Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Thursday, March 5, 2009

    FAUZI MUDA CABAR POLIS HERETNYA KE MAHKAMAH

    Seorang pemimpin Keadilan mencabar polis menyeretnya ke mahkamah agar dapat mendedahkan butiran dakwaan percubaan Datuk Seri Najib Razak merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan Perak.

    "Saya bersedia untuk ke mahkamah di mana saya akan berpeluang mendedahkan semua bukti yang saya ada termasuk rakaman tentang perbualan dan perbincangan saya tentang isu membeli Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan yang diusahakan oleh Najib," kata ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda.

    "Saya mendesak polis agar segera mendakwa saya di mahkamah adalah kerana saya tahu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis pasti tidak akan mendakwa Datuk Seri Najib di mahkamah terhadap apa yang telah saya laporkan.

    fauzi lodge macc report in ipoh 040309"Jadi jika mereka mendakwa saya, itulah saja jalan yang terbaik untuk saya berdepan dengan Najib di mahkamah dan mendedahkan segala bukti-bukti yang ada pada saya terhadap rasuah dan pembelian Adun yang melompat parti dan menyokong BN."

    Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau juga mendakwa SPRM tidak berminat menyiasat aduannya atau mengambil tindakan terhadap timbalan perdana menteri.

    Sebaliknya polis seolah-olah diarah untuk bertindak terhadapnya berhubung akuan berkanun yang mengandungi butiran dakwaan tersebut, kata Fauzi lagi.

    "Saya telah dipanggil oleh pihak C Team Ipoh pada 10 Februari 2009 untuk diambil keterangan.

    "Tetapi selepas itu saya berkali-kali dihubungi oleh pihak polis untuk datang memberi keterangan tambahan kepada mereka," katanya.

    Tambahnya, kelmarin beliau diminta ke Cawangan Jenayah Berat polis Ipoh untuk diambil keterangan berhubung akuan itu. - MALAYSIAKINI

    Berani kerana benar. Apa yang dinyatakan oleh Fauzi adalah yang benar-benar terjadi. Sebab itu SPRM telah gagal menyiasat aduan tersebut. Cabaran Fauzi membuktikan dia mempunyai asas dan bukti bahawa bakal PM ada memujuknya supaya membawa 2 ADUN yang belum balik ke kawasan sehingga kini itu melompat katak ke BN. Syabas Fauzi atas keberanian anda.