak menghargai usaha kerajaan itu kerana jumlah rebet yang diterima oleh rakyat adalah tidak setimpal dengan kesusahan yang telah dialami oleh rakyat yang menanggung sengsara dengan kenaikan minyak yang melampau oleh kerajaan pada bulan jun yang lalu.

    Kini, rakyat tidak menyukai, tidak setuju dan tidak menghargai langsung usaha kerajaan itu. Kini rakyat terpaksa memberi subsidi minyak kepada kerajaan BN bukan kerajaan BN beri subsidi minyak kepada rakyat kerana harga minyak dunia turun manakala harga minyak di pam masih tinggi. Harga minyak sehingga kini 02.11.08 US dollar 67.81.

    Lagi kerajaan menyusahkan rakyat. Subsidi benih padi dihentikan dan pembekalan benih padi diambil alih oleh pihak swasta. Kenapa begini jadinya dalam keadaan kelembapan ekonomi yang tidak menentu. Betul kata petani tua di berita tv3 hari ini " kerajaan sepatutnya membantu petani, nelayan pula kerajaan dapat beri subsidi minyak, bagi petani langsung tidak ada subsidi, dengan keadaan sebegini bagaimana kerajaan mahu mengangkat golongan petani berada di golongan pertengahan ". Atau tindakan kerajaan ini merupakan balasan kepada rakyat yang menyokong PR pada PRU12 yang lalu kerana jelapang-jelapang padi utama negara terletak di negeri-negeri di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat

    Lihatlah apa yang telah kerajaan perlakukan terhadap rakyat. Sepatutnya kerajaan membantu golongan seperti ini. Tidak menghairankan jika harga barang naik disebabkan tindakan kerajaan seperti mana penarikan subsidi benih beras tersebut. Jelas, undi BN Barang Naik. Oleh keretaburuk