Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, July 14, 2008

    MENGHADIRI SEMINAR DI SELANGOR

    Saya baru balik dari KL petang tadi setelah menghadiri seminar SKS (Sekateriat Kongres dan Seminar) anjuran Menjana Tenaga Kemenangan (MTK) KeAdilan Pusat. Seminar tentang bagaimana mengurus, mengendali dan memaksimumkan kehadiran peserta dalam setiap aktiviti kelolaan parti. Dengan kata lain seminar ini mirip TOT (Training of Trainers). Seminar ini dilangsungkan di Nur Sungai Merab, satu lokasi yang agak terpencil di daerah Sepang. Ianya berlangsung pada 11-12 Julai yang lalu.
    Apa yang menarik perhatian saya ialah kehadiran ayahanda kepada Datuk Seri Wan Azizah. Dalam usia 83 tahun, Dato' Wan Ismail Wan Mahmood turut gagah mengikuti aktiviti yang diadakan.
    Maka hasilnya, setiap PKR negeri akan mengadakan seminar SEHARUM (Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia), berdasarkan modul yang dikupas dan diputuskan dalam seminar SKS ini. PKR Sarawak akan mengadakan SEHARUM pada 26 Julai ini.