Najib membayangkan BN tidak akan bertanding di DUN Penanti. Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan MT UMNO dan pemimpin BN yang lain. Ini adalah kerana takut membazir wang rakyat.
Pemimpin Gerakan mendakwa pilihanraya itu sengaja diadakan untuk mencetus gelombang sokongan rakyat.
“Peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik dan boleh disifatkan sebagai “mainan politik” untuk tujuan tertentu. Jadi rakyat pada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan,” kata Najib.
Bagi Keadilan pula, sesiapa yang bertanding dan menang di Penanti, akan dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Dua nama yang hangat diperkatakan adalah Datuk Zahrin yang juga Pengerusi PKR Negeri dan Dr. Mansor Osman, Timbalan Pengerusi Negeri.
Tetapi sejarah menunjukkan pilihan raya kecil juga pernah diadakan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Abu Hassan Omar yang ketika itu seorang Ahli Parlimen bertanding di DUN bagi membolehkan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Pelari Puteri Sultan Selangor ) pada 1997.