Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Sunday, December 28, 2008

    ANWAR DILANTIK PENGERUSI PERHUBUNGAN SARAWAK

    Sejak sehari dua ini, banyak pertanyaan daripada teman-teman tentang kebenaran Anwar menjadi Ketua Keadilan Sarawak.Mereka juga bertanyakan rasional di sebalik perubahan tersebut.

    Di sini ingin ditegaskan bahawa DS Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sarawak menggantikan YB Dominique Ng Kim Ho.
    Seperti kelaziman selepas Kongres Nasional setiap tahun, Presiden berhak menukar kepimpinan negeri berdasarkan penilaian prestasi semasa. Tahun ini cuma Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan sahaja yang tidak memerlukan perubahan kepimpinan.

    Dalam konteks Sarawak, YB Dominique Ng telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan, tetapi demi menggapai hasil yang lebih besar, maka DSAI telah diamanahkan mengetuai Keadilan Sarawak. Dengan perkembangan pesat PKR Sarawak, maka semestinya perlu perhatian lebih daripada pusat. Lebih-lebih lagi Pilihanraya DUN yang semakin hampir, memerlukan perincian perancangan yang lebih mantap.

    Kemasukan beberapa figura penting politik Sarawak ke dalam PKR, memerlukan kepimpinan yang lebih dinamik dan berpengalaman. DSAI telah membuktikan perkara mustahil dalam politik, dapat direalisasikan. Jangan lupa peranan menyatukan PAS dan DAP adalah keajaiban DSAI.

    Kepimpinan DSAI yang terbukti disegani lawan dan kawan, sudah tentu membuat BN semakin gelabah. Petunjuk pertama ialah larangan terhadap YB Gobalakrisnan daripada memasuki Sarawak, beberapa hari selepas pengumuman perlantikan DSAI. Alasan yang digunakan di bawah Seksyen 66 (1) Akta Imigresen 1959/1963 amat dangkal. Ahli Parlimen dinafikan kebebasan dan ini bertentangan dengan Seksyen 66 (1c) akta yang sama.

    YB Dominique Ng, walaupun agak terkejut dengan perkembangan parti, ternyata menerimanya dengan hati terbuka. Seperti yang dimaklumkannya kepada saya, pertukaran kepimpinan perkara biasa. Apa yang penting Projek Tawan DUN Sarawak merupakan agenda PKR dan ini mesti diutamakan.

    Walaupun terdapat beberapa suara sinis yang mengungkitkan federalisme, perlantikan DSAI cuma untuk seketika sementara "menanti" kesanggupan satu nama besar politik Sarawak menggalas tanggungjawab tersebut.

    Diharap dengan kepimpinan Anwar PKR Sarawak akan lebih mantap. Arus kemasukan ahli berlipat ganda. Jentera parti lebih tersusun.