Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Sunday, December 21, 2008

    ADUN PULAU PINANG BERKUNJUNG KE SADONG JAYA

    Baru usai majlis mesra bersama YB Hj Abdul Malik Kassim, Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang di Kpg Semera, Sadong Jaya.
    Beliau sebelum ini pernah membantu saya semasa pilihanraya DUN Mei 2006. Kunjungan kali ini, lebih kepada menjejak kenangan semasa bertempur dengan jentera BN 2006. Pelbagai kisah pahit manis dan pengalaman diungkit semula.
    Rombongan 6 orang tiba di Sarawak 19 Disember lalu. Dalam ucapannya Hj Malik berjanji akan sekali lagi membantu kempen Keadilan pada pilihanraya nanti. Dengan pengalaman lebih 10 tahun berjuang bersama Keadilan, kalah menang sudah menjadi biasa. Diherdik, dihina, ditahan dan dimasukkan dalam lokap menjadi lumrah perjuangan.
    Jika sebelum ini, pihak lawan memandang serong perjuangan Keadilan, tetapi setelah 9 bulan memegang tampuk pemerintahan di 5 buah negeri, Keadilan dan Pakatan Rakyat sudah membuktikan kemampuan mereka. Apa yang tidak dilakukan oleh BN setelah memerintah 50 tahun, mampu dibuat oleh kerajaan PR dalam masa 9 bulan pertama ini. Contoh yang dikemukakan Hj Malik ialah pengikhtirafan kerajaan Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng kepada para hafiz Al Quran. Seorang Ketua Menteri keturunan Cina, mengemukakan cadangan agar para hafiz diiktiraf dan diberi elaun. Begitu juga pertambahan elaun guru KAFA. Perkara ini sepatutnya sudah dilakukan oleh kerajaan BN, tetapi kerana sibuk mengenyangkan diri sendiri, perkara ini terlepas pandang.
    Semasa krisis kekurangan beras dan minyak, kerajaan PR Pulau Pinang telah mengambil langkah proaktif dengan menyalurkan bantuan terus kepada rakyat yang susah tanpa memilih fahaman politik.
    Kerajaan prihatin rakyat yang menjadi dokongan PR, merupakan tonggak perjuangan Anwar Ibrahim. Walau apa pun orang memperkatakan tentang keburukan Anwar, perjuangan membela rakyat akan menolak segala dakyah ini. Jika pihak luar menagih kemahiran dan pengetahuan Anwar, malangnya pemerintah negara sendiri ketakutan dengan perkembangan yang ada.
    Hj Malik yang kenal rapat dengan Anwar, turut menolak dakwaan bahawa Anwar akan menggadai maruah Melayu. Siapa kita untuk mempersoalkan kemelayuan orang lain, sedangkan Anwar sanggup mempertaruhkan kedudukan, pangkat,harta benda demi menyelamat bangsa Melayu?
    Jika Anwar kurang sifat Melayunya, buat apa beliau berani menentang arus. Bangkit melawan kelompok yang memegang kuasa, setelah ditelanjang, diterajang, dikurung, dibelasah hingga hampir lumpuh? Buat apa susah-susah memperjudikan nyawa untuk menyelamatkan Melayu dan Malaysia daripada puak yang mementingkan kroni. Mengembungkan poket sendiri.
    Setelah 9 bulan menjadi Exco Pulau Pinang, Hj Malik, mengaku PR mampu mentadbir lebih baik daripada BN. Pokok pangkal keikhlasan berjuang demi kepentingan rakyat kebanyakan.