Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Monday, August 3, 2009

    ANWAR LAWAT SARAWAK 8 OGOS

    Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Sarawak pada 8 Ogos ini. Turut mengiringi beliau ialah Datuk Chua Jui Meng dan Datuk David Yeoh yang menyertai Keadilan baru-baru ini.

    Sejerus tiba, DSAI akan ke Bau dan mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Sarawak di Pejabat Cabang Mas Gading di Bau. Beliau turut merasmikan pembukaan pejabat tersebut.

    Selepas itu, DSAI akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin kaum Bidayuh bertempat di Kpg Saduh, Singai, Bau.

    Kemudian DSAI akan bersama-sama penyokong Keadilan menghadiri Jamuan Malam di Kelab Sukan dan Rekreasi Singai. Jamuan ini dihoskan bersama oleh Cabang Mas Gading, Mambong dan Serian.

    Dari Bau, DSAI akan bersama-sama masyarakat Cina dalam program anjuran mereka. Anwar akan berucap di majlis ini.

    Jam 10.00 malam, DSAI akan menghadiri pula Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di persekitaran Pejabat Perhubungan Negeri di Jalan Matang, Kuching. Beliau turut dijadualkan berucap di majlis ini.

    Semua ahli, penyokong dan orang ramai dijemput hadir terutama di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat untuk sama-sama mendengar ucapan berkaitan isu-isu semasa politik tanahair.