Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Tuesday, July 29, 2008

    ANWAR BAKAL BERTANDING DI KULIM BANDAR BAHRU, KEDAH

    Pengumuman yang dinanti-nantikan akhirnya menjadi kenyataan. Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal bertanding di kerusi P018 Kulim-Bandar Bahru yang mempunyai 51,995 pengundi berdaftar. Pecahan pengundi terdiri daripada 67.93% Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India.
    Kerusi itu disandang oleh seorang peguam, Zulkifli Nordin dari PKR. Beliau memenangi RU12 lalu dengan majoriti 5,583. Zulkifli memperolehi 22,255 berbanding 16,672 oleh Abd Kadir Sheikh Fadzir dari UMNO.
    Ternyata pengumuman itu, mendapat reaksi positif daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat. Hj Hadi dan Lim Kit Siang, mengikrarkan sokongan penuh terhadap langkah Anwar itu.