Dah 2 minggu kecoh satu Malaysia pasal tuduhan sodomi ke atas DSAI. Pelbagai pihak memperkatakan kes ini mengikut acuan dan citarasa mereka sendiri. Pak Menteri Bee End terutama dari UMMP NO masing-masing mengutuk dan mensensasikan keburukan Anwar.
Ada yang terlebih cakap, percaya Anwar memang punya nafsu depan dan belakang. Maka media yang bersengkokol dengan mereka, memukadepankan pendapat dusta ini. Fitnah yang amat jahat dan keji.
DSAI dan pimpinan PKR, tetap menafikan tuduhan itu, sebaliknya percaya ini adalah perancangan jahat despero politik yang berbibir merah. Siapa yang tidak mahu mengambil langkah injuksi menghalang sangkaan tepat penglibatannya dalam kes Altantuya.
Penganalis berpendapat senario liwat ini direkacipta, merupakan serampang 2 mata untuk membunuh karier politik 2 kuasa. Kill 2 birds with 1 stone. DSAI dan bala tenteranya sedang mara ke Putrajaya. Pak Lah masih mau bertanding dalam perhimpunan Disember nanti. Maknanya, masih goyah peralihan kuasa yang dijanjikan.
Halangan utama adalah DSAI. Maka tembok ini perlu diruntuhkan dahulu. Bagaimana caranya, tuduhan liwat. Tuduhan ini amat berkesan. Sejarah 1998 menjadi bukti. Asal sahaja DSAI dapat dilokapkan, maka plot komplot ini mudah diarahkan.
Kebijaksanaan orang keliling DSAI, menggagalkan perancangan licik si bibir merah. Anwar segera berlindung di Kedutaan Turki. Ada imuniti di sana. Maka seantero dunia tahu, Anwar dituduh sekali lagi terlibat dalam kes liwat. Mau tidak mau, maka kerajaan Malaysia terpaksa, memberi jaminan keselamatan terhadap Anwar. Jaminan mendapat penyiasatan adil saksama. Dan jika terjadi apa-apa terhadap Anwar, maka tahulah kita siapa yang punya angkara.
Ini menyulitkan perancangan si bibir merah. Tambahan pula, Bala PI mengeluarkan satu pernyataan bersumpah yang mendedahkan penglibatan si bibir merah dalam kes Altantuya. Ini menambah risau si bibir merah yang ingin mengambilalih pemerintahan Malaysia seperti cara bapanya- mengisytiharkan darurat.
Si Bala PI ini, mesti dikendalikan dahulu. Maka dalam masa 24 jam, satu babak tambahan dalam drama ini terjadi. Bala PI menarik balik perakuan bersumpahnya. Pelik. Perakuan bersumpah pertama memakan masa 2 bulan untuk disusun sebegitu rupa, tetapi kurang 24 jam Bala PI menafikan kandungan keseluruhannya. Kononnya dia diugut utnuk menyediakan perakuan tersebut.
Malangnya, selepas Bala PI menafikan perakuan bersumpah pertama, dia ghaib bersama anak isterinya. Sampai sekarang tidak dapat dikesan.
Berbalik kepada kes liwat, maka barisan kaldai, anjing, burung kakak tua, menyanyikan lagu yang liriknya Anwar mesti berani menghadapi tuduhan liwat. Jangan politikkan hal peribadi. Anwar pengkhianat bangsa dan negara kerana melapor kepada Amerika Syarikat hal tersebut. Penakut dan Anwar memang terlibat dalam kes itu.
Lirik ini disogok ke sana ke mari. Dimainkan dalam radio, tv serta terpampang di surat khabar mereka.
DSAI, sebaik keluar dari Kedutaan Turki, bersaksikan ribuan penyokong parti, Anwar berikrar akan menghadapi kes ini. Akan memberi kerjasama dalam penyiasatan polis. Menuntut ketelusan pihak berkuasa.
Tidakpun terdengar DSAI mengatakan tidak mahu disiasat. Cuma Anwar mau penyiasatan yang profesional.