Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Sunday, August 16, 2009

    Ketua Pembangkang bukan untuk dicerca: Zaid

    SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya diberi penghormatan sewajarnya kerana kedudukan beliau yang sah sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen negara dan bukannya dianggap musuh yang mesti dimaki serta dicerca setiap masa.

    Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Anwar mempunyai peranan yang sah dalam sistem demokrasi berparlimen kerana beliau mewakili separuh daripada jumlah pengundi Malaysia (4 juta) yang memilih Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum lalu.

    Menurutnya, sebenarnya di negara-negara yang lebih memahami selok-belok demokrasi, tata susila politik m:oden, yang tahu erti peranan yang berbeza antara kerajaan dan pembangkang, Ketua Pembangkang amat dihormati.

    "Malah Perdana Menteri di beberapa negara yang matang demokrasi sentiasa menjemput Ketua Pembangkang untuk membincangkan hal negara demi kepentingan umum.

    "Mereka ketepikan politik kepartian demi rakyat dan negara... cuma di Malaysia dan Myanmar, pemerintah ghairah nak tangkap pemimpin pembangkang," katanya semalam sebagai mengulas tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

    Berikutan laporan muka depan sebuah akhbar, kemudiannya Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat menghantar notis tuntutan maaf dan ganti rugi RM100 juta.

    Timbalan Perdana Menteri kemudiannya menjelaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada Anwar yang mahukan beliau menarik balik kenyataan yang dibuat semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat, Johor itu.
    Dari Sinar Harian.