Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Wednesday, December 31, 2008

    Rashid ada hak untuk saman, kami sedia hadapi - Tian Chua

    BEKAS Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mempunyai hak untuk menyaman mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat kerana beliau mempunyai hak untuk berbuat demikian, ujar Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua.

    Menurut beliau dalam satu laporan media, Abdul Rashid mempunyai hak untuk berbuat demikian jika benar dakwaannya semalam bahawa beliau sering difitnah oleh pemimpin pembangkang sepanjang menerajui suruhanjaya itu.

    Sebelum ini, media melaporkan Abdul Rashid akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemimpin-pemimpin pembangkang memandangkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya seringkali bersifat peribadi.

    “Memang kita anggap beliau tak dapat jalankan tugas sebagai Pengerusi SPR dengan profesional dan adil. Beliau seringkali mengeluarkan kenyataan yang mempunyai unsur politik,” katanya sebuah akhbar online.

    Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu menambah, sepanjang Abdul Rashid menerajui SPR, terdapat banyak kelemahan sewaktu mengendalikan pilihan raya hingga melahirkan rasa tidak puas hati banyak pihak.

    “Begitu banyak kelemahan SPR, hingga kita terpaksa menganjurkan perhimpunan BERSIH bagi menggesa SPR menjalankan proses pilihan raya dengan telus dan berkesan,” katanya.

    Katanya lagi, Abdul Rashid mempunyai hak untuk mengemukakan saman kepada sesiapa sahaja dan baginya, beliau sentiasa bersedia menghadapi apa jua tuduhan. - Suara Keadilan

    SAYA AKAN DEDAHKAN SKANDAL TERBARU KAPAL SELAM - Zahar Hashim

    Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Zahar Hashim, akan mendedahkan satu salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam.

    Menurut beliau dalam satu wawancara bersama Suara Keadilan, keputusan beliau untuk tidak lagi bersama Umno dijadikan akses untuk beliau mendedahkan kepada umum mengenai skandal-skandal Umno.

    “Dah keluar Umno ini lagi senanglah. Saya baru sahaja terima salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam. Saya rasa keputusan pembeliannya sudahpun dibuat atau diperingkat akhir perbincangan. Saya akan dedahkan semua ini tidak lama lagi,” katanya apabila ditanya Adakah lagi skandal berkaitan Najib dan Kementerian Pertahanan yang akan beliau dedahkan.

    Menurutnya lagi, beliau akan terus mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan meskipun beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam politik dan sekadar menjadi pembantu khas kepada Yang DiPertua Pas kawasan Petaling Jaya Selatan.

    Pada masa yang sama, Zahar juga berkata antara sebab beliau keluar Umno ialah kerana berlaku penyewengan di peringkat Pemuda Bahagian ketika mencalonkan Muhammad Taib yang juga Pengerusi perhubungan Umno Negeri sebagai Timbalan Presiden Umno.

    “Kita telah hantar bukti yang cukup untuk menunjukkan pencalonan itu tidak sah disebabkan cawangan yang buat persidangan tahunan secara betul tidak diiktiraf oleh Pemuda bahagian, sebaliknya yang membuat mesyuarat yang tidak mengikut peraturan diiktiraf oleh Pemuda bahagian,”katanya.

    Dalam pada itu, keputusan untuk meninggalkan Umno diambil setelah beliau sedar terdapat banyak penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Umno dan kerajaan.

    Menurutnya selama 27 tahun beliau berada dalam Umno dan 20 tahun memegang jawatan Ketua Bahagian, mendedahkan beliau kepada pelbagai keburukan yang berlaku dalam parti itu. - Suara Keadilan.

    SASARAN 30 000 KEAHLIAN PKR SARAWAK TERCAPAI

    Setelah lebih 10 tahun bertapak di Sarawak, dengan segala hitam pahit rintangan, akhirnya sasaran keahlian 30 000 orang akhir tahun 2008 tercapai.

    Kemasukan beramai-ramai 12 000 orang ahli bersama YB Gibriel Adit Oktober lalu , bekas MP Lubok Antu Jawah Gerang bersama-sama 2 000 penyokongnya dan ditambah 3000 orang pemohon terbaharu dari DUN Dudong, Lanang Ahad lalu menjadikan jumlah terkumpul melebih 30 000 orang. Tahniah dan syabas kepada semua aktivis dan ahli parti yang tidak jemu-jemu mengembangkan saiz keahlian parti.

    Sementara itu semasa majlis 90109 nanti dijangka akan diumumkan lagi permohonan beramai-ramai bekas ahli PRS masuk PKR.

    Sasaran terbaharu PKR Sarawak ialah mempunyai keahlian 150 000 orang menjelang akhir 2009. Kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri, Bahagian, Cawangan dan JDM, pastikan sasaran itu mampu digapai lebih awal. Insya Allah.

    Monday, December 29, 2008

    90109 JAMUAN MAKAN MALAM TERBESAR BAKAL DIADAKAN DI KUCHING

    PKR Sarawak sedang giat merangka satu aktiviti bersejarah yang bakal dinobatkan Majlis Makan Malam terbesar pernah diadakan di Sarawak, atau mungkin pertama di Malaysia. Majlis yang akan berlangsung pada 9 Januari 2009 (90109) dijangka meliputi 510 buah meja.

    Sebelum ini siri jamuan serupa telah diadakan di Sibu (320 meja) dan Miri (320 meja).

    Majlis akan dihadiri oleh Ketua Umum Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir ialah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor serta beberapa MP Keadilan. Pemimpin PAS, DAP dan SNAP turut diundang. Kita berdoa agar tidak ada pemimpin PR yang dihalang masuk ke Sarawak kali ini.

    Acara bermula jam 7.00 malam dengan siri ucapan pemimpin PKR tempatan dan wakil rakyat dari Semenanjung. DSAI dijangka bersama-sama lebih 5000 tetamu jam 8.30 malam.

    Ahli dan penyokong PKR dan PR yang berminat hadir bolehlah membuat tempahan tempat duduk atau menghubungi saya dengan kadar segera. 014-886 0118, 082- 645 178 atau email pieeling@yahoo.com

    AMK minta Ezam dedahkan 6 kotak rahsia di KT

    Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Terengganu mengalu-alukan kehadiran Ezam Mohd Nor yang dijemput oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid Wan Salleh untuk membantu kempennya bulan depan.

    "AMK Terengganu meminta Ezam datang bersama enam kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan Umno dan BN," kata Ketua AMK Terengganu, Fariz Muda.

    Katanya, seluruh rakyat Malaysia pernah diberitahu oleh Ezam - sewaktu menjadi ketua AMK dahulu - bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN.

    "Sekiranya beliau masih terus konsisten dan serius dalam menentang rasuah, sudah pasti ini medan yang terbaik untuk mendedahkannya.

    "Rahsia enam kotak tersebut masih terus menjadi rahsia yang masih ditutup oleh Ezam," katanya Faris dalam satu kenyataan hari ini.

    Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah diluluskan oleh Parlimen, seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendedahkan perbuatan rasuah tersebut.

    "Integriti dan kredibiliti Ezam akan kembali pulih selepas menyertai Umno semula, dengan mendedahkan enam kotak dokumen rasuah dan penyelewengan Umno/BN.

    "Ini kerana antara alasan beliau menyertai Umno semula adalah kerana menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menentang rasuah .

    "Para pengundi di Kuala Terengganu sedang menanti kehadiran Ezam bersama enam kotak yang diwar-warkan itu," tambah Fariz - Malaysiakini

    Sunday, December 28, 2008

    No way Pakatan can take over state govt: Dr Chan

    Kenyataan ego dan bongkak! Seperti dilaporkan dalam The Borneo Post hari ini, TK Menteri Sarawak George Chan menempelak kesungguhan Anwar dan PR untuk menawan DUN Sarawak dalam pilihanraya yang akan datang.
    Dalam politik apa-apa boleh terjadi. Politic is the art of possiblelity. Jika kini BN gagah memerintah sejak 45 tahun lalu, tidak mustahil tsunami yang dicetus di Padungan 2006, kembali melanda seluruh Sarawak 2010 nanti.
    Jika kita bermain di gelanggang yang sama rata, sudah lama BN goyah layu tersungkur. Tetapi kerana tahu kelemahan sendiri, maka segala jentera, kemudahan kerajaan dimanipulasi dan disalahgunakan. Dan akhirnya kita berharap rakyat sendiri akan menunjuk jalan keluar kepada BN. Hidup Anwar. Bangkitlah rakyat Sarawak.

    Syed Husin Mahu Pihak Bertelagah Tutup Mulut

    KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali mahu para pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR), gabungan pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR, yang terbabit dalam perang mulut supaya berhenti dari menimbulkan perbezaan di antara mereka melalui media.

    "Saya ingin menggesa dan merayu kepada pelbagai pihak dalam Pakatan supaya berhenti daripada membawa perbezaan dan konflik mereka melalui media terutama yang dikawal oleh BN (Barisan Nasional)

    "Ini termasuk bukan sahaja MB Selangor (Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Anggota Parlimen Kapar (S. Manikavasagam) tetapi juga Speaker Selangor (wakil DAP Teng Chang Khim) dan Anggota Parlimen Klang (wakil DAP Charles Santiago)," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

    Perbezaan mereka ditimbulkan Jumaat lepas selepas Manikavasagam mengumumkan bahawa beliau akan keluar daripada Pakatan Rakyat atas alasan tidak bersetuju dengan Khalid dan cara Menteri Besar itu mentadbir negeri itu.

    Semalam, Khalid membalas dengan berkata bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan jika beliau mahu berbuat demikian dan beliau tidak berminat untuk berjumpa Anggota Parlimen itu atau untuk memintanya menimbang semula keputusannya.

    Bagaimanapun, Santiago bingung selepas Teng menuduhnya bahawa beliau telah dibeli oleh BN dan bersikap seperti seorang pembangkang.

    "Mereka sepatutnya duduk bersama dan berbincang dan menyelesaikan perbezaan dan konflik secara dalaman. Terdapat banyak saluran dan prosedur untuk berbuat demikian," katanya.

    Katanya dengan ketiadaan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berada di luar negara sehingga 6 Jan, beliau akan mengadakan mesyuarat biro politik Rabu ini bagi membincangkan isu utama dan berkaitan dalam usaha "untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai".

    "Isu berhubung ancaman Anggota Parlimen Kapar untuk meninggalkan PKR telah didedahkan seara berlebihan oleh media yang dikawal oleh BN. Mereka telah memutarbelit kenyataan sesetengah pemimpin Pakatan (Rakyat) untuk menggambarkan seolah-olah pakatan pembangkang dalm keadaan kucar kacir.

    "Sebenarnya, niat mereka adalah untuk memesongkan perhatian orang ramai daripada beberapa krisis dalaman BN dan juga di antara parti komponen di dalam kerajaan sehingga kepada pilihan raya kecil Kuala Terengganu," katanya.

    ANWAR DILANTIK PENGERUSI PERHUBUNGAN SARAWAK

    Sejak sehari dua ini, banyak pertanyaan daripada teman-teman tentang kebenaran Anwar menjadi Ketua Keadilan Sarawak.Mereka juga bertanyakan rasional di sebalik perubahan tersebut.

    Di sini ingin ditegaskan bahawa DS Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sarawak menggantikan YB Dominique Ng Kim Ho.
    Seperti kelaziman selepas Kongres Nasional setiap tahun, Presiden berhak menukar kepimpinan negeri berdasarkan penilaian prestasi semasa. Tahun ini cuma Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan sahaja yang tidak memerlukan perubahan kepimpinan.

    Dalam konteks Sarawak, YB Dominique Ng telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan, tetapi demi menggapai hasil yang lebih besar, maka DSAI telah diamanahkan mengetuai Keadilan Sarawak. Dengan perkembangan pesat PKR Sarawak, maka semestinya perlu perhatian lebih daripada pusat. Lebih-lebih lagi Pilihanraya DUN yang semakin hampir, memerlukan perincian perancangan yang lebih mantap.

    Kemasukan beberapa figura penting politik Sarawak ke dalam PKR, memerlukan kepimpinan yang lebih dinamik dan berpengalaman. DSAI telah membuktikan perkara mustahil dalam politik, dapat direalisasikan. Jangan lupa peranan menyatukan PAS dan DAP adalah keajaiban DSAI.

    Kepimpinan DSAI yang terbukti disegani lawan dan kawan, sudah tentu membuat BN semakin gelabah. Petunjuk pertama ialah larangan terhadap YB Gobalakrisnan daripada memasuki Sarawak, beberapa hari selepas pengumuman perlantikan DSAI. Alasan yang digunakan di bawah Seksyen 66 (1) Akta Imigresen 1959/1963 amat dangkal. Ahli Parlimen dinafikan kebebasan dan ini bertentangan dengan Seksyen 66 (1c) akta yang sama.

    YB Dominique Ng, walaupun agak terkejut dengan perkembangan parti, ternyata menerimanya dengan hati terbuka. Seperti yang dimaklumkannya kepada saya, pertukaran kepimpinan perkara biasa. Apa yang penting Projek Tawan DUN Sarawak merupakan agenda PKR dan ini mesti diutamakan.

    Walaupun terdapat beberapa suara sinis yang mengungkitkan federalisme, perlantikan DSAI cuma untuk seketika sementara "menanti" kesanggupan satu nama besar politik Sarawak menggalas tanggungjawab tersebut.

    Diharap dengan kepimpinan Anwar PKR Sarawak akan lebih mantap. Arus kemasukan ahli berlipat ganda. Jentera parti lebih tersusun.

    Monday, December 22, 2008

    YB MENJADI PENGARAH 21 SYARIKAT

    Jika seorang YB biasa di Sarawak mampu menjadi Pengarah dan memiliki kepentingan terhadap 21 buah syarikat (link), bayangkan seorang YB yang menjadi Menteri Muda, Menteri, Timbalan Ketua Menteri hatta Ketua Menteri.
    Bayangkan juga berapa buah syarikat yang dimiliki oleh anak- pinak, saudara mara, kawan-kawan serta kroni yang menjadi proksi mereka.
    Inilah wakil rakyat yang dipilih rakyat Sarawak selama ini. Sesiapa yang menjadi YB dalam kerajaan BN, pasti kaya-raya yang melimpah-ruah.
    Saya kenal dan berkawan kepada seorang adik beradik kepada YB semasa sama-sama menjadi guru dahulu. Sekarang dia sudah menjadi jutawan. Apa tidaknya, menurut cerita classmate saya yang satu tempat kerja dengan isteri adik YB tadi, kerana hendak membeli sebiji kerongsang yang sepadan warna baju, sanggup mengajak classmate saya ke KL Segala perbelanjaan ditanggung, pergi pagi balik malam?
    Saya juga kenal seorang Setiausaha kepada seorang Menteri. Dulu dia sorang guru biasa. Setelah lebih 20 tahun bersama Menteri tersebut, kini dia kaya. Tidak mahu lagi menjawat jawatan guru. Dia sudah memiliki perniagaan yang berjaya. Memiliki rumah yang tersergam indah.

    Jika hendak menjadi kaya-raya, masuk BN dan menjadi YBnya. Jika masuk Pakatan Rakyat, jangan mimipi hendak menjadi kaya. Lawatan kerja pun menggunakan perbelanjaan sendiri.

    Sunday, December 21, 2008

    Anwar's letter of demand to Jabu

    A legal firm acting for Opposition Leader Anwar Ibrahim has served a letter of demand for an unreserved apology and monetary compensation on Sarawak Deputy Chief Minister Alfred Jabu for alleged defamation.

    The letter was delivered yesterday afternoon to Jabu's office in Bangunan MASJA in Petra Jaya, Kuching, by a dispatch clerk from the legal firm, Baru Bian Advocates & Solicitors.

    Jabu was quoted in the Eastern Times as accusing Anwar of not respecting Iban customs and traditions, during a visit to the Rumah Entirong longhouse in Nanga Tutong, Lubok Antu on May 24.

    He was further reported as saying that Anwar should not be allowed to hoodwink and mislead the people - Tony Thien

    Anwar sniffing victory in Taib's backyard

    DEC 20 - The winds of change are blowing in Sarawak. They are fanning the fire of Dayak nationalism and fuelling increasing Chinese dissatisfaction for the Barisan Nasional government over the state's lethargic economic situation.

    Even among the ruling Malay Melanau community, there is growing unhappiness over the reluctance of its leader Tan Sri Abdul Taib Mahmud to step down as chief minister after 27 years.

    For the Dayaks, the animosity towards the old stalwart is even stronger. As a young Kayan waitress I met in a Kuala Lumpur restaurant recently remarked to me: "I don't like Taib Mahmud."

    She added: "I have to leave my family in Kuching to find work in Kuala Lumpur because there are no jobs available there."

    Therefore, it's not surprising that Parti Keadilan Rakyat adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim has set his party's sights on capturing Sarawak at the next state elections due in 2011.

    The once impossible ambition of the state's warring opposition parties to defeat the Barisan Nasional may actually come true with Anwar and PKR.

    They are hoping to ride the coat tails of Pakatan Rakyat's success in the March 2008 general election and finally remove Taib and consequently Barisan Nasional from power.

    PKR is expected to continue attacking the record of Taib's rule especially his family's dominant business interests in the state. It is also expected to manipulate the negative sentiments of the larger Dayak community to remove Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), which is seen to be the vehicle of the smaller sized Malay Melanau community, from power.

    The election is expected be decided on the issues of the day - considering the similar multi-cultural, multi-religious and multi-ethnic composition of both competing main parties, the ruling PBB and the opposition PKR.

    Among the issues expected to be aired in the election are denial of land titles to the Dayaks who occupy hundreds of thousands of acres of tribal land settlements in rural Sarawak. The Dayaks have claimed ownership of the land for decades but were denied by the State Constitution after the formation of Malaysia in 1965.

    Anwar's PKR is promising to award them the land titles if it wins the upcoming elections.

    PKR's junior partner in Pakatan Rakyat, the DAP, is expected to whip up racial sentiments and focus the hatred of the city-dwelling Chinese against Taib over the issue of extending their property leases which are due soon.

    The Sarawak Chinese have for a long time worried about the possibility of their livelihood being threatened if their leases are not extended. However, such an event is highly unlikely in Sarawak where the Chinese have benefited from the trust given to them by the Sarawak political leadership to develop the economy of Sarawak.

    The DAP is promising them freehold land titles as a reward for putting them in power. It would be interesting to see how the newly formed Malaysian Anti-Corruption Commission would perceive these political inducements.

    Sarawak is also fertile ground for Pakatan Rakyat to test its much hyped Bangsa Malaysia values.

    Sarawak is truly multi-ethnic in nature. The politically dominant Malay Melanaus comprise 20 per cent, the commercially powerful Chinese comprise 30 per cent and the rest is made up of 26 non-Muslim indigenous communities collectively referred to as Dayaks.

    The ethnic barriers are broken down further by the high percentage of mixed marriages registered estimated at 30 per cent of all mixed marriages in Malaysia annually.

    And there are signs that PKR is fast gaining ground. At a recent party fund-raising dinner in Miri, about 3,000 people, mostly from the Dayak community, attended and raised an estimated RM300,000 for the state PKR war chest to fight in the state elections.

    The Sarawak state assembly currently has a total of 71 seats. Taib's PBB holds 35 seats, the Sarawak United Progressive Party (SUPP) 11 seats, the Sarawak Progressive Development Party (SPDP) eight and Parti Rakyat Sarawak (PRS) eight, for a total of 62 seats.

    According to reliable sources, the BN could lose up to 30 seats in the next state elections, which would mean that Pakatan Rakyat just needs to capture six extra seats to win power, if the elections were held today.

    Anwar is hoping that by capturing the state government, it would force Sarawak BN Members of Parliament to jump ship to Pakatan Rakyat and help him capture power at the federal level.

    He would then avoid facing a rejuvenated Umno under the heir apparent prime minister, Datuk Seri Najib Razak, at the next general election.

    BN must work hard to stop Anwar and PKR from winning too many seats in the Sarawak state elections to prevent the erosion of grassroots support which will eventually lead to major losses in parliamentary seats in BN's once impenetrable backyard.

    A week is a long time in politics, many people say. But time is not on the side of ailing long-time strongman Taib.

    He is exactly in the same position where Tun Dr Mahathir Mohamd was in 2003. He needs to engineer a more sincere and smooth transition of power to a politically acceptable successor. That is his biggest problem.

    The next Sarawak state elections will hinge on his statesman ship. Failure todo so may launch Pakatan Rakyat into power in Putrajaya. MI

    ADUN PULAU PINANG BERKUNJUNG KE SADONG JAYA

    Baru usai majlis mesra bersama YB Hj Abdul Malik Kassim, Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang di Kpg Semera, Sadong Jaya.
    Beliau sebelum ini pernah membantu saya semasa pilihanraya DUN Mei 2006. Kunjungan kali ini, lebih kepada menjejak kenangan semasa bertempur dengan jentera BN 2006. Pelbagai kisah pahit manis dan pengalaman diungkit semula.
    Rombongan 6 orang tiba di Sarawak 19 Disember lalu. Dalam ucapannya Hj Malik berjanji akan sekali lagi membantu kempen Keadilan pada pilihanraya nanti. Dengan pengalaman lebih 10 tahun berjuang bersama Keadilan, kalah menang sudah menjadi biasa. Diherdik, dihina, ditahan dan dimasukkan dalam lokap menjadi lumrah perjuangan.
    Jika sebelum ini, pihak lawan memandang serong perjuangan Keadilan, tetapi setelah 9 bulan memegang tampuk pemerintahan di 5 buah negeri, Keadilan dan Pakatan Rakyat sudah membuktikan kemampuan mereka. Apa yang tidak dilakukan oleh BN setelah memerintah 50 tahun, mampu dibuat oleh kerajaan PR dalam masa 9 bulan pertama ini. Contoh yang dikemukakan Hj Malik ialah pengikhtirafan kerajaan Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng kepada para hafiz Al Quran. Seorang Ketua Menteri keturunan Cina, mengemukakan cadangan agar para hafiz diiktiraf dan diberi elaun. Begitu juga pertambahan elaun guru KAFA. Perkara ini sepatutnya sudah dilakukan oleh kerajaan BN, tetapi kerana sibuk mengenyangkan diri sendiri, perkara ini terlepas pandang.
    Semasa krisis kekurangan beras dan minyak, kerajaan PR Pulau Pinang telah mengambil langkah proaktif dengan menyalurkan bantuan terus kepada rakyat yang susah tanpa memilih fahaman politik.
    Kerajaan prihatin rakyat yang menjadi dokongan PR, merupakan tonggak perjuangan Anwar Ibrahim. Walau apa pun orang memperkatakan tentang keburukan Anwar, perjuangan membela rakyat akan menolak segala dakyah ini. Jika pihak luar menagih kemahiran dan pengetahuan Anwar, malangnya pemerintah negara sendiri ketakutan dengan perkembangan yang ada.
    Hj Malik yang kenal rapat dengan Anwar, turut menolak dakwaan bahawa Anwar akan menggadai maruah Melayu. Siapa kita untuk mempersoalkan kemelayuan orang lain, sedangkan Anwar sanggup mempertaruhkan kedudukan, pangkat,harta benda demi menyelamat bangsa Melayu?
    Jika Anwar kurang sifat Melayunya, buat apa beliau berani menentang arus. Bangkit melawan kelompok yang memegang kuasa, setelah ditelanjang, diterajang, dikurung, dibelasah hingga hampir lumpuh? Buat apa susah-susah memperjudikan nyawa untuk menyelamatkan Melayu dan Malaysia daripada puak yang mementingkan kroni. Mengembungkan poket sendiri.
    Setelah 9 bulan menjadi Exco Pulau Pinang, Hj Malik, mengaku PR mampu mentadbir lebih baik daripada BN. Pokok pangkal keikhlasan berjuang demi kepentingan rakyat kebanyakan.

    Thursday, December 18, 2008

    KEMBALI BERSUA

    Salam perjuangan buat pemblog yang budiman. Setelah hampir 2 minggu bercuti dan berada di Miri, mengendalikan majlis makan malam PKR 14 Disember lalu, barulah berpeluang menjenguk blog sendiri.
    Bercerita tentang majlis di Miri dengan kehadiran Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution, sekali lagi sambutan hangat rakyat Sarawak membuktikan tuduhan Taib Mahmud meleset. Anwar dikatakan tidak diterima rakyat Sarawak, tiada kredibiliti, tetapi keghairahan rakyat di Bekenu dan Miri ternyata sebaliknya. Sambutan tanpa dirancang rapi di lapangan terbang Miri mendapat sambutan memberangsangkan.
    Sejumlah 320 buah meja semasa makan malam tidak mencukupi. Masih ramai yang berada di luar dewan menanti dibenarkan masuk. Walau bagaimanapun jika tidak kerana sebab-sebab tertentu, sudah pasti akan ada lagi pengumuman penting malam itu. Pengumuman yang cukup membuat Taib Mahmud tidak duduk senang.
    Apa pun, satu lagi jamuan terbesar dengan 600 buah meja akan diadakan di Kuching Januari ini. Majlis itu nanti, akan ada lagi kejutan buat BN. Kepada sesiapa yang ingin turut serta, bolehlah membuat tempahan meja mulai sekarang.

    Tuesday, December 2, 2008

    PKR AKAN GEGARKAN SARAWAK

    DSAI telah menyusun strategi baru - menggegarkan Sarawak sebagai langkah baru menuju Putrajaya dalam merealisasikan ‘projek 16 September’ menukar kerajaan persekutuan.

    Katanya, beliau akan ke Sarawak pada pertengahan bulan depan dan mengarahkan semua pimpinan PKR bergilir-gilir untuk ke sana setiap minggu untuk meraih keyakinan masyarakat di sana menjelang pilihanraya negeri, selewat-lewatnya dijangka diadakan 2010.

    “Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang,” kata penasihat PKR dalam ceramah khas malam tadi bersempena kongres nasional kelima partinya selama dua hari di Shah Alam mulai semalam.

    “Selesai 14 haribulan saya ke Miri, saya akan minta menteri besar, ahli-ahli parlimen bergilir, tiap-tiap minggu mesti ada rombongan ahli Yang Berhormat dari Semenanjung yang turun ke Sarawak.

    “Tanpa kecuali, semua mesti tetapkan jadual dan ikut disiplin parti.”

    Kempen terbaru mantan timbalan perdana menteri itu dilancarkan di hadapan beberapa ribu hadirin yang memenuhi Stadium Malawati, yang ternanti-nanti kupasan terbaru berhubung isu pertukaran kerajaan, asalnya diura-urakan 16 September lepas.

    Langkah PKR itu diumumkan susulan penerimaan baik 12,000 penduduk Sarawak yang dilaporkan menyertai parti itu dua minggu lalu.

    Taib Mahmud menganggap usaha DSAI dan PKR sebagai sia-sia. Rakyat akan menolak DSAI kerana tiada kredilabiti. Itu kata-kata sebagai penyedap hati sendiri. Taib dan pemimpin BN Sarawak sedar akan penerimaan rakyat Sarawak terhadap PKR. Kehadiran Anwar sentiasa dinanti-nanti. Kebangkitan rakyat Sarawak semakin terserlah. Mungkin akan ada kejutan semasa jamuan dan lawatan DSAI di Miri pada 14 Disember nanti.