Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Wednesday, July 2, 2008

    RAKYAT SARAWAK TERUS TERTIPU

    Di sebalik tumpuan semua terhadap kes DSAI dan pendedahan Raja Petra, rupanya ada rakyat Sarawak yang bertegang leher, menyinsing lengan mempertahankan hak mereka yang dirampas. Mereka sehati dan menggunakan kudrat yang ada pada ketika khazanah dan periuk nasi mereka dirampas pihak yang tidak bertanggungjawab.
    Pemimpin yang diharap membela nasib mereka, pemimpin inilah yang mengkhianati. Pemimpin inilah yang melelong tanah mereka kepada syarikat besar. Dengan alasan pembangunan untuk rakyat, tetapi sebaliknya menbuncitkan perut pemimpin itu sendiri.
    Penduduk di rumah panjang Temiang dan kawasan sekitarnya di Simunjan telah nekad membakar jentolak serta mesin yang menggondol tanah pusaka nenek moyang mereka. Penduduk ini telah membuat sekatan dan menghalang kerja-kerja pembersihan tanah mereka untuk tujuan pembukaan ladang kelapa sawit. Mereka tidak sanggup melihat anak cucu mereka merempat dan menumpang di tanah sendiri. Di situ juga tempat mereka bercucuk tanam menyara kehidupan.
    Tanah NCR yang dimiliki sejak tahun 1938 ini, telah dijual secara gelap kepada syarikat perladangan. Penduduk kampung diperdaya oleh kelicikan pemimpin yang bergelar YB itu. Penduduk ditipu. Tanah dijual tanpa pengetahuan penduduk yang telah berdekad mengusahakan temudak tersebut.
    Natijahnya , 4 orang termasuk seorang Tuai Rumah telah bermalam di lokap. Nasib baik Pengerusi PKR Sarawak YB Dominic Ng turun ke lapangan dan berjaya membebaskan Tuai Rumah tersebut. Bagaimana nasib setrusnya, cuma masa yang akan menentukan.
    Di Miri pula, seramai 300 orang penduduk dari rumah panjang di Niah telah berambih di kawasan Pejabat Residen Miri sebagai langkah membantah tindakan sebuah syarikat perladangan mengarahkan mereka mengosongkan rumah panjang yang mereka diami bertahun-tahun mereka. Tindakan pengusiran ini, memang tidak boleh diterima. Di mana keprihatinan pemerintah yang begitu mudah menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat besar atas alasan pembangunan?
    Apa yang dapat disimpulkan dalam 2 insiden ini, ialah kerajaan Be End yang ada sekarang, cuma melihat peta pada peta tanpa merujuk ke akar umbi. Tanah yang disangka kosong rupanya ada temudak, temuai, dan rumah panjang. Bagi mereka, janji duit masuk. Kesengsaraan penduduk bukan keutamaan.
    Lantaran itu, penduduk sekarang semakin berani dan bijak mempertahankan hak mereka. Sehingga kini ada lebih 200 kes yang melibatkan pengambilan tanah NCR yang menunggu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Semua ini adalah gara-gara pihak tertentu yang menguruskan tanah Negeri Sarawak.