Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Wednesday, August 12, 2009

    BENARKAH KERAJAAN BN TIDAK MERAMPAS TANAH RAKYAT?

    Kenyataan akhbar Sdra Baru Bian di bawah walaupun lewat dikeluarkan di sini tetapi masih relevan dengan senario merampas tanah adat NCR di Sarawak. Ternyata BN cakap tidak serupa bikin. PM tidak berani menegur KM Sarawak.

    Laporan akhbar muka depan Borneo Post bertarikh 19 Jun 2009, menyatakan kerajaan BN tidak akan mengambil tanah adat masyarakat Orang Asal. Perdana Menteri di dalam ucapannya menyeru rakyat untuk “… yakin dengan kerajaan Barisan Nasional (BN). Kami tidak berniat untuk mengambil tanah sesiapa pun. Masyarakat Iban tidak perlu bimbang. Kerajaan BN tidak akan merampas harta benda anda.”

    Jawapan saya kepada kenyataan tersebut jika benar, merupakan penyelesaian yang kecil tetapi malangnya sudah terlambat.

    Ini adalah kerana tanah rakyat, khususnya tanah adat masyarakat Orang Asal telahpun diambil, dirampas dan dirompak di bawah pemerintahan kerajaan BN.

    Kenyataan yang dibuat oleh PM ini jelas menunjukkan bahawa rakyat, khususnya masyarakat Orang Asal telah beberapa tahun ini sering mengadu bahawa tanah NCR mereka telah diambil.

    Firma guaman saya sendiri sekarang sedang mengendalikan lebih dari satu ratus kes yang berkaitan dengan NCR yang jelas membuktikan tanah NCR telahpun diambil, dirampas dan dirompak beberapa tahun ini di bawah pemerintahan kerajaan BN, yang diketuai oleh Ketua Menteri sekarang iaitu Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

    Walaupun terdapat sebuah keputusan di dalam kes Nor Anak Nyawai bahawa tanah NCR terdiri bukan sahaja dari “temuda” (hutan sekunder) tetapi ia juga merangkumi “pemakai menua” (kawasan masyarakat Orang Asal memburu, menangkap ikan, mengumpul dan mencari hasil-hasil hutan) dan “pulau” (hutan simpan atau hutan dara yang disimpan) dan kes ini telah diperkukuhkan oleh kes Madeli Salleh di Mahkamah Persekutuan, (Mahkamah Tertinggi di Malaysia). Namum demikian kerajaan BN Negeri Sarawak tidak mahu menerima keputusan-keputusan mahkamah-mahkamah tersebut. Ini jelas sekali dilihat dengan keengganan Kamar Peguam Besar Negeri Sarawak menerima keputusan tersebut melalui pembelaan mereka kepada Kerajaan Negeri terhadap kes-kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah-Mahkamah Tinggi di seluruh Sarawak.

    Dengan ini saya ingin menyeru kepada Perdana Menteri untuk mengarah dan/atau sekurang-kurangnya menasihati Kerajaan BN Negeri melalui Ketua Menteri Pehin Sri Taib Mahmud untuk mengembalikan kesemua tanah NCR yang telah “diambil, dirampas dan dirompak” dengan begitu pantas beberapa tahun ini dengan membatalkan lesen-lesen pembalakan, geran-geran hak milik sementara dan permit menanam semula atau lesen-lesen yang merangkumi dan/atau meceroboh masuk ke dalam tanah-tanah NCR.

    Kedua, mengarah supaya sebuah Pesuruhjaya Penyiasatan Tanah ditubuhkan untuk menyiasat kesemua pelanggaran tuntutan hak tanah NCR di Sarawak termasuklah aduan yang berkaitan dengan salah guna kuasa oleh pihak polis berkenaan dengan perbalahan di antara pihak syarikat swasta dengan penuntut tanah NCR, supaya PM boleh menunjukkan kepada rakyat di Sarawak dan Malaysia secara umumnya bahawa beliau melaksanakan apa yang beliau ungkapkan.

    Pesuruhjaya Penyiasatan Tanah tersebut harus juga menyiasat kesemua kes-kes yang kini berjumlah lebih daripada satu ratus yang masih lagi menunggu perbicaraan di Mahkamah-Mahkamah Tinggi di Sarawak, supaya kes-kes yang tertangguh di Mahkamah-Mahkamah Tinggi tersebut boleh diselesaikan.

    Jika cadangan di atas tidak dilaksanakan di dalam tempoh sebulan dari hari ini, saya rasa kenyataan-kenyataan sebegini hanya merupakan mainan politik yang sengaja digunakan untuk mengeliru rakyat terutamanya masyarakat Orang Asal di Sarawak, seolah-olah kerajaan BN kini perihatin dengan hal-ehwal dan masalah mereka.

    Saya percaya bahawa ini adalah tanda-tanda awal bahawa Pilihanraya Negeri akan tiba tidak lama lagi.

    Baru Bian
    20 JUn 2009