Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Thursday, December 18, 2008

    KEMBALI BERSUA

    Salam perjuangan buat pemblog yang budiman. Setelah hampir 2 minggu bercuti dan berada di Miri, mengendalikan majlis makan malam PKR 14 Disember lalu, barulah berpeluang menjenguk blog sendiri.
    Bercerita tentang majlis di Miri dengan kehadiran Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution, sekali lagi sambutan hangat rakyat Sarawak membuktikan tuduhan Taib Mahmud meleset. Anwar dikatakan tidak diterima rakyat Sarawak, tiada kredibiliti, tetapi keghairahan rakyat di Bekenu dan Miri ternyata sebaliknya. Sambutan tanpa dirancang rapi di lapangan terbang Miri mendapat sambutan memberangsangkan.
    Sejumlah 320 buah meja semasa makan malam tidak mencukupi. Masih ramai yang berada di luar dewan menanti dibenarkan masuk. Walau bagaimanapun jika tidak kerana sebab-sebab tertentu, sudah pasti akan ada lagi pengumuman penting malam itu. Pengumuman yang cukup membuat Taib Mahmud tidak duduk senang.
    Apa pun, satu lagi jamuan terbesar dengan 600 buah meja akan diadakan di Kuching Januari ini. Majlis itu nanti, akan ada lagi kejutan buat BN. Kepada sesiapa yang ingin turut serta, bolehlah membuat tempahan meja mulai sekarang.