Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Tuesday, July 22, 2008

    PENYOKONG BN MAHU JAMBATAN KAYU DIGANTI JALAN SIMEN

    Setiap warga memang menginginkan kemudahan asas yang sempurna. Ditambah lagi setelah 45 tahun merdeka dalam Malaysia, sepatutnya tiada lagi jambatan kayu untuk menghubungkan dari satu rumah ke rumah lain. Tiada lagi istilah titi kayu yang usang, rapuh dan bergoyang ketika dilalui.

    Namun inilah hakikat, yang terpaksa dilalui saban hari oleh hampir 40 orang penduduk dari 10 buah rumah di Kpg Pulo Hilir, perkampungan Melayu di Bandar Kuching. Jarak perjalanan yang cuma 10 minit dari pusat bandar. Jambatan kayu berusia lebih 20 tahun, sudah terlalu uzur untuk dilalui pada era moden ini. Jambatan yang boleh roboh pada bila-bila masa.
    Keperitan penduduk bertambah sengsara ketika musin hujan. Papan yang berlumut mengundang bahaya terutama kepada anak-anak. Berjalan waktu malam pun terpaksa berhati-hati.Papan yang rapuh mudah patah.
    Mereka telah mengutus banyak surat permohonan untuk mengganti dengan jalan konkrit atau simen. Namun belum menampakkan hasil. Wakil rakyat silih berganti meninjau jambatan tersebut, tetapi penduduk tetap hampa.
    Rohani Karim semasa menjadi ahli Parlimen kawasan ini, pernah melafazkan janji memperbaiki jambatan sepanjang 153 meter ini. Namun apabila beliau berpindah kawasan, penduduk melopong iri hati kerana kawasan lain telah siap jalan mereka.
    Wan Junaidi semasa menjadi ADUN dan ahli Parlimen telah beberapa kali membuat tinjauan. Kali terakhir ialah semasa kempen PRU12 Mac lalu. Beliau berjanji akan mempercepatkan proses menggantikan jambatan itu. Namun belum tertunai juga. Difahamkan peruntukan untuk Timbalan Speaker Dewan Rakyat ini telah habis diagihkan. Wan Junaidi sekali lagi menabur janji kosong. Kempunan lagilah pengundi beliau.
    ADUN N3 Pantai Damai Dr Abdul Rahman, juga pernah membuat akujanji yang serupa semasa kempen pilihanraya DUN 2006 Namun pengundi dan penduduk sekali lagi dibohongi.
    Anggaran kos membina jalan konkrit atau simen cuma sekitar RM100,000.00, tetapi kerajaan yang memerintah begitu liat mengeluarkan peruntukan berbanding Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru bernilai lebih RM300 juta yang terletak 2 km dari kawasan ini.
    Apa yang dikesalkan, apabila penduduk mengibarkan bendera KeAdilan sebagai tanda protes, mereka diugut, ditakut-takutkan oleh juak-juak Barisan Nasional. Mereka khuatir bendera ini dilihat oleh YB mereka. Jika bendera tersebut tidak diturunkan, jalan tidak akan dibina. Penduduk yang amat dahagakan jalan itu dibina, akur dan segera menurunkan bendera tersebut.
    Apakah, penduduk dan pengundi tetap Barisan Nasional di kawasan ini, bukan rakyat Malaysia? Mengapa mereka dianaktirikan? Mengapa wakil rakyat mereka Cuma berjanji semasa kempen pilihanraya sahaja? Selepas itu gagal menjenguk muka.

    Jika KeAdilan mengetengahkan perkara ini, KeAdilan akan dituduh menghasut rakyat. KeAdilan mengambil kesempatan mempolitikkan perkara tersebut.

    Jika bukan kepada YB DATUK Dr HJ WAN JUNAIDI TENGKU JAAFAR dan YB Dr. ABDUL RAHMAN JUNAIDI yang TERPILIH sebagai wakil rakyat mereka, kepada siapa lagi hendak mengadu.