Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Wednesday, April 29, 2009

    Hakim tolak permohonan Zambry diisytihar MB sah

    Jalan pintas yang cuba diguna oleh Menteri Besar (haram) Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk diisytiharkan sebagai menteri besar yang sah, gagal apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan ‘Pele’ Pulau Pangkor itu.

    Keputusan yang sudah tentu amat ‘mengejutkan’ Zambry itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Persekutuan.

    Zambry dipercayai berbuat demikian disebabkan tidak percaya dengan diri sendiri, fobia dan tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf beliau sebagai MB yang sah di Perak.

    Senario ini dapat dilihat jelas bahawa kemana sahaja beliau pergi, rakyat mencemuhnya dan menggelarnya sebagai “MB haram”.

    Dalam kes yang difailkan oleh Zambry beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:

    1) Sama ada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.

    2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.

    3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.

    Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

    Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

    DR. MONSOR OSMAN CALON PKR DI PENANTI

    Fairus hadir memberi sokongan semasa pengumuman Dr Mansor.

    – KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA –
    28 April 2009

    (Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.

    Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

    Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

    Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.

    En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.

    Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.

    Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

    ANWAR IBRAHIM

    Tuesday, April 28, 2009

    JANGAN TERTIPU DAN DITIPU SPR LAGI....

    SPR telah menetapkan hari pengundian dan penamaan calon. Kepada semua jentera parti (KEADILAN atau PAKATAN) dan penyokong diingatkan jangan tertipu dengan perkembangan semasa yang diorkestrakan untuk kepentingan regim.

    Pasti akan ada pertandingan

    Harap jentera dipersiapkan tanpa mempedulikan sentimen Bn mungkin tidak bertanding. Ini kerana sejak bila pula Bn atau pemimpinnya bercakap benar dalam isu pilihanraya ini. Lupakah kita Abdullah yang mengatakan pasti tidak ada pilihanraya dalam masa terdekat dan kemudian membubarkan Parlimen esok tengahari? (Di Malaysia, penetapan tarikh pilihanraya menjadi senjata ampuh BN, dicari tarikh yang menyebelahi mereka. Negara lain contohnya Indonesia yang kononnya terkebelakang dari Malaysia, tarikh PEMILU diumumkan terlebih awal) Atau lupakah kita dengan manifesto Bn yang disampaikan Najib bahawa minyak pasti tidak naik tahun ini 2008 tetapi minyak tetap naik selepas pilihanraya ?

    Memang Najib tidak mahu bertanding kerana pertandingan akan digunakan sebagai medan membogelkan beliau yang banyak skandal jenayahnya. Tetapi ketahuilah Umno kita masih gagal dikawal sepenuhnya oleh Najib. Kumpulan yang hendakkan Umno bertanding lebih kuat dan ramai dari suara Najib. Najib yang mula dikenali sebagai penakut untuk membuat keputusan pasti akur dengan kehendak yang lebih ramai, walaupun akhirnya merugikan dia sendiri.

    SPR kata jangan datang ramai - ramai dan tidak ada pondok panas.

    SPR cuba menipu mereka akan hadkan penyokong PAKATAN dan biarkan penyokong Bn maka nanti dalam media mereka akan mainkan betapa Bn ramai penyokong. Bukan tak biasa SPR menipu. Tahun 2004 SPR memperkenalkan larangan bina pondok panas. Pihak BA (pada ketika itu) akur dan tidak membina sebaliknya Bn membina pondok panas macam biasa. Bila aduan dibuat SPR kata luar bidang kuasanya.

    Begitu juga penggunaan setem hasil pada 2008 dimestikan (jika gagal kertas pencalonan boleh ditolak), tetapi apabila ramai calon BN yang tidak sempat mematikan setem tersebut, larangan itu ditarik balik.

    Apa yang SPR harus lakukan kalau berani ?

    Pastikan tiada jentera kerajaan digunakan untuk berkempen sama ada kerajaan pusat atau negeri. Halang menteri - menteri datang sebagai menteri dengan di iring polis dan menggunakan peruntukan kerajaan sebagai bahan kempen. Kalau tak berani maka minta pengerusi SPR diminta berhenti menyiarkan kenyataan lawak jenaka.

    SPR tidak telus, secara peribadi soalan cheGuBard pun masih SPR tidak jawab... bagaimana jumlah kertas undi yang dikeluarkan di peringkat Parlimen Rembau dalam PRU 12 , 2008 berlebih dari jumlah kertas undi dikeluarkan bagi 4 buah DUN dibawah kawasan tersebut ? Adakah ada yang datang cuma diberi kertas undi parlimen atau nombor jumlah undi bertukar sebelum pengumuman keputusan untuk memenangkan calon Bn...?

    SPR alat untuk memperlihatkan Malaysia negara demokrasi dan sebaliknya hanya memastikan Bn menang.... Orang akan tanya habis tu macam mana bila ada tempat Bn kalah juga...jawapannya ialah SPR dah tak larat nak tipu lagi itu sebab Bn tetap kalah walaupun dah tipu....
    Dipetik dari blog CheGuBard.

    DR MANSOR BAKAL CALON PKR DI PENANTI

    PARTI Keadilan Rakyat (PKR) yang biasanya 'terkebelakang' dalam mengumumkan calonnya bertanding pilihan raya kecil mengambil langkah awal menamakan bakal calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, malam ini.

    Ia akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Calon yang disebut-sebut ialah Dr. Mansor Osman, bekas setiausaha politik Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

    Mansor juga merupakan Timbalan Pengerusi Berhubungan PKR Pulau Pinang.

    Mansor pernah bertanding di kerusi DUN Pulau Betong pada Mac 2008 tetapi tewas dengan perbezaan 294 undi di tangan Muhamad Farid Saad dari BN-Umno.

    "Kami sudah memilih calon, akan mengumumkan calon ini esok... akan diumumkan di Penanti," kata Pengarah Pilihan Raya PKR yang baru, Saifuddin Nasution ketika dihubungi mStar Online.

    Pelantikan Saifuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR diumumkan oleh Anwar hari ini. Sebelum ini Saifuddin merupakan Pengarah Strategik PKR.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 23 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti dan jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 31 Mei.

    Kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Penanti wujud berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin.

    Ketika ditanya mengapa PKR mengumumkan calonnya terlalu awal berbanding masa-masa lalu, Saifuddin berkata, "pengumuman dibuat mengikut keperluan... adakalanya kita perlu mengumumkan lebih awal, ada waktunya kita perlu mengumumkan lewat."

    "Tak timbul soal cepat atau lambat," katanya.

    Dengan pengumuman itu, kata beliau, PKR akan ada masa kira-kira tiga minggu menjelang hari penamaan calon untuk membuat persiapan.

    Ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini PKR merupakan parti terakhir membuat pengumuman mengenai calonnya.

    Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

    Daftar Pemilih yang akan digunakan SPR pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemas kini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

    Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

    NOTICE OF QUESTIONS UNDER STANDING ORDER 19 OF DUN SARAWAK

    Below are the questions I will be raising at the forth coming sitting of Dewan Undangan Negeri Sarawak.

    1. FOR THE MINISTER OF SOCIAL AND URBAN DEVELOPMENT

    Re Proposed Redelineation of PMC Areas to MBKS and DBKU

    a. The Ministry is requested to make public the details of re-delineation of the boundaries of DBKU, MBKS and Padawan Municipal Council, and to clarify if the exercise will result in rate changes, especially and including assessment rates in the areas concerned.

    b. In view of the objections of the Chairman of PMC, to its losing some RM5 million annually in assessment rates, what is the justification for the redelineation, and why is there no proper consultation with the PMC, and with the affected residents, before such and exercise is proposed.

    Re Closure of Courthouse and Barracks Roads

    In view of the serious decline in business suffered by nearby traders following the closure of Courthouse and Barracks Road, and in view of the Merdeka Plaza project having come to a standstill for almost half a year already, would the State Government not order the project contractor(s) to immediately remove barricades at Barracks Road, and thus restore the previous flow of traffic through Barracks Road and Court House Road to Gambier Street, for every day the roads are closed means that daily the shopkeepers are suffering losses!

    Re Proposal of Kuching City Listing As Heritage City under UNESCO

    a. Since the State Government has publicly announced its intention of applying for Kuching to be listed by UNESCO as a World Cultural Heritage City, what are its plans to ensure the preservation and rehabilitation of the Gambier Street historical sites (the sites referred to are the Vegetable and Fish Markets, Live Poultry Market, Old Information Office, Garment Building, Ban Hock Wharf Hawkers’ Centre, and the Lorna Doone Wharf);

    What are the criteria required for Kuching City and its plans to qualify for listing as a World Cultural Heritage City

    How big and what are the detailed information on the planned renovation of the area, inclusive of the tender process rules?

    Re Multi Lingual Road Signs

    Would the State Government not ensure that the multi-lingual tradition be upheld when naming roads, by including English and Chinese names on old and new road signs; introduce legislation to the same effect?

    Re Flood Mitigation For Kuching and Bau, and Lowlying Areas

    Following repeated and major flooding especially during certain festive seasons, what has the government done to accelerate the Flood Control and Flood Mitigation projects for the Bau and Kuching Districts?

    What are the total annual collection from the 10% levy on lotteries in Sarawak since its inception, and what are the use of the sums raised for the relief and alleviation of hardship faced by esp flood victims?

    Re Police Personal and Police Stations in Sarawak

    What are the infrastructure and workforce improvement to the Royal Malaysia Police in Sarawak in 2008 and for 2009 and future years, viz. no. of new recruits for Sarawak, no. having reported for duty, how many and where are the new police stations and pondoks to be built and being built.

    Re Retrenchment of Workers in Sarawak

    In view of recent worrying economic trends, what are the total no. of workers retrenched in Sarawak since June 2008 and what are the steps taken by the Government to reduce further job losses. What assistance is and would be given to retrenched staff to alleviate the severe hardship faced by them?

    2. FOR THE MINISTER OF PUBLIC HEALTH

    Re Recent Outbreaks of Dengue Fever in Carpenter Street Areas and Sarawak

    With regards to the recent outbreaks of dengue fever in Sarawak and in Carpenter Street:-

    1. What and where are the new cases since June 2008;

    2. What are the public health measures which are being adopted to control the transmission of the illness by the A. aegypti mosquito; including more frequent and effective urban and sub-urban drain clearing by local council to reduce mosquito breeding to the minimal, in order to ensure Kuching remains a city for Healthy Living?

    3. FOR THE MINISTER OF PUBLIC ENTREPRISES

    Re Street Lightings and Safety

    What steps are being taken by the government with SESCO to ensure better traffic safety by promptly and properly installing street lighting, especially and including road junctions, at the relatively busy 10th to 15th Mile of the Kuching Serian Road and other areas in Kuching and Batu Kawa?

    4. FOR THE MINISTER OF CITY PLANNING AND TOURISM

    Re Preservation of Cultural and Historic Sites in Kuching, Santubong, Serian, and Sri Aman Areas

    What steps have the government taken:

    To restore the rock relief relics at Santubong, by building cultural display halls to highlight the Srivijaya and Majapahit influences?

    To restore Gua Sireh in Serian?

    To restore Fort Alice in Sri Aman, among other historic sites? By doing so, it would go a long way to assist in the quest for the World Cultural Heritage listing of the Kuching Greater Metropolitan area, and thus improving the tourism potential and world recognition of Kuching and Sarawak?

    YB Dominique Ng
    DOMINIQUE NG KIM HO
    AHLI DUN
    N.9 PADUNGAN

    Monday, April 27, 2009

    KEADILAN PECAT 16 AHLI

    Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali dalam satu kenyataan memberitahu, mesyuarat Majlis Pimpinan Rakyat PKR dalam mesyuaratnya semalam telah mengambil keputusan sebulat suara untuk memecat 16 orang ahlinya.

    Pemecatan berkuat kuasa serta-merta mulai tarikh pemecatan dilakukan.

    "Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media.

    "Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini," katanya.

    Mereka terdiri daripada:

    - Moganakumar Subramaniam (Bahagian Merbok, Kedah)

    - Jayagopal Andaikalam (Bahagian Pokok Sena, Kedah)

    - Abdul Hamid Othman (Bahagian Padang Serai, Kedah)

    - Roslan A. Hamid (Bahagian Padang Serai, Kedah)

    - Abu Bakar Din (Bahagian Baling, Kedah)

    - Abdul Wahab Mat Isa (Bahagian Sik, Kedah)

    - Mustafa Hassan (Bahagian Sik, Kedah)

    - Kalai Vanar a/l Bala Sundram (Bahagian Jerai, Kedah)

    - Deivanai Krishnan (Bahagian Jerai, Kedah)

    - Abu Bakar Hamid (Bahagian Penaja Pendang, Kedah)

    - Ahmad bin Ayub (Bahagian Penaja Pendang, Kedah)

    - Azhar Ahmad (Bahagian Penaja Jerlun, Kedah)

    - Dr. Ambrose Labang (Bahagian Julau, Sarawak)

    - Wong Kee Kai (Bahagian Julau, Sarawak)

    - Rajang Anak Unau (Bahagian Julau, Sarawak)

    - Kudik Untung (Bahagian Julau, Sarawak)

    SPRM (BPR) DAH SELESAIKAH TUGAS: FAIL MELIBATKAN PEMIMPIN BN TERCICIR?

    JANGAN tidak nak buat kerja - kerja yang ada berlambak tak diselesaikan, cari pula kerja baru yang tak tentu lagi hujung pangkalnya. Itulah dia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - agensi yang dianggap oleh setengah pihak sebagai menjaga kepentingan pemimpin Umno.
    Terkini SPRM membuka ruang untuk menyiasat dan bertindak jika ada aduan atau dilihat bibit-bibit rasuah dalam pemilihan kepimpinan PAS pada bulan Jun akan datang.SPRM dah habis kerja ke? Atau SPRM ditunjuk oleh satu pihak untuk mengaburi fikiran rakyat tentang politik wang (rasuah) yang menjadi amalan Umno/Bn?
    Mari kita bertanya kepada SPRM - Berapa banyak aduan dan penyelewengan yang SPRM sendiri tahu dan tidak diambil tindakan - contoh terbesar dan terang-terang ialah kes Ali Rustam dari Melaka yang dilarang bertanding kerana amalan rasuah (politik wang) menjelang pemilihan Umno lalu? Sudah selesaikah Kes Rafidah Aziz? Sudah selesaikah kes yang membabitkan orang kuat Azlina Othman? Kes Khir Toyo dah selesai ke ? Bagaimana kes balak yang melibatkan Taib yang disebut dalam mahkamah di Indonesia dan yang disebut di Hong Kong dan Jepun? Bagaimana dengan kes pembelian kapal selam dengan melibatkan wang rakyat sejumlah Rm510 juta yang dinamakan komisyen? Atau semua kes ini sudah di tong sampahkan failnya atas arahan pihak tertentu yang menguasai SPRM?
    Peliknya kes Fairus dari Pulau Pinang begitu cepat selesai dan diumumkan sedangkan kes tersebut boleh dikatakan antara kes yang terkemudian dari kes rasuah melibatkan pemimpin Umno.
    Sudah berpuluh muktamar PAS berlangsung sejak 1951 - tiada terdengar sedikit pun tentang rasuah untuk pemilihan. Bukan macam Umno - tahun demi tahun rasuah (politik wang) semakin bertambah nilai dan banyaknya!Aduan siapa yang SPRM nak terima untuk buka kertas penyiasatan ? Aduan ahli PAS atau aduan ahli Umno/Bn ? Pastinya aduan ahli Umno/Bn yang sentiasa memandang cemburu terhadap kepimpinan PAS yuang harmoni sebelum, semasa dan sesudah pemilihan.
    Oleh itu SPRM jangan membazirkan masa, duit rakyat dengan kerja membazir itu dan SPRM sepatutnya menyelesaikan dan mengumumkan keputusan aduan-aduan yang telah berlambak dibuat terhadap pemimpin Umno dulu dan terkini!SPRM adalah agensi kerajaan bukan agensi Umno/Bn! Kerana itu ianya mestilah telus agar tidak membazirkan wang rakyat dan juga ianya dihurmati oleh rakyat seluruhnya!Kerja yang membazir ini sepertilah juga kata pepatah: Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Atau memang nak dicicirkan atas arahan pihak tertentu yang merasakan politik dan kuasa mereka akan tergugat jika kes itu dijalankan!

    MEMPERKASA DAN MEMANTAP PARTI DAN ORGANISASI

    Dalam sidang pimpinan bulanan di Ibu Pejabat hari ini, saya menekankan semula halatuju perjuagan parti: menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah dengan maksud memperbaiki kelemahan dan menjana kekuatan parti dengan memperkemas jentera serta meningkatkan khidmat kapada rakyat.

    Untuk maksud tersebut, saya mengemukakan usul mengikut urutan keutamaan yang wajar dilaksanakan segera oleh pimpinan parti.

    Pertamanya agar Presiden, Dr Wan Azizah bertanggungjawab memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.

    Kedua: Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat Melayu dan Bumiputra perlu ditangani.

    Ketiga: Naib Presiden, YB Azmin Ali yang melepaskan tugas selaku Pengarah Pilihanraya akan mengetuai pasukan petugas (task force) yang terdiri di kalangan semua Naib Presiden, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Sivarasa, Sdr Mustafa Kamil Ayub, serta Dr. Jeffrey Kitingan; bersama Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar dan juga Ketua Wanita, YB Zuraidah Kamaruddin untuk memperkasa kepimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian. Tugas pasukan adalah memastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

    Keempat: Setiausaha Agung, Dato’ Sallehuddin Hashim akan mengurus operasi Ibu Pejabat, perjalanan dan jentera parti, jawatankuasa pengurusan dan kempen keanggotaaan.

    Lain-lain perubahan adalah:

    Pengarah Pilihanraya: YB Saifuddin Nasution
    Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fauziah Saleh
    Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru - YB Johari Abdul
    Pengarah Strategik - YB Tian Chua
    Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustafa Kamil Ayob
    Timbalan Pengerusi : Dr Tan Kee Kwong
    Ketua Penerangan: Latheefa Koya
    Ketua Komunikasi : Johnson Chong
    Pengerusi Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan Che Rose
    Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Yusof, Sdr Paul Gadang, YB Raveentharan, Sharifah Shahidah
    Pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.
    Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain.

    ANWAR IBRAHIM

    Sunday, April 26, 2009

    ZAMBRY HARUS TAHU BIDANG TUGASNYA.

    Hari ini, Menteri Besar Kudeta Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan.
    Beliau berkata persidangan berkenaan akan tetap diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan itu walaupun Speaker V. Sivakumar masih tidak memberi kata putus mengenai tarikh tersebut.
    Sepatutnya Zambry perlu sedar dia cuma ketua pentadbiran negeri yang bertanggung jawab untuk mengemudikan perjalanan kerajaan negeri, manakala urusan DUN pula adalah di bawah tanggung jawab Speaker.
    Apabila Menteri Besar bercakap bagi pihak DUN dia kelihatan bertindak secara tidak menghormati perlembagaan dan tidak mempedulikan doktrin pemisahan kuasa antara legislatif dan eksekutif, yang menjadi prinsip demokrasi di negara ini.
    Sebagai warga sebuah negara demokrasi kita sangat kecewa dengan gelagat Zambry yang nampak jelas bertindak secara bebal dengan tidak menghormati kuasa Speaker yang masih sah di sisi undang-undang.
    Zambry perlu sedar dalam DUN dia cuma ADUN biasa. Kuasa Speaker melebihi kuasa Menteri Besar di dalam DUN dan kuasa Perdana Menteri dalam Parlimen. Speaker boleh menentukan perjalanan DUN mengikut bidang kuasa yang ditetapkan kerana beliau adalah pengerusi yang mengemudikan mesyuarat DUN. Mesyuarat DUN tidak sama dengan Mesyuarat EXCO di mana Menteri Besar adalah Pengerusi Mesyuarat EXCO.
    Oleh itu Zambry tidak perlu bercakap lebih-lebih melebihi kuasa yang ada padanya. Apabila berada di dalam kandang harimau mengaumlah, jangan berkokok, nanti semua harimau akan membaham anda!

    TAHNIAH SELANGOR, SYABAS KELANTAN




    Bola sepak menyatukan peminat dari pelabagai lapisan masyarakat, fahaman, ideologi.

    Thursday, April 23, 2009

    Putar-belit media UMNO/BN dalam pemansuhan kuota Bumiputera - Projek Satu Malaysia?

    Utusan MalaysiaSemalam Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa sektor-sektor perkhidmatan tertentu diliberalisasikan sebagai usaha menjana ekonomi.

    Dengan ini, keperluan 30 peratus ekuiti bumiputera untuk 27 sektor kecil perkhidmatan tersebut dimansuhkan.

    Saya sedikit tertarik, bagaimana di dalam laporan Utusan Malaysia berkaitan perkembangan tersebut, mereka menyebutkan keperluan 30 peratus ekuiti tempatan, bukannya bumiputera.

    Berita

    Begitu juga laporan Berita Harian.



    Walaubagaimanapun, akhbar New Straits Times melaporkan di muka depan bahawa kuota ekuiti Bumiputera yang dimansuhkan. Akhbar tersebut, seperti Berita Harian adalah sebahagian daripada kumpulan Media Prima yang dikuasai UMNO. Begitu juga akhbar the Star yang dikawal MCA dan the Sun. Semuanya menyebut ekuiti bumiputera.

    Saya meletakkan imej berita di laman web Utusan dan Berita Harian sebagai bukti sekiranya mereka mengubahnya kemudian.

    Adakah putar-belit ini ini sebahagian dari agenda Satu Malaysia?

    Najib sepatutnya sedar, taktik pecah dan perintah inilah yang memakan diri BN. Memang benar taktik ini berjaya selama 50 tahun, tetapi apabila menjadi semakin serius dan rakyat pula semakin matang dan mendapat sumber maklumat yang pelbagai, taktik begini tidak lagi berkesan.

    Jelas, tindakan Najib ini mengakui saranan Keadilan selama ini bahawa model DEB perlu diubah dengan dasar yang menggandingkan merit dan tindakan afirmatif berasaskan keperluan, bukan kaum - inilah Agenda Ekonomi Malaysia. Malah, bagi memastikan negara kompetitif, AEM harus diperluaskan.

    Jika dibuat secara berperingkat-peringkat dan digandingkan aspek tindakan afirmatif berasaskan keperluan bagi membantuk industri kecil dan sederhana, pastinya ekonomi kita akan lebih berdaya saing.

    1MALAYSIA!

    Di mana panglima, pahlawan dan pejuang (baca pencacai) Melayu yang berdemo di Pulau Pinang apabila LGE memperkenalkan tender terbuka.

    Mana pelajar UITM? Berdemolah demi menyelamatkan Bumiputera. Pakai baju hitam keliling kampus di seluruh negara.

    Wednesday, April 22, 2009

    BN BELUM BERSIDANG, PENGUMUMAN PRK PENANTI DITUNDA

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat pengumuman berhubung kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang pada sidang media di ibu pejabat suruhanjaya itu, Isnin depan.
    Pegawai Perhubungan Awamnya, Sabri Said, berkata sidang media itu pada mulanya dijadualkan pada jam 10 pagi Jumaat ini. "SPR yang bermesyuarat hari ini (semalam) sudah membincangkan perkara-perkara berkaitan kekosongan kerusi N12 Penanti. "Berkaitan itu, sidang media oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang sepatutnya diadakan pada 24 April ini ditunda kepada 27 April pada jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPR," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
    Kekosongan kerusi itu berikutan keputusan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 33, meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti, minggu lalu.

    [Pilihanraya kecil Penanti ini sebenarnya memang menguji kekuatan UMNO dan BN selepas PM membentuk kabinet baru dan melancarkan manifesto "Satu Malaysia". Apakah konsep itu diterima oleh rakyat, atau sekadar "syok sendiri". Hanya rakyat di Penanti sahaja yang tahu apakah BN sudah melaksanakan janjinya untuk memmberi peruntukan RM500,000 kepada masjid dan RM100,000 kepada surau-surau di sekitar kawasan itu dulu. Janji ini dibuat oleh Najib Razak selepas beliau bersumpah dalam sebuah masjid ketika kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh yang menyaksikan Anwar menang dulu. Kami hairan bagaimana SPR boleh menunda pengumuman tentang pilihanraya kecil Penanti itu Jumaat ini sedangka ia sudah dilaporkan oleh media. Apakah ini kerana mndapat arahan daripada kerajaan agar membolehkan BN bersidang dulu Jumaat ini baru SPR buat keputusan].

    BN SALAHGUNAKAN PELATIH PLKN DI BATANG AI.


    Barisan Nasional didakwa melanggar undang-undang pilihan raya dengan menyalahgunakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Program Komuniti Belia Remaja (Y2Y) semasa kempen pilihanraya kecil Batang Ai.

    Badan pemantau pilihanraya Malaysian For Free and Fair Election (MAFREL) berkata ia mempunyai bukti-bukti bergambar rekrut-rekrut PLKB dan Y2Y berseragam dikerah dalam perarakan BN semasa hari penamaan calon.

    Pengerusi MAFREL Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini berkata satu laporan lengkap memperincikan penyalahgunaan sumber kerajaan oleh BN di dalam tiga pilihanraya kecil lalu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

    Penyalahgunaan harta kerajaan termasuklah penggunan dewan orang ramai, kenderaan kerajaan dan majlis-majlis rasmi untuk tujuan berkempen.

    “Menggunakan pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) semasa hari penamaan calon di dalam pilihanraya kecil Batang Air amatlah mendukacitakan,” katanya.

    Selain itu MAFREL turut mendakwa BN menyalahgunakan wang rakyat untuk tujuan politik di dalam pilihanraya kecil Batang Ai. BN menjanji projek-projek bernilai lebih RM175 juta termasuk pembinaan kompleks rumah polis bernilai RM58.7 juta dan lain-lain.

    “Projek-projek segera dan peruntukan oleh kerajaan untuk tujuan memberi kelebihan kepada calon-calon tertentu hendaklah dihentikan kerana ini jelas menunjukkan penyalahguaan kuasa oleh pentadbir negara,” tambahnya.

    MAFREL telah mengemukakan cadangan-cadangannya untuk menambah-baik perjalanan pilihanraya oleh SPR termasuklah mencadangkan supaya hari pilihanraya dilakukan pada hari cuti bekerja, bilangan kehadiran polis yang begitu ramai hendaklah dikurangkan dan polis dan kerajaan hendaklah menghormati hak rakyat untuk mengadakan perhimpunan aman seperti yang telah disebutkan oleh SUHAKAM.

    PENGASINGAN KUASA: SEMPADAN YG MENIPIS

    Doktrin Pengasingan Kuasa. adalah satu konsep asas di dalam pemerintahan demokratik moden. Ianya mula dilahirkan oleh seorang pemikir di Perancis.

    Terlebih dahulu perlu diingatkan bahawa 'Pengasingan Kuasa' bukanlah sama dengan 'Pembahagian Kuasa' walaupun keduanya mungkin ada diperuntukkan dalam perlembagaan Persekutuan dan Negeri-negeri.

    Doktrin Pengasingan kuasa secara dasar bererti kuasa-kuasa pemerintahan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:-
    1. Kuasa Perundangan/Legislatif
    2. Kuasa Eksekutif
    3. Kuasa Kehakiman

    Perkara pokok tentang pengasingan kuasa ialah untuk menentukan supaya orang atau badan yang sama tidak dipertanggungjawabkan untuk mengubal undang-undang dan menguatkuasakannya.

    Bermakna jika konsep ini diikuti sepenuhnya maka tiada siapapun dari ketiga-tiga cabang pemerintahan boleh mengambil bahagian dalam fungsi cawangan lain.

    Pihak Eksekutif sepatutnya tidak boleh menjadi seorang ahli badan Perundangan (Legislatif) dan Badan Kehakiman semestinya bebas dari campurtangan pihak Eksekutif dan Legislatif. Tidak patut ada dwi fungsi. Masing-masing hanya menjaga rukun rumahtangga sendiri dan tidak mencampuri hal yang berlaku di dalam bilik orang lain.

    Seperkara yang tidak dapat dipisahkan dalam membicarakan topik Doktrin Pengasingan Kuasa ialah Konsep 'Check & Balance' (Kawalan dan Imbangan). la membawa maksud bahawa ketiga-tiga cabangan pemerintahan itu mestilah berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Tidak boleh satu pihak menguasai kehendak pihak yang lain. Ditakuti berlakunya pengaruh tak berpatutan dan menimbulkan ketidakadilan akibat pemusatan kuasa ke satu-satu cabang pemerintahan itu. Umpama orang yang hendak bina rumah jika tiang-tiang yang ada tak sama panjang atau saiznya tentu tak jadi; kalau jadipun tentu tak molek. Lebih-lebih lagi jika tiang-tiang itu dah buruk dan reput. Bak kata Loa Tzu falsafah Taoist

    Demokrasi di Malaysia semakin reput. Doktrin Pengasingan Kuasa tidak dipedulikan. Pemusatan kuasa tertumpu kepada Eksekutif. Ini merupakan perkembangan yang sangat buruk dan menjejaskan struktur pemerintahan negara ini.

    BERITA YANG TIDAK DILAPOR OLEH SURAT KHABAR MELAYU

    Sewaktu berucap di Johor Bharu semalam, ada beberapa perkara penting yang diumumkan oleh Najib tetapi tidak ditulis oleh akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia tetapi dilaporkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Star.

    Perkara penting yang diumumkan oleh Najib ialah kerajaan akan mengurangkan kaedah rundingan terus untuk memberi sesuatu kontrak dan akan memperbanyakkan kontrak-kontrak diberi secara tender terbuka.

    A lot of people will like direct negotiations but I want it reduced,” he said.

    (Ramai pihak yang suka dengan kaedah rundingan terus akan tetapi saya akan kurangkannya).

    Apa yang cuba dilakukan oleh Najib ini tidak ada bezanya dengan apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mengamalkan sistem tender terbuka.

    Masih teringat lagi bagaimana demonstrasi demi demonstrasi dianjurkan di Pulau Pinang oleh Umno selepas Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan negerinya akan melaksanakan sistem tender terbuka.

    Apakah Umno dan manusia-manusia seperti Ibrahim Ali akan berdemonstrasi membantah pengumuman Najib ini? Mengapakah berita tentang ini hanya diceritakan dalam surat khabar The Star dan tidak diakhbar-akhbar Melayu? Apakah ini kerana ahli-ahli Umno dan manusia-manusia seperti Ibrahim Ali tidak faham Bahasa Inggeris?

    Perkara kedua yang diumumkan oleh Najib tetapi tidak diceritakan oleh akhbar Utusan Melayu ialah mengenai penerusan projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

    He said that he would continue with some of the policies implemented by his predecessor Tun Abdullah Ahmad Badawi’s administration which are good for the people and development of the nation.

    One such project was Iskandar Malaysia, he said, stressing that the new leadership would continue its commitment to develop the multibillion ringgit project into a new growth area.

    Apakah Najib turut fikir yang Dr. Mahathir juga tak faham bahasa Inggeris?

    Bukankah dahulu diantara kritikan besar Dr. Mahathir kepada pentadbiran Abdullah ialah projek Wilayah Pembangunan Iskandar yang dikatakan memberikan kelebihan kepada Singapura dan lesen kepada rakyat Israel untuk masuk ke Malaysia?

    Takkan dah lupa kot?

    Orang Melayu belum lupa lagi. Mahathir yang mudah lupa!- Amin Iskandar

    Tuesday, April 21, 2009

    ISU PENANTI: BN YANG MULAKAN

    Najib membayangkan BN tidak akan bertanding di DUN Penanti. Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan MT UMNO dan pemimpin BN yang lain. Ini adalah kerana takut membazir wang rakyat.

    Pemimpin Gerakan mendakwa pilihanraya itu sengaja diadakan untuk mencetus gelombang sokongan rakyat.

    “Peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik dan boleh disifatkan sebagai “mainan politik” untuk tujuan tertentu. Jadi rakyat pada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan,” kata Najib.

    Bagi Keadilan pula, sesiapa yang bertanding dan menang di Penanti, akan dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Dua nama yang hangat diperkatakan adalah Datuk Zahrin yang juga Pengerusi PKR Negeri dan Dr. Mansor Osman, Timbalan Pengerusi Negeri.

    Tetapi sejarah menunjukkan pilihan raya kecil juga pernah diadakan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Abu Hassan Omar yang ketika itu seorang Ahli Parlimen bertanding di DUN bagi membolehkan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Pelari Puteri Sultan Selangor ) pada 1997.

    Sunday, April 19, 2009

    PENANTI: BN MUNGKIN TIDAK BERTANDING

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

    Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

    “Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri’ peringkat Parlimen Pekan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas, lapor Bernama.

    Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

    “Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN,” katanya.

    Pilihanraya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR mengosongkan kerusi DUN itu berkuatkuasa dua hari lepas.

    Najib berkata BN akan sepakat berhubung pilihanraya kecil itu.

    “Sebab kita perlu buat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya.

    “Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati,” katanya. Malaysiakini

    Apakah setelah 5 siri PRK dan ketinggalan 1-4, BN angkat bendera putih. Jika ini menjadi kenyataan, BN sekarang bukan BN yang kita kenal. BN yang terkenal dengan semangat tidak mahu mengalah dan menyerah kalah sebelum berjuang.

    Sedangkan pemilihan pemimpin di peringkat bahagian mereka sanggup menghulur RM yang banyak, inikan pula untuk menjadi YB, takkan tak sanggup kot. Banyak contoh semasa PRK dan PRU di mana BN menabur wang serta mensedekahkan pelbagai projek sebagai habuan dan umpan.

    Sama-samalah kita tunggu tindakan Najib seterusnya.

    Thursday, April 9, 2009

    CATATAN DI SEBALIK BATANG AI

    Setelah hampir 2 minggu berkampung di Lubok Antu, dapat juga mempraktikkan bahasa Iban yang telah lama tidak digunakan. Pengalaman berada di rumah panjang tersemat di hati.

    Walaupun PKR gagal memperoleh undi mencukupi untuk menawan DUN N29 Batang Ai, pasukan yang bertugas ternyata puas hati. Segala usaha berdasarkan kejujuran dan semangat sukarela. Tidak dibayar upah atau gaji. Bahkan duit sendiri yang banyak dikeluarkan.

    Namun beberapa perkara di Batang Ai, yang mungkin orang lain tidak tahu:

    1. Polis Marin (laut) turut berkampung di kawasan Empangan Hidro yang jaraknya jauh dari laut dan bukan sempadan pengawasan tugas mereka.
    2. Helikopter setiap hari berlegar di ruang udara mengangkut pak menteri dan VIP BN sedangkan Anwar dan MB Selangor menempuh perjalanan darat 4 jam dari Kuching.
    3. Hotel Kelingkang satu-satunya hotel di pekan LA 'ditawan' oleh PKR sejak 30 Mac hingga 8 April
    4. Poster BN yang merakamkan gambar 'kemunduran' di Permatang Pauh menjadi bahan gelak penduduk kerana keadaan di LA pun sama sejak puluhan tahun lalu. BN habis modal kempen.
    5. Semasa penamaan calon, jumlah penyokong PR ternyata lebih ramai daripada BN. Ini merupakan sejarah politik Sarawak.
    6. Malam sebelum mengundi, petugas PKR telah dihalang memasuki beberapa rumah panjang oleh sekumpulan lelaki yang diarah berjaga di simpang masuk. Ini menguatkan tuduhan kami yang BN sedang beroperasi menghulur 'bom' yang menyebabkan ramai pengundi merasa terhutang budi dan patut dibalas dengan mengundi Mussem.
    7. Semasa meraikan kemenangan Mussem, orang PBB diketuai Abg Jo, Awg Tengah lebih menonjol. Tidak nampak Presiden PRS Masing. Mengapa dan kenapa?
    8. Sebanyak RM80 juta telah dijanjikan untuk pembangunan di BA. Harap-harap tanah bukit yang dicangkul Taib akan menjadi Giat MARA yang tulin.