PKR Sarawak sedang giat merangka satu aktiviti bersejarah yang bakal dinobatkan Majlis Makan Malam terbesar pernah diadakan di Sarawak, atau mungkin pertama di Malaysia. Majlis yang akan berlangsung pada 9 Januari 2009 (90109) dijangka meliputi 510 buah meja.
Sebelum ini siri jamuan serupa telah diadakan di Sibu (320 meja) dan Miri (320 meja).
Majlis akan dihadiri oleh Ketua Umum Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir ialah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor serta beberapa MP Keadilan. Pemimpin PAS, DAP dan SNAP turut diundang. Kita berdoa agar tidak ada pemimpin PR yang dihalang masuk ke Sarawak kali ini.
Acara bermula jam 7.00 malam dengan siri ucapan pemimpin PKR tempatan dan wakil rakyat dari Semenanjung. DSAI dijangka bersama-sama lebih 5000 tetamu jam 8.30 malam.
Ahli dan penyokong PKR dan PR yang berminat hadir bolehlah membuat tempahan tempat duduk atau menghubungi saya dengan kadar segera. 014-886 0118, 082- 645 178 atau email pieeling@yahoo.com