Penurunan harga minyak dunia sejak kebelakangan ini amat meredakan masyarakat dunia. Namun sebaliknya di Malaysia. Kalau semasa pengumuman kenaikan menjadi RM2.70 dahulu alasan yang digunapakai ialah, kerajaan tidak mampu menampung subsidi minyak yang tinggi. Tetapi dengan senario penurunan harga global, kenapa kerajaan belum bertindak menurunkan harga ke paras yang lebih rendah. Di mana janji mereka untuk menurunkan harga, jika harga minyak dunia turun.
Ini jelas membuktikan, komitmen kerajaan Bee End untuk membela nasib rakyat kebanyakan berada di tahap rendah. Pemimpin terutama dari UMNO sekarang sedang leka melobi dan berkempen mengekalkan kedudukan mereka dalam parti. Sehingga nasib rakyat kebanyakan menjadi agenda kedua perjuangan mereka.
Kelantangan Ketua Umum KeAdilan untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen jika berjaya memerintah pada 16 September ini, sepatutnya menjadi cabaran kepada kerajaan sekarang. Tetapi sebaliknya mereka terus membohongi rakyat yang kononnya, merekalah pejuang bangsa, penyelamat negara.