Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Tuesday, November 25, 2008

    DELEGASI TERAMAI DARI SARAWAK KE KONGRES NASIONAL PKR

    Tahun ini, PKR Sarawak akan menghantar kontigen teramai ke Kongres Tahunan PKR yang akan berlangsung pada 20-30 November 2008. Kongres akan diadakan di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam.
    Seramai 105 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh Sarawak akan mula berkampung di Shah Alam mulai 27 November, di mana persidangan Angkatan Muda dan Wanita dijadualkan pada 28 November. AMK akan bersidang di Hotel Quality, manakala Wanita di Stadium Melawati.
    29-30 November merupakan Kongres Tahunan yang dijangka dihadiri lebih 10,000 orang perwakilan dan pemerhati seluruh negara.
    Kontigen Sarawak pada tahun ini, telah mendapat layanan istimewa dengan kemudahan penginapan disediakan percuma dan tambang penerbangan dibiayai separuh. Manakala kerajaan negeri Selangor akan meraikan kontigen Sarawak dengan jamuan makan malam pada 28 November dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai hosnya.
    Antara yang mewakili Sarawak ke Kongres tersebut termasuklah YB Dominique Ng, YB Gibreil Adit serta kepimpinan negeri yang lain. Beberapa tokoh politik seperti Datuk Daneil Tajem, Datu Bujang Ulis, Dato Sri Hjh Hafsah Harun turut diundang sebagai tetamu.