Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Sunday, November 16, 2008

    SARAWK IN HISTORY: YB GIBRIEL ADIT JOIN PKR SARAWAK

    SARAWAK- A CHANGE IN THE MAKING, Sarawak Menuju Perubahan merupakan tema Makan Malam meraikan detik bersejarah untuk PKR Sarawak khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. 15 November 2008 merupakan titik permulaan kebangkitan suara rakyat Sarawak yang mahukan perubahan setelah sekian lama diperintah kerajaan PBB dan sekutunya.

    Pertama, YB Gibriel Adit, ADUN Ngemah secara rasmi mengisytiharkan diri menyertai PKR Sarawak. Ini menjadikan PKR mempunyai 2 wakil di DUN Sarawak. Peningkatan 100%.

    Kedua, buat pertama kali majlis makan malam terbesar dengan kehadiran lebih 4000 orang membanjiri Pusat Pameran dan Perniagaan Sibu. Meja rasmi yang disediakan ialah 300 buah tetapi ramai lagi yang datang walaupun tiada tiket masuk.

    Ketiga, buat pertama kali ADUN dari DAP menghadiri majlis rasmi PKR. YB Wong Ho Leng (Bukit Assek) dan YB Chiew Ching Seng (Kidurong) hadir bersama-sama meraikan makan malam.

    Keempat, permohonan masuk menjadi ahli PKR terbesar dalam satu-satu masa. Pada majlis itu, YB Gibreil menyerahkan 11,753 borang permohonan kepada DS Anwar Ibrahim.

    Pusat pameran yang menjadi lokasi majlis, sesak dengan lautan penyokong PKR, DAP, PAS, SNAP yang ingin menyaksikan detik bersejarah itu. Saya selaku MC malam itu, begitu teruja mengacarakan majlis yang terbesar dalam sejarah PKR mahupun PR di Sarawak.