Walaupun sekadar lawatan singkat, namun 3 aktiviti utama yang diselenggarakan telah memberi impak yang sangat berkesan.
Sebaik tiba, DSAI terus ke Bau. Di sana pembukaan Pejabat Khidmat Cabang Mas Gading, perjumpaan tertutup bersama pimpinan Bidayuh dan kemuncak menghadiri jamuan di Kpg Sudoh, Singai Bau.
Sambutan masyarakat Bidayuh amat memberangsangkan. Tiket untuk 120 buah meja habis terjual dan kehadiran malam tadi melimpah keluar dewan.
Walaupun ada satu lagi jamuan saat akhir dibuat di Bau oleh pihak tertentu dengan percuma, namun, aura DSAI lebih memikat masyarakat sekitar Bau.
Di Hotel Grand Continental, DSAI menjadi pemidato untuk forum Peranan Masyarakat Tionghua Dalam Agenda Keadilan Yang Pelbagai Kaum. Lebih 300 jemputan memenuhi ruang.
Persinggahan DSAI di perkarangan Pejabat Perhubungan Negeri di Jalan Matang, Kuching untuk menyampaikan ceramah Umum tetap ditunggu oleh lebih 2000 orang walaupun sudah lewat dari jadual asal. Berucap selama 40 minit, ternyata memukau khalayak.
Datuk Chua Jui Meng turut menyampaikan ucapan beliau yang lebih banyak menerangkan kenapa beliau memilih Keadilan dan sanggup melepaskan 'kemewahan' dan 'kemudahan' sebagai ahli MCA dan BN.
Lawatan singkat tapi padat dengan mesej telah menyebabkan BN mengarah semua menteri dan jentera mereka memfokus Sarawak. Keadilan ternyata menggugat ketenteraman BN.