''TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN SEPANJANG BERKHIDMAT DI JABATAN NEGERI SARAWAK"
Orang berbudi memang sepatutnya kita mengucapkan terima kasih. Sudah menjadi amalan manusia sejagat. Tetapi dalam kes kakitangan bertaraf sementara atau kontrak yang bekerja di jabatan-jabatan kerajaan Negeri Sarawak, nasib mereka umpama habis madu sepah dibuang. Apa tidaknya, perkhidmatan mereka akan ditamatkan mulai 31 Disember 2008. Mereka yang bilangannya ratusan orang difahamkan berkhidmat di JKR Negeri, Jabatan Pertanian, DID dan jabatan lain sudah menerima surat penamatan perkhidmatan awal Oktober lalu. Notis 3 bulan telah dikeluarkan oleh jabatan masing-masing. Surat pekeliling mengarahkan penamatan ini telah ditandatangani oleh Serudu Sokhlai, Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Negeri Sarawak.
Apalah nasib mereka yang telah bekerja semenjak 1994 lagi? Periuk nasi mereka bergantung sepenuhnya kepada gaji tersebut sebagai sumber pendapatan. Apa nak jadi dengan perbelanjaan persekolahan anak-anak, perbelanjaan harian, pinjaman bank dan sebagainya. Ditambah lagi keadaan ekonomi yang merudum, menambah sengsara penghidupan mereka.
Di manakah slogan Kerajaan Prihatin yang sering dilaung-laungkan pemimpin BN? Di manakah semangat membela nasib rakyat yang menjadi tunjang politik pembangunan Taib. Kenapa orang yang sama-sama berjasa, menabur bakti sepanjang perkhidmatan "sementara", diberhentikan begitu sahaja?
Taib dengan megah menyatakan bajet RM4.3 billion Sarawak 2009, adalah bajet surplus. "Tidak perlu mengikat perut dan mengurangkan perbelanjaan" katanya kepada pemberita selepas pembentangan bajet semalam. Bajet 2009 lebih besar berbanding bajet 2008 (RM3.5 billion).
"Sehubungan itu, rakyat perlu bekerjasama dengan kerajaan mengharungi kemelut ekonomi dunia yang paling teruk sejak 1930", tambahnya lagi.
Sehubungan itu juga, kita berharap Taib dan kerajaan negeri memberi kerjasama dengan tidak memberhentikan perkhidmatan anak Sarawak yang malang itu.
Kita menyeru pekerja-pekerja terbabit tampil supaya dapat diperjuangkan semasa persidangan DUN sekarang. Pejabat PKR ada menerima salinan surat arahan tersebut tetapi kami memerlukan maklumat yang lebih lengkap. Kepada rakan-rakan yang mengetahui masalah ini sila berhubung dengan YB Dominique Ng atau saya seberapa segera.