Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Saturday, July 25, 2009

    SALAHKAH HADI BERKAITAN ISU CAWAT?


    Saya tidak pelik jika ramai yang masih beranggapan orang Sarawak masih bercawat, tinggal atas pokok atau tanggapan lain yang sedikit sebanyak mengguris perasaan anak Sarawak.

    Saya sendiri banyak kali ditanya "Bila datang MALAYSIA (Semenanjung)?", "Datang ke Malaysia (Semenanjung) ni naik apa?"

    Yang peliknya, orang yang bertanya itu, kawan-kawan yang terdiri daripada GURU dan kaki tangan kerajaan yang tidak pernah menginjak kaki ke Sarawak.

    Kita juga sering mendengar ungkapan "SELURUH NEGARA TERMASUK SABAH DAN SARAWAK?"

    Di mana silapnya? Apakah konsep intergrasi nasional yang dilaung-laungkan oleh kerajaan BN itu gagal dan tidak berupaya menjelmakan maksud yang diimpikan?

    Kita anak Sarawak harus melihat kelemahan sendiri dalam hal ini. Apa tidaknya, jika promosi pelancongan atau Tahun Melawat Sarawak, yang diketengahkan ialah penari tradisi yang memakai CAWAT dengan parang ilangnya.

    Masih ingatkah dengan iklan sebuah bank yang mengetengahkan masyarakat Iban.

    Begitu juga, ditayangkan suasana rumah panjang dan persekitaran yang menampakkan kemunduran Sarawak.

    Inilah salah satu punca mengapa, orang luar masih beranggapan yang anak Sarawak masih mundur, bercawat serta tinggal dalam kedaifan.

    MB SGOR BERSAMA PKR SARAWAK

    MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan berada di Sarawak pada 28 Julai ini bersempena dengan Majlis Persidangan Raja-Raja.

    Sejerus tiba, beliau dijangka melakukan Majlis Penutupan Rasmi Konvensyen PKR Sarawak yang diadakan di Crown Square, Kuching. Konvensyen diadakan untuk memberi pendedahan lanjut anggota parti tentang perjuangan dan matlamat PKR dan Pakatan Rakyat dalam membela nasib rakyat kebanyakan.

    Selepas itu Tan Sri dijangka menunaikan solah Maghrib bersama penduduk di Jalan Patingan. Beliau turut menunaikan solat Isya di surau Kpg Gersik.

    Jam 8.30 malam satu ceramah kelompok akan diadakan di Kpg Surabaya Ulu, Kuching.

    Jam 10.30 malam, Tan Sri akan mengadakan majlis makan malam tertutup bersama pimpinan PKR Sarawak.

    Anggota parti dan orang ramai dijemput hadir terutama mendengar sendiri tentang pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor.

    Monday, July 20, 2009

    PENDAKWA MOHON TANGGUH SERAH DOKUMEN KPD ANWAR

    Pihak pendakwa dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan segera untuk 'menangguhkan' perintah menyerahkan salinan rakaman video, dokumen dan laporan perubatan kepada peguambela.

    Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan pihak pendakwa supaya menyerahkan dokumen-dokumen berkenaan kepada Anwar dalam tempoh tujuh hari.

    Pada hari berikutnya, pihak pendakwa memfailkan notis rayuan terhadap keputuan yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

    Pada kira-kira jam 2 petang ini, pendakwa memfailkan permohonan 'penangguhan' perintah tersebut, di pejabat pendaftar jenayah Mahkamah Tinggi.

    Dokumen tersebut ditandatangani DPP Nordin Hassan - salah seorang daripada enam anggota pasukan pendakwaraya - yang diketuai Peguamcara Negara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin.

    Peguam bekas timbalan perdana menteri itu - Sankara Nair - mengesahkan beliau telah menerima salinan permohonan tersebut, yang difailkan bersama dengan sijil kesegeraan.

    Tiada tarikh yang ditetapkan untuk mendengar permohonan tersebut, tetapi Sankara berkata, pihaknya akan memfailkan afidavit balas.- Malaysiakini.

    PELIK! KENAPA BERAT SANGAT NAK SERAH DOKUMEN DAN 'BAHAN BUKTI'. SEKARANG NAK POHON PENANGGUHAN PULA. SEKARANG NI SIAPA YANG SENGAJA HENDAK MELAMBATKAN PERBICARAAN?

    Sunday, July 19, 2009

    KEADILAN UNTUK SEMUA

    Saya pernah dipukul dan diaibkan. Dibiarkan terbujur kaku kesejukan di dalam pusat tahanan Bukit Aman. Tiada rawatan segera, hanya menanti takdir Tuhan, tidak pasti selamat ataupun tidak. Sudah pasti ramai yang tidak menyangka, malah saya sendiri sukar membayangkan, ada di antara pimpinan intitusi keselamatan dan keadilan negara ini, yang diharapkan melindungi rakyat, mampu bertindak melampaui batas. Lebih dari 10 tahun telah berlalu, rakyat Malaysia mahukan yang lebih baik untuk semua. Akan tetapi penguasa semakin lalai dari amanah yang diberikan.

    Belum lagi negara kita pulih dari kesedihan dan kemarahan kerana dikejutkan dengan kematian sdr Teoh Beng Hock. Sudah ada mereka yang sanggup merendahkan akal budi serta harga diri dengan terjun menjerumus ke dalam jurang yang paling dalam; jurang kebencian dan perkauman. Kerana ingin mengampu, ada di antara media kongkongan umno-bn sedang mula mencatur serta menuai bibit-bibit perkauman sempit, demi melepaskan beban tanggungjawab beberapa institusi seperti SPRM, Kehakiman dan Polis.

    Terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi Kehakiman, Polis serta SPRM adalah akibat perbuatan sendiri. Rakyat tidak sesekali boleh diperbodohkan. Mereka menuntut penjelasan berhubung skandal pita video V.K Lingam, skandal PKFZ, skandal pembelian Eurocopter komisen kapal selam beratus juta dan tuduhan pembabitan pegawai atasan polis dengan kumpulan kongsi gelap.

    Berhadapan dengan kemarahan serta ketidakyakinan rakyat terhadap sistem yang mereput, maka tidak menghairankan lah propaganda murahan dianyam oleh sang picisan, walaupun ianya ternyata gila. Hasrat dan keinginan rakyat diketepikan, yang penting penguasa tidak dituding bersalah dan terpaksa memikul beban. Para pengampu tidak pernah peduli sekiranya apa yang ditulis dan disiarkan meloyakan. Makanya kegilaan dan meloyakan, bukanlah sesuatu yang asing melainkan ianya senantiasa bertaut demi mengolah persetujuan mereka yang diperintah.

    Kegilaan dan alasan meloyakan seperti ini mengingatkan saya kepada bait-bait kisah yang terkandung di dalam Illiad dendangan penyair buta Homer. Apabila ditanya kepada Agamemnon, mengapa bertindak merampas kekasih Achilles. Sang penguasa menjawab, bukan salahnya sendiri melainkan ianya kerana mahkluk Erinys merasuki dengan ate(keinginan), lalu menyebabkan dia merampas kekasih kesatria Greek tersebut. Agamemnon, takut dan gusar amarah Achilles serta tentera Greek sekaliannya, sanggup menyajikan alasan seperti itu, biarlah ianya meloyakan dan tidak masuk akal. Persamaan di antara Agamemnon, penguasa rakus Greek dan para pengampu yang wujud sekarang amatlah jelas sungguhpun hidup di zaman berbeza.

    Namun saya yakin Rakyat Malaysia sedar isu pokoknya ialah Keadilan. Samada ianya membabitkan mendiang Teoh, Kugan dan Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, apa yang dituntut ialah Keadilan. Kezaliman tidak pernah mengenali warna kulit, asal ras dan kepercayaan. Mereka yang menzalimi dan dizalimi, bukannya hak eksklusif mana-mana kaum dan agama. Merenung pesan Al- Quran jelas sekali gesaan agar ditegakkan Keadilan dan menentang kezaliman.

    “Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan…” (surah al hadiid: 25)

    Kebobrokan dan kezaliman berterusan tidak boleh lagi dibiarkan. Oleh kerana itu PAS, DAP dan PKR bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat. Kami bertekad menegakkan Keadilan dan membawa perubahan kepada sistem yang sepatutnya berkhidmat kepada rakyat melewati batas ras kebudayaan serta kepercayaan. Tragedi yang menimpa Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, Kugan dan Teoh sewajarnya mengingatkan kita, Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban untuk bersatu segera melakukan Perubahan.

    ANWAR IBRAHIM

    CHUA JUI MENG SERTAI KEADILAN

    Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

    Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

    Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

    Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

    Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

    Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

    Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

    Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

    Menurutnya lagi, beliau mula membuat pertimbangan untuk menyertai PKR sebelum dan selepas pemilihan MCA pada tahun lalu.

    “Kemasukannya saya ke dalam PKR adalah tanpa syarat.

    “Saya ada idea dan wawasan yang sama dengan PKR. Kalau ada tempat ada platform, tempat itu bermula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tambahnya.

    Katanya, keputusan untuk menyertai PKR juga dibuat selepas beberapa kali perbincangan dengan Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.- Malaysiakini


    Thursday, July 16, 2009

    SU Politik EXco Selagor Mati Jatuh Bangunan SPRM

    Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

    Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

    Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

    Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

    Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

    Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

    Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

    Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

    Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

    Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

    SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

    Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

    "Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.

    Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.

    Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.

    R Sivarasa, yang juga ahli parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan.

    "Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya. - Malaysiakini

    BAHAN BUKTI: MAHKAMAH BENAR PERMOHONAN ANWAR

    Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan pihak pendakwa supaya membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneliti rakaman CCTV yang didakwa tempat kejadian, jika salinan yang diberikan tidak jelas.

    Beliau juga emerintahkan supaya nota pemeriksaan doktor Hospital Kuala Lumpur ke atas pengadu - Mohd Saiful Bukhari Azlan - turut diserahkan kepada pihak peguambela.

    Hakim Mohd Zabidin juga mahu pihak pendakwa menyerahkan kepada pihak peguambela kenyataan saksi dari tujuh individu.

    Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan permohonan pihak peguambela untuk mendapatkan sampel DNA yang relevan dan testimoni video Mohd Saiful kepada polis yang dirakam pada 30 Jun 2008.

    Sebelum itu, Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding pada jam 10 pagi tadi untuk memboleh hakim membuat keputusan selepas mendengar hujah balas peguambela Edmund Bon dan Amer Hamzah Arshad terhadap hujah ketua pendakwaraya Yusof Zainal Abiden bahawa semua dokumen telah diserahkan kepada pihak peguambela.

    Pihak peguambela memohon supaya pihak pendakwa menyerahkan set lengkap dokumen-dokumen asal, kenyataan saksi, rakaman CCTV dan bahan bukti lain yang berkaitan dengan tuduhan liwat terhadap Anwar.

    Pembelaan utama Anwar ialah telah menyerahkan notis alibi kepada pihak pendakwa, bahawa tuduhan terhadap Anwar itu satu konspirasi politik, bahawa pengadu (Mohd Saiful) tidak boleh diperayai, bahawa terdapat gangguan pada bukti penting serta bukti pemeriksaan perubatan mendapati tidak berlaku penetrasi.

    Sebelum prosiding bermula pagi tadi, peguam R Sivarasa yang mengetuai pasukan peguambela Anwar - selepas Sulaiman Abdullah menarik diri semalam - meminta hakim mmerintahkan pegawai penyiasat Jude Pereira keluar dari dewan mahkamah.

    Pereira yang juga hadir dalam prosiding semalam, merupakan saksi utama pihak pendakwa, kata Sivarasa.

    Hakim bersetuju dan memerintahkan Pereira meninggalkan dewan mahkamah.

    Selepas hakim membuat keputusan terhadap pemohonan mendapatkan bahan bukti berkenaan, mahkamah dijangka menetapkan tarikh sebutan permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan terhadapnya dan menetapkan tarikh baru perbicaraan, bergantung kepada permohonan-permohonan sebelum ini.- Malaysiakini

    Monday, July 13, 2009

    MUHYIDDIN TABUR JANTI BERBENTUK UGUTAN

    Pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) dianggap memperlekehkan rakyat Manek Urai apabila pelbagai janji pembangunan dilontarkan menerusi kempen mereka menjelang pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai.

    Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim, menyelar tindakan Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang membuat janji berbentuk ugutan yang bertentangan dengan undang-undang.

    Anwar menegaskan, wang kerajaan untuk membuat pembangunan adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai sepatutnya disalur mengikut keperluan semasa rakyat bukannya dijadikan modal untuk memancing undi.

    "Kita mesti serius dalam hal ini dan rakyat mesti sedar dan faham. Saya minta SPRM menyiasat perkara ini. Mereka menabur janji seolah-olah rakyat Manek Urai bodoh, tidak punya harga diri. Dhaif sangat ke rakyat Manek Urai? katanya.

    Anwar berkata, isu pembangunan tidak lagi relevan, tetapi etika kepimpinan yang gagal diwujudkan Umno sehingga berlaku banyak penyelewengan wajar dilihat sebagai isu utama dan perlu diberi perhatian oleh rakyat.

    Muhyidin melalui kempen PRK Dun Manek Urai berjanji akan membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai lama dan Manek Urai baru. Sebuah sekolah dan masjid juga turut dijanjikan dengan syarat pengundi memberi kemenangan kepada mereka.

    Sementara itu Nik Aziz menyeru supaya pengundi Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan janji manis BN waktu pilihan raya memandangkan banyak projek rasmi dilancarkan sebelum inipun belum ditunaikan.

    "Janji kerajaan Barisan Nasional untuk membina jambatan merentasi sungai Kelantan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dulu masih belum tertunai sampai sekarang, hari ini tabur lagi janji baru.

    Selesai dulu janji lama sebelum membuat janji lain dengan rakyat. Lagipun BN sebagai kerajaan pusat bertanggungjawab membawa projek ke setiap negeri. Jadi tidak betul kalau undi BN baru boleh dapat projek,jelasnya.

    Umno-BN menjadikan isu pembangunan sebagai modal utama kempen mereka di manek Urai selain taraf pendidikan calon PAS dikatakan tidak mempunyai pendidikan tinggi dan hanya sebagai seorang pemborong ikan. Harakah

    Sunday, July 12, 2009

    UNDI BN DAPAT JAMBATAN

    Begitulah tektik lapok BN yang nampaknya masih dimainkan di Manik Urai. Umpan dengan pembangunan melimpah ruah merupakan cara memancing undi yang boleh dikatakan berkesan terutama pengundi di luar bandar.

    Beberapa pengalaman peribadi saya mendapati tektik ini berjaya mengaburi mata pengundi. Sewaktu bertanding DUN 2006 lalu, calon BN telah berjanji membina Bandar Baru Sadong Jaya jika terpilih menjadi wakil rakyat mereka.

    Begitu juga janji membina masjid baru untuk menggantikan masjid lama di Kpg Semera yang telah berusia lebih 40 tahun. Mei 2006 lalu seorang Menteri Muda dengan bantuan Baitulmal Sarawak menyerahkan replika cek RM1 juta untuk tujuan tersebut selepas solat Jumaat dalam Masjid tersebut. Konon proses pembinaan akan dimulakan Disember 2006.

    Begitu juga Mac 2008, Ketua Menteri Sarawak sendiri telah melakukan upacara pecah tanah untuk masjid yang sama dan kononnya juga akan dibina mulai Disember 2008.

    Kedua-dua situasi ini menyebabkan ramai pengundi beralih arah dan memihak janji kosong BN tersebut. 2006 saya kalah tipis kepada calon BN dan salah satu faktor adalah pengundi terpikat dengan janji bandar baru dan masjid tersebut.

    Sewaktu membantu Sdra Jawah Gerang di Batang Ai lalu pun, janji-janji seperti ini lebih hangat bergema. Sehinggakan Taib Mahmud terpaksa melakukan upacara rasmi mengorek tanah bukit di tepi jalan sebagai tanda pecah tanah Pusat Giat Mara, Lubok Antu.

    Di Manik Urai, Muhyidin telah menabur janji dan mengugut pengundi, jika calon BN menang, maka sebuah jambatan baru berharga RM5 hingga RM7 juta akan dibina. Jika kalah tidak ada jambatan.

    Adakah ini bukan penyalahgunaan kuasa dan rasuah pilihanraya? Sudah beberapa kes dibawa ke mahkamah berhubung janji-janji seperti ini, tetapi biasalah selagi perundangan masih dibelenggu sindrom 'takut', maka kes tetap memihak BN.

    Friday, July 10, 2009

    NIZAR DIBENAR MERAYU

    Mahkamah Persekutuan hari ini akhirnya membenarkan permohonan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dengan keputusan ini, jelas menunjukkan peluang untuk rakyat Perak melihat keadilan berlaku masih terbuka biar pun dihambat dengan berbagai isu yang jelas membelakangkan undang-undang dan perlembagaan sebenarnya.

    Masalah politik Perak yang kini sebenarnya masih "kritikal" biarpun ditutup oleh media arus perdana. Rakyat Perak kini semakin benci dan meluat dengan kelibat MB Haram, Zambry Kadir. Bahkan mereka langsung tidak mengikhtiraf beliau sebagai ketua negeri itu. Apa yang pasti, Nizar masih tetap dihati rakyat dan hanya keadilan sahaja yang boleh mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. UMNO dan BN boleh mendabik dada kononnya mereka menang dalam isu Perak, susulan melihat mahkamah memihak kepada mereka. Walhal, hakikatnya apa yang berlaku itu adalah petanda kejatuhan dan kehancuran mereka di Perak.

    Ramai yang melihat, tindakan BN merampas kuasa di negeri itu bakal menyebabkan ramai wakil rakyat BN bakal menjadi "rakyat biasa" selepas pilihanraya umum ke-13 nanti. Oleh itu, rayuan dan saranan seluruh rakyat agar kuasa dikembalikan kepada mereka dan DUN Perak dibubarkan haruslah diberi perhatian sewajarnya oleh Sultan Perak. Tindakan menggunakan mahkamah untuk menghalang proses demokrasi bakal menyebabkan kesatbilan politik dan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak kucar kacir.

    Semoga dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan hari ini bakal membuka lembaran baru ke arah perubahan di negeri itu. Rakyat masih berharap biarpun "jalannya" nampak terlalu sukar untuk menjadi kenyataan. Namun, kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan. Segalanya boleh berlaku jika diizinkanNya. (PahangDaily)

    Thursday, July 9, 2009

    BN PERGUNAKAN JENTERA KERAJAAN BERKEMPEN DI MANIK URAI

    Ketua Biro Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat, YB Saifuddin Nasution mendakwa bahawa Barisan Nasional (BN) menggunakan pelbagai taktik tidak beretika dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai. Dalam persaingan ini, calon PAS-Pakatan Rakyat berdepan dengan sumber tenaga dan kewangan yang kuat dari BN. Maklumat di lapangan menunjukkan bahawa Kerajaan Pusat BN telah mengarahkan jentera Kerajaan Pusat berkempen untuk BN.

    Sebelum itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar telah mendedahkan Kementerian Pertahanan menyalah gunakan anggota-anggota tentera menjalankan kempen di Manek Urai untuk menjalankan pelbagai program supaya menarik undi kepada BN. Baru-baru ini turut mendedahkan pemimpin-pemimpin BN menaiki helikopter berkempen di kawasan tersebut.

    Sementara itu, YB Saifuddin mendedahkan bahawa maklumat yang dikumpulkan oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat telah membuktikan pegawai kerajaan telah melebihi bidang kuasa terlibat dalam pilihan raya berkempen bagi pihak BN. Agensi-agensi kerajaan yang diperalatkan oleh BN termasuk Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), FELCRA, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, KEMAS, Bahagian Serantas, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, pihak polis dan tentera.

    YB Saifuddin mengulas, arahan-arahan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin BN jelas adalah penyalahgunaan kuasa yang serius. Setiap Pilihan Raya Kecil, BN pasti mempergunakan jentera kerajaan untuk tujuan berkempen.

    Bagi pihak Pakatan Rakyat, Saifuddin merayu kepada pengundi-pengundi Manek Urai menggunakan undi untuk menolak penyelewengan dan kelakuan rasuah BN untuk meneruskan perjuangan rakyat.

    Wednesday, July 8, 2009

    PPSMI: MUHYIDIN PERDAYA RAKYAT CARA HISHAMUDDIN

    Keputusan telah dibuat bahawa Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran sebentar tadi. Pengumuman itu dibuat jam 2.30 di kementerian itu di Putrajaya.

    Ia merupakan teknik menipu cara Menteri Pendidikan lalu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengenai isu yuran sekolah yang telah dimansuhkan. Pada tahun 2008, Hishamuddin telah mengumumkan semua yuran dimansuhkan. Apabila Muhyiddin Yassin dilantik dalam beberapa hari , semua sekolah di seluruh negara kelolaan kerajaan pusat telah menghantar yuran kepada ibubapa .

    Johor Daily percaya dalam masa tiga tahun, rakyat akan lupa isu PPSMI ini. Penipuan ala Hishamuddin ini dipercayai boleh memperdayakan semua pihak agar diam sehingga Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Dan jika ada penentangan selepas ini, pemimpinan BN akan berkata, pejuang bahasa melayu tidak tahu bersabar.

    Dalam sidang akhbar itu, Muhyiddin berkata, di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

    Menurut beliau pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.- Johor Daily

    POLIS HALANG KURSUS SKUAD AMK SARAWAK

    Polis Sarawak bertindak samseng dengan menyerbu sebuah rumah panjang untuk menyuraikan peserta kursus kewartawanan anjuran Skuad KEADILAN negeri itu.

    Sepasukan lapan anggota polis menyerbu rumah panjang itu di Saratok, kira-kira 350 kilometer dari Kuching dan memaksa kesemua 37 peserta meninggalkan rumah panjang itu pada 4 Julai lalu.

    Alasan diberi oleh polis ialah kursus kewartawanan itu tidak mempunyai permit.

    Ketua Skuad KEADILAN Sarawak Jol-Jolhi Bee berkata beliau telah memohon untuk mendapatkan permit walaupun tidak perlu berbuat demikian kerana kursus itu adalah aktiviti parti yang diadakan dalam dewan tertutup.

    “Seperti biasa kesemua permohonan yang dibuat pihak Skuad tidak akan diluluskan,” kata beliau.

    “Pihak Skuad merasa kesal dengan tindakan polis yang bertindak di luar batasan dan berat sebelah kerana sebelum ini Biro Tata Negara (BTN) anjuran Barisan Nasional menganjurkan kursus dan tidak memohon sebarang permit. Tidak ada pula serbuan polis bila ia membabitkan aktiviti BN,” tambah beliau.

    Bagaimanapun, tindakan keterlaluan polis itu tidak mematahkan semangat peserta yang berpindah ke lokasi lain di Saratok untuk menyambung kursus berkenaan.

    “Ini telah menaikkan semangat mereka dengan memahami erti perjuangan apabila hamba-hamba BN bertindak sewenang-wenangnya menyalahguna kuasa mereka,” jelas Jol-Jolhi.

    Menurut beliau, pihak Skuad telah lima kali menangguh dan memindahkan program kursus ini kerana setiap kali pihak Skuad telah mengesahkan tempat dan tarikh, pihak BTN akan mengisi dewan dengan program anjuran mereka pada masa dan tempat yang sama.

    Merujuk kepada sambutan penduduk terhadap KEADILAN di Saratok, Jol-Jolhi berkata kebanyakkan mereka menyedari bahawa mereka ditipu oleh Kerajaan BN sekian lama dengan pelbagai janji kosong.

    Walaupun sudah 46 tahun merdeka dan bergabung dengan Semenanjung Malaysia, Sarawak masih mempunyai kawasan-kawasan luas yang tidak menikmati kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik.

    “Contohnya, Kerajaan Negeri berjanji akan menyalurkan bekalan letrik kepada penduduk Saratok sebelum hari Gawai iaitu pada 1 Jun lalu, namun apa yang ada hanya tiang dan pendawaian sahaja, letriknya tidak disalurkan sehingga ke hari ini,” kata beliau.

    Banyak lagi janji palsu BN disini membuatkan penduduk rasa muak dan tertipu kerana Sarawak adalah antara negeri terkaya tetapi sebahagian besar rakyatnya terus dibelit kemiskinan.- SK

    Tuesday, July 7, 2009

    ADUAN POLIS TERHADAP SUARA KEADILAN ISI KES LIWAT ANWAR

    Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap akhbar PKR Suara Keadilan berhubung kenyataan yang disifatkan satu penghinaan terhadap institusi perundangan negara.

    Aduan itu dibuat oleh ketua pergerakan itu Anuar Safian di balai polis Kota Bharu pada 11.15 pagi berhubung berita "Tiada Bukti: Pemuda Pakatan Rakyat desak pertuduhan Anwar digugur segera" dalam edisi terbaru akhbar berpengaruh itu.

    Menurut Bernama, Anuar yang diiringi kira-kira 20 anggota Pemuda Umno berkata, kenyataan yang disiarkan akhbar terbabit yang menggesa agar pertuduhan liwat terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan "seperti memperlekehkan martabat serta institusi kehakiman dan perundangan negara."

    "Kes itu sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada keadilan dan ketelusan badan dan institusi kehakiman negara," beliau dipetik berkata.

    suara keadilan article on pakatan youth anwar no proof 070709Tambahnya, penyerahan memorandum kepada wakil Peguam Negara di Putrajaya yang dilakukan Pemuda Pakatan Rakyat juga secara terang-terangan telah mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara sedangkan proses perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bermula esok.

    Justeru, katanya, Pemuda Umno memohon polis menjalankan siasatan terhadap Suara Keadilan, Angkatan Muda PKR, Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis DAP.

    Menurut laporan tabloid itu, memorandum yang ditujukan kepada ketua pendakwaan kes tersebut Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menggesa kes liwat dibatalkan berdasarkan laporan perubatan Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur.

    "(Laporan) ini membuktikan tidak ada perlakuan jenayah liwat sama sekali" sebagai mana yang didakwa oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, akhbar itu memetik kenyataan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohamad Akin.

    "Pemuda Pakatan Rakyat yakin pendakwaan terhadap Anwar didalangi oleh pihak atasan, dan institusi awam diperalatkan sekali lagi untuk mensabitkan Anwar atas tuduhan yang direkacipta," laporan di halaman lima edisi 30 Jun-7 Julai dipetik.- Malaysiakini

    ANWAR KE MAHKAMAH TINGGI ESOK

    Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Beliau akan berdepan dengan tuduhan fitnah yang direka khusus demi merencatkan perjuangan rakyat dan agenda Perubahan. Berikut merupakan butiran program tersebut:

    Tarikh: Hari Rabu 8hb Julai 2009

    Tempat: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

    Masa: 8.00pagi

    Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

    Sunday, July 5, 2009

    KENYATAAN MEDIA SUA BERHUBUNG TUDUHAN BANK MSIA TERBABIT DLM TRANSAKSI PENJUALAN SENJATA

    Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkembangan mutkahir di Laut Timur. Korea Utara telah pun melancarkan 7 peluru berpandunya ke arah bahagian pantai timur negaranya. Tindakan ini jelas menyalahi resolusi 1874 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berusaha mengendurkan ketegangan di rantau itu. Komuniti antarabangsa melahirkan rasa kesal dan mengecam keras pelancaran peluru berpandu tersebut.

    Resolusi 1874 yang diluluskan pada 12hb Jun 2009 itu mengharamkan sebarang ekspot senjata oleh Korea Utara. Langkah ini bertujuan menyekat Korea Utara dari menggunakan dana hasil penjualan senjata bagi pembangunan program senjata nuklearnya. Makanya amatlah penting resolusi ini dipatuhi dengan kerjasama komuniti antarabangsa demi mewujudkan keamanan berkekalan, bukan sahaja di rantau Timur Jauh, bahkan juga di seluruh Asia.

    Oleh itu adalah mengejutkan apabila beberapa laporan akhbar dari Korea Selatan mengaitkan bank di Malaysia digunakan untuk transaksi pembayaran penjualan senjata dari Korea Utara ke Myanmar. Tambah membimbangkan apabila rombongan khas perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi yang diketuai Phillip Goldberg, dijadualkan ke Malaysia, bertujuan memastikan negara ini mematuhi perlaksanaan resolusi tersebut. Sekiranya benar tuduhan yang dilaporkan akhbar terbabit (Korea Herald dan Korea Times), kita merasa kesal dengan kecuaian kementerian dalam negeri dan regulasi kewangan negara.

    Keadilan menekankan isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dipandang remeh. Kerajaan mestilah bersikap telus serta bertanggungjawab, terutamanya apabila menangani isu sebegini. Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Akhbar Rumah Putih bertarikh 26 Jun 2009 menyatakan antara butir penting perbualan Presiden Obama dan Dato’ Seri Najib ialah memastikan perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi. Ini jelas bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia tersebut kepada media dan rakyat Malaysia berhubung perbualan telefon beliau dengan Presiden Amerika Syarikat itu. Dato’ Seri Najib sewajarnya menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Kita bimbang sekiranya terbukti tuduhan bank di Malaysia terbabit di dalam transaksi penjualan senjata oleh Korea Utara, negara ini akan dikenakan tindakan keras oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sepertimana yang nyaris dikenakan apabila syarikat Scomi Precision Engineering dikatakan terlibat di dalam menghasilkan komponen senjata nuklear.

    SALEHUDDIN HASHIM
    SETIAUSAHA AGUNG
    PARTI KEADILAN RAKYAT

    Wednesday, July 1, 2009

    SEJARAH GAMBIER 100 TAHUN MUSNAH

    YB Dominique Ng dan papan tanda 1935, Pasar Sayur



    Jalan Gambier, Kuching begitu sinonim dengan penduduk Sarawak. Dulu di situlah pusat pertemuan masyarakat pelbagai kaum yang datang dari pelosok Sarawak. Penduduk dari kawasan pesisir pasti akan singgah di sini untuk membeli keperluan. Di situlah jantung bandar Kuching.

    Kini atas desakan politik pembangunan, beberapa bangunan bersejarah terpaksa dikorbankan oleh pihak yang mempunyai kepentingan. Difahamkan tapak tersebut akan dibangunkan untuk projek sambungan Tebingan Sungai Kuching.

    Di sini juga akan dibina hotel, pusat membeli belah serta pelbagai projek lagi yang tentunya akan dimiliki oleh individu tertentu yang rapat dengan ahli politik Sarawak.

    ANWAR ALLOWED TO APPEAL

    PUTRAJAYA, June 30 – The Court of Appeal here today overruled the public prosecutor’s preliminary objections against Datuk Seri Anwar Ibrahim’s appeal to move his Sodomy II trial back to the Kuala Lumpur Sessions Court.

    The panel of three judges said they would continue to hear the merits of Anwar’s appeal tomorrow morning.

    Justice Datuk Abdull Hamid Embong, who headed the bench today, told both sides to prepare their arguments to directly address the heart of the dispute by tomorrow, which focuses on whether the controversial certificate of transfer, signed by the Attorney General (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail is valid or not.

    The court wants answers on three key points: the concept of “legitimate expectation” (which is basically the assurance then Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi gave Anwar’s wife and daughter that Abdul Gani will not be in any way involved in Anwar’s second sodomy case); the doctrine of necessity; and the question of perceived bias.

    Anwar has consistently maintained that Abdul Gani, whom he accuses of having a hand in falsifying his records in the first sodomy case in 1998, is biased.

    The Court of Appeal also granted a stay of proceedings in the KL High Court tomorrow.

    The High Court was earlier scheduled to hear Anwar’s application against the public prosecutor for allegedly withholding important evidence connected to his trial. - The MalaysianInsider

    10 PENYELEWENGAN BESAR DLM KES ANWAR

    Dari Blog Pink Turtle

    Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

    .

    1. Laporan Pengadu enggan diserahkan

    Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

    2. Anwar ditangkap sebelum tempoh

    Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

    3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

    Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

    4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.

    DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

    5. Laporan Pusrawi

    Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

    6. Bukti alibi Anwar memadai

    Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

    7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

    UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

    8. Laporan HKL

    Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

    9. Isu motif dan tujuan

    Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

    10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

    Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

    Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

    Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

    Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

    Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.