Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Sunday, December 28, 2008

    Syed Husin Mahu Pihak Bertelagah Tutup Mulut

    KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali mahu para pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR), gabungan pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR, yang terbabit dalam perang mulut supaya berhenti dari menimbulkan perbezaan di antara mereka melalui media.

    "Saya ingin menggesa dan merayu kepada pelbagai pihak dalam Pakatan supaya berhenti daripada membawa perbezaan dan konflik mereka melalui media terutama yang dikawal oleh BN (Barisan Nasional)

    "Ini termasuk bukan sahaja MB Selangor (Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Anggota Parlimen Kapar (S. Manikavasagam) tetapi juga Speaker Selangor (wakil DAP Teng Chang Khim) dan Anggota Parlimen Klang (wakil DAP Charles Santiago)," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

    Perbezaan mereka ditimbulkan Jumaat lepas selepas Manikavasagam mengumumkan bahawa beliau akan keluar daripada Pakatan Rakyat atas alasan tidak bersetuju dengan Khalid dan cara Menteri Besar itu mentadbir negeri itu.

    Semalam, Khalid membalas dengan berkata bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan jika beliau mahu berbuat demikian dan beliau tidak berminat untuk berjumpa Anggota Parlimen itu atau untuk memintanya menimbang semula keputusannya.

    Bagaimanapun, Santiago bingung selepas Teng menuduhnya bahawa beliau telah dibeli oleh BN dan bersikap seperti seorang pembangkang.

    "Mereka sepatutnya duduk bersama dan berbincang dan menyelesaikan perbezaan dan konflik secara dalaman. Terdapat banyak saluran dan prosedur untuk berbuat demikian," katanya.

    Katanya dengan ketiadaan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berada di luar negara sehingga 6 Jan, beliau akan mengadakan mesyuarat biro politik Rabu ini bagi membincangkan isu utama dan berkaitan dalam usaha "untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai".

    "Isu berhubung ancaman Anggota Parlimen Kapar untuk meninggalkan PKR telah didedahkan seara berlebihan oleh media yang dikawal oleh BN. Mereka telah memutarbelit kenyataan sesetengah pemimpin Pakatan (Rakyat) untuk menggambarkan seolah-olah pakatan pembangkang dalm keadaan kucar kacir.

    "Sebenarnya, niat mereka adalah untuk memesongkan perhatian orang ramai daripada beberapa krisis dalaman BN dan juga di antara parti komponen di dalam kerajaan sehingga kepada pilihan raya kecil Kuala Terengganu," katanya.