Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Friday, March 13, 2009

    PENSIANGAN, HINA SULTAN DAN PEGUAM SIVAKUMAR

    Tiga kes mahkamah hari ini telah memberi keputusan masing-masing. Kesemuanya melibatkan politik yang dilihat semakin mencabar kedua-dua pihak PR dan BN.

    Di Mahkamah Persekutuan, diputuskan bahawa Joseph Kurup kekal sebagai Ahli Parlimen Pensiangan, Sabah setelah mahkamah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mendapati kemenangan tanpa bertanding Joseph Kurup sebagai tidak sah.

    Sementara seramai 6 orang telah didakwa di mahkamah atas dakwaan menghina sultan dengan menghantar komen yang negatif dan menyerang dengan tulisan menghina susulan kemelut politik Perak. Salah seorang mengaku salah, manakala empat lagi minta dibicarakan. Seorang lagi tertuduh tidak hadir dan akan dihadapkan ke mahkamah pada 15 April.

    Manakala perjuangan Speaker Perak V Sivakumar untuk menggunakan khidmat peguam sendiri telah diterima dan diluluskan oleh Mahkamah Rayuan. Panel tiga hakim memutuskan perkara itu selepas mendapati tiada peruntukan yang menyatakan Speaker mesti diwakili oleh penasihat undang-undang negeri kerana di bawah Akta Tatacara Kerajaan, Speaker bukan seorang pegawai kerajaan negeri.