Gambar Penangkapan Anwar Ibrahim (Nanyang.com)
Jika dahulu, pintu rumah dipecahkan oleh polis yang siap berbaju kalis peluru, bertopeng dan bersenjata api, senario kali ini agak berbeza walaupun motifnya hampir sama.
Kenderaan yang dinaiki Anwar, dihalang di persimpangan menuju ke rumahnya di Gombak. Pasukan polis yang turut bertopeng dengan konvoi di antara 15-20 buah kenderaan, bertindak menahan Anwar yang singgah ke rumah sekembalinya dari memberi keterangan kepada BPR di Putrajaya.
Anwar mendakwa dikasari semasa penahanan tersebut. Beliau sempat menelefon isterinya, Datuk Seri Wan Azizah di Parlimen, mengesahkan penahanan beliau. Anwar terus dibawa ke Tingkat 7, IPK KL untuk diambil keterangan dalam tuduhan liwat Saiful Bahari.
Sebelum itu, ketika selesai memberi keterangan kepada BPR di Putra Jaya, Anwar menyeru penyokong dan ahli KeAdilan, bertenang dan beliau memberi komitmen akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan polis mengenai tuduhan liwat.
Sehingga kini nasib Anwar belum diketahui samada ditahan reman atau pun tidak.