Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Tuesday, June 30, 2009

    KONSEP 1KELANTAN SEJAK 1990

    KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksana kerajaan Kelantan sejak 1990 ternyata turut diterima rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

    Di mana ia mencerminkan seakan-akan konsep 1Kelantan apabila semua kaum dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa di bawah dasar tersebut.

    Sedangkan konsep 1Malaysia baru diperkenalkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak selepas mengambil alih teraju pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi April lalu.

    Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) baru sedar konsep tersebut sedangkan ia sudah lama diamalkan di Kelantan kini hampir 20 tahun.

    "Konsep 1Kelantan dibuktikan apabila masyarakat berbilang kaum di negeri ini dapat hidup aman damai. Mereka seperti satu keluarga.

    "Keadaan itu berlaku kerana Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak awal lagi menekankan semua manusia adalah sama kerana berasal dari Nabi Adam dan Hawa," katanya ketika menjawab soalan Dato' Abdul Aziz Derashid (BN - Kuala Balah) pada persidangan Dun hari ini.

    Beliau berkata, konsep 1Kelantan kini diterima pula rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak pada pilihan raya umum lalu setelah berjaya menolak kerajaan BN.

    Menurutnya konsep perpaduan itu akan terus menular pada masa akan datang sehingga mampu menggugat kerajaan BN.

    SIVAKUMAR TETAP SPEAKER YANG SAH- NH Chan

    V. Sivakumar akan terus menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah disisi undang-undang manakala R. Ganesan, calon lantikan Barisan Nasional adalah Speaker haram dan perampas kuasa.

    Kekosongan kerusi Speaker hanya akan berlaku dalam tiga keadaan iaitu sekiranya Sivakumar meletak jawatan, beliau didapati tidak lagi layak memegang jawatan itu atau DUN membuat keputusan menggantikan beliau, demikian menurut bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan.

    Tiga syarat tersebut secara jelas terkandung dalam Artikel 36A(2) Perlembagaan Perak.

    Chan berkata tafsiran Artikel 36A klausa 2(c),(d), 5 dan 6 dalam perlembagaan negeri itu jelas membuktikan bahawa kedudukan Sivakumar tidak boleh dirampas oleh mana-mana pihak.

    “Kita membaca laporan media bagaimana Sivakumar dikasari oleh anggota polis untuk mengeluarkan beliau dari Dewan.

    “Sivakumar boleh menyaman perampas kerusi Speaker, Ganesan yang mengaku bahawa beliaulah yang memanggil polis ke dalam DUN termasuk sesiapa sahaja yang bersubahat mengeluarkan beliau dari Dewan secara paksa,” kata bekas hakim itu.

    Beliau juga menjelaskan menurut Artikel 36A(1) DUN tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam ketiadaan Speaker selain bersidang untuk melantik Speaker yang baru.

    “Oleh kerana Sivakumar tidak meletak jawatan, kedudukannya terbatal atau jawatannya dikosongkan atas keputusan Dewan maka beliau masih Speaker yang sah.

    “Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang membuat kesilapan penghakiman boleh kata apa sahaja tetapi rakyat sudah tahu dan faham bahawa mereka telah menghina diri mereka sendiri dengan membuat keputusan yang tidak berasaskan undang-undang,” tegas Chan lagi.

    SAIFUL LIWAT DISAMAN RM2 juta

    Pahang Daily Online, sebuah portal berita yang popular, akan menfailkan saman malu balas berjumlah RM2 juta terhadap Mohd Saiful Azlan Bukhari kerana memfitnah dan menjejaskan kredibiliti laman itu.

    Seorang pengendali Pahang Daily memberitahu Suara Keadilan, saman berkenaan besar kemungkinan akan difailkan sebelum 15 Julai ini.

    Saiful sebelum ini memfailkan writ saman berjumlah RM2 juta ke atas penulis laman blog pahangdaily.blogspot.com kerana menyiarkan enam artikel bersabit aduan polisnya mendakwa kononnya beliau diliwat Anwar Ibrahim.

    Bagamaimanapun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi mendapati tidak ada bukti klinikal Saiful diliwat sebagaimana yang didakwanya.

    Pahang Daily Online sebelum ini mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah pada 15 Ogos 2008.

    “Saiful mengugut mahu menyaman kami tapi sehingga ini tidak ada apa-apa tindakan dari beliau untuk membuktikan Pahang daily Online telah memfitnah beliau,” kata pengendali laman itu yang tidak mahu namanya disiarkan buat masa ini.

    “Jika dia senyap dan tidak ada tindakan susulan. Ini bermakna apa yang kami dakwa adalah betul. Kalau Saiful yakin dia dipihak yang benar, kami cabar beliau supaya meneruskan usaha saman itu kami,” tambah beliau.

    “Sekarang kami pula mahu menyaman dia kerana dakwaan yang dia buat bahawa kami memfitnahnya adalah tidak benar. Kredibiliti kami sebagai sebuah portal berita yang berwibawa telah terjejas kerana tindakan beliau tersebut,” tegas pengendali Pahang Daily Online.

    Sunday, June 28, 2009

    Azmin: Jean Todt Dibayar RM900,000, Diberi Tanah Di Terengganu

    Kementerian Pelancongan hari ini enggan menjelaskan kepada Parlimen kenapa Jean Todt iaitu tunang pelakon terkenal Michelle Yeoh diberikan kontrak lumayan RM900,000.

    Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata alasan bahawa bayaran itu untuk khidmat Todt menarik rakyat asing menetap di sini di bawah kempen “Malaysia- rumah kedua ku” tidak masuk akal.

    Ini kerana misi itu dilaksanakan sepenuhnya oleh wakil pejabat Pelancongan Malaysia di seluruh dunia, tambah beliau.

    Selain menerima hampir sejuta ringgit setahun, Todt turut ditawarkan tanah di Pulau Besar Terengganu, kata Azmin .

    Azmin mendesak kerajaan mendedahkan butir-butir perjanjian Kementerian Pelancongan dan Todt supaya rakyat mengetahui bagaimana RM900,000 dibelanjakan.

    Menteri Pelancongan Datuk Ng Yen Yen melantik Jean Todt sebagai ‘duta’ Pelancongan Malaysia untuk tempoh setahun dalam usaha kerajaan menarik 2,000 pelancong menetap di negara ini.

    Azmin menampilkan dokumen yang menunjukkan yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan dan wang saku.

    Selain itu Umno-BN turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara, kata Azmin.

    “Mengapa sejumlah RM593,000 dibayar kepada Jean Todt untuk membuat promosi ini,” tanya Azmin.

    “Kalau kita tengok pecahan yang saya dapat, kos untuk tambang kapal terbang dari Eropah ke Kuala Lumpur ke Eropah mencecah RM180,000 ringgit. Ini tidak termasuk kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam,” tambah Azmin

    Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bagaimana pun enggan menjawab pertanyaan Azmin.

    Azmin berkata beliau mempunyai maklumat terperinci mengenai pemborosan yang berlaku tetapi mahu memberi peluang kepada UMNO-BN menjelaskan perbelanjaan sebegitu besar.

    “ Saya mahukan kerajaan memberi jawapan dengan tepat. Saya harap kementerian dapat beri jawapan secepat mungkin kerana ini sesuatu yang mudah dan mereka boleh menjelaskan dengan segera,” kata beliau. - SK

    100 FAMILIES AGAINST DD PLANTATIONS DEVELOPING THEIR LAND

    A 64-year old grandmother, Daha Ak Penghulu Nunsang has been having sleepless nights since 29 April 2009, the day when DD Plantations and Pelita Holdings announced that they had signed an agreement with 94 longhouse chiefs to develop some 9,629 hectares of land in the Kpg. Samalatong/Kpg. Isu/Kpg. Kepayang area.

    The wife of the late school teacher Adun and Buang, Daha is not the only one worried, as there are over 100 families from six longhouses having the same worry – that their lands have been signed away by a few community leaders to DD Plantations for the planting of oil palm without their knowledge and agreement.

    What makes Daha very angry is that Temenggong Anthony Ngipa, the leader who signed the people’s land away to DD Plantations is her brother-in-law, who is married to her younger sister.

    It is understood Daha confronted Temenggong Anthony and asked him why did he want to “sell” their land to DD Plantations? She asked him to go back to his own village at Sebangan and not to speak on their behalf regarding their land.

    “You have no right to sell our land,” she was reported to have told him in front of so many people.

    There are five or six persons believed to be involved in this scheme whose real aim is targeting the communal forests behind the longhouses. These communal forests are part of the NCR land as decided by the Federal Court. Any one taking away these communal forests is committing a serious offence against the interests of the natives.

    Colluding with Temenggong Anthony are Tuai Sebeli of Kpg. Sibau Rumbau, Tuai Rumah Najib of Kpg. Samalatong (Melayu), Pemanca Muit and Tuai Rumah Uja, both of Kpg. Kepayang.

    They are not only PBB members, but the “kaki” (side kicks) of YB Naroden, the state assemblyman for Simunjan who is allegedly owned DD Plantations together with a Chinaman from Sebauh, Bintulu. Naroden is known in Simunjan as the local “oil palm king” owning several companies to plant some 50,000 acres of land, the bulk of which is NCR land.

    Temenggong Anthony, a retired teacher, is an ardent supporter of Naroden who appointed him as a councillor for Simunjan and when a vacancy existed for a Penghulu, he was also appointed a Penghulu at the same time. After three years or so as a Penghulu, he has now been promoted to be the Temenggong.

    Daha has approached a lawyer to write to Pelita and DD Plantations that she did not want her land in 10 places totaling some 100 acres to be developed by them, and if they persisted in attempting to get her land she would sue them in court. The strongly worded letter was copied to her brother-in-law.

    Meanwhile, six Tuai Rumah (longhouse chiefs) have sent a joint letter to the minister of land development, Dr. James Masing and the chairman of the NCR land development task force, Alfred Jabu ak Numpang, saying that they did not want their land to be developed by DD Plantations and Pelita.

    A copy of the letter was sent to SALCRA general manager, Vasco Sabat Singkang, inviting him to have a dialogue with them in order to open their land for oil palm cultivation.

    The six Tuai Rumahs represent some 100 families owning some 2,000 hectares of NCR land. There are other longhouse folks from Keniong, Sangkalan, Munggu Ai, Gayau and Kepayang who refuse to surrender their land to DD Plantations.

    All these longhouse chiefs are watching the DD Plantations and Pelita closely before making further moves including holding demonstrations and bringing them to court. – The Broken Shield

    Saturday, June 27, 2009

    SAIFUL LIWAT SERING HUBUNGI MINDEF?

    Sebuah laman web yang didaftarkan atas nama Pahangdaily.blogspot.com melaporkan Saiful Bukhari Azlan sentiasa berhubung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sebelum membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan liwatnya.

    Menurut blog itu, Saiful membuat sekurang-kurangnya enam panggilan ke Mindef sebelum laporan polis berkenaan dibuat pada Jun 2008.

    Rekod panggilan tersebut turut mendedahkan Saiful berhubung secara langsung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sejak Februari tahun lalu, iaitu sebulan sebelum beliau bekerja dengan Anwar Ibrahim, menurut blog itu.

    Rekod panggilan itu turut mengesan Saiful sebagai berhubung dengan pihak tertentu di Mindef hampir setiap hari ketika beliau bekerja sebagai pembantu Anwar.

    Ini menguatkan hujah bahawa ada tangan-tangan tersembunyi yang merencanakan ulangan konspirasi 1998 dalam satu lagi cubaan untuk menjatuhkan Anwar.

    Rekod panggilan ke Mindef itu tentunya menimbulkan lebih banyak persoalan dan menguatkan teori konspirasi di peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.

    Blog Pahangdaily berkata Saiful tidak harus terlalu angkuh semata-mata kerana mempercayai beliau dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.

    “Kebenaran pasti akan terserlah jua nanti. Malah sumpah yang dipermainkan oleh Saiful juga banyak dilihat telah memakan dirinya sendiri dan menambahkan kekalutan kes ini,” ujar blog berkenaan. (SK)

    FAUZI ABDULLAH KIBAR BENDERA PAS

    Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.


    Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini.

    fauzi abdullah manek urai by election 260609Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

    Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

    Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

    Wednesday, June 24, 2009

    YB DOMINIQUE NG CALL SIGNATURE CAMPAIGN: SAVE GAMBIER STREET HERITAGE.

    “The old markets were housed within some of the city’s earliest concrete buildings, including a handsome high-ceilinged edifice with open archways that would not look out of place on a waterway in Venice.

    Old Kuching will lose some of its greatest charm if such priceless architectural relics are sacrificed on the altar of commercial redevelopment in the name of urban progress.” John Teo, NST Online, 2008/07/04.

    Responding to widespread community sentiments, such as the above, the ADUN for Padungan, has launched a community signature campaign in a last minute effort to save the Gambier St. heritage buildings from demolition squads of the authorities which have moved in. The signature petition would take place at the Gambier St. site on Thursday, 25th June 2009.

    On the 23rd, YB Ng had met DBKU authorities at the Commissioner’s Office, but were informed that DBKU had to carry out the instructions of the State Government. The passionate appeal of YB Ng to the Government in the recent sitting of DUN to save the site as a major prong in applying to UNESCO for the Historical and Cultural Heritage Listing of Greater Kuching has clearly been ignored.

    “ I have reached the limits of my personal and my supporters’ influence; I am now in desperation and for the sake of Kuching and Sarawak historical treasure, I can only as final resort, summon the greatest political force left, that is the collective will of the entire people!” he exhorted.

    “I am pained to my bones to witness the beginning of senseless destruction of our proud historic edifices, and so are the people of Kuching sharing the shame of this monumental State folly and wanton contempt of state heritage” he lambasted.

    He calls on the people of Kuching, so proud of their city and State, to stand up to declare that we will not take this villainy against our historic heritage in submissive silence. He applauds the Sarawak Heritage Society and the Sarawak Tourism Association for expressing their stand on the matter in their respective petitions to the authorities.

    “ This is a campaign of the people for the community and State, and should surpass political party loyalties; and this is certainly not my one-man campaign,” he said. He cited Malaysia Pollster which found that over 90% of respondents support the preservation of the Gambier Street heritage site and old buildings there sited.

    “ The community including myself are not anti-development or redevelopment, but it must be smart development respecting community aspirations and heritage significance, in addition to other interest such as tourism and broader service economy.”

    “Smart preservation of the site, and judicious modification to include an esplanade along the site, as extension to the Heritage Walk on the Main Bazaar side would be consistent with the broad based interests. Restoration of the historic buildings to house souvenir and handicraft trading, display galleries for history, culture and nature would not only help tourism, services economy but would serve as an educational asset for young Sarawakians. The site encapsulates 200 years of Kuching history.”

    “Let us inform our guests to this proud city during the coming Rulers’ Conference that we are going to have an even more enriched Heritage Walk with the Gambier Street buildings restored, not and heritage-stripped history-impoverished Kosong Heritage Walk ! Come back to this city, to see its full heritage restored !” he concluded.

    Proposed development to take over the Gambier Street Old Market plus the Brooke Dockyard area, up to the Malay Mosque and Cemetery.

    Artist Impression

    This building proposed to be building in current Gambier market, across of Astana Negeri. This building will be known as Sanctuary Hotel and Mall, where as the building consisting of Shopping Complex, cafe and hotel. This building is part of the new waterfront extension in Kuching whereas the next phase of Kuching waterfront stretched from this Ceko market to Brooke Dockyard.

    • Built-Up Area – 1,200,000 sq ft
    • Retail Space – 500,000 sqft
    • Entertainment & Shopping – 6 levels
    • Cineplex – 980 seats (10 screens)
    • Convention Centre – 50,000 sqft
    • Office Space – 30,000 sqft
    • Department Store & Hypermarket Anchors
    • Retail Outlets – 200
    • Restaurants, Pubs & Cafés – 15
    • Boutique Hotel – 180 rooms
    • Serviced Apartment Suites – 128
    • Car Park Bays – 1,400 bays
    • Motorcycle Bays – 280 bays
    • Escalators – 32
    • Lifts – 12
    by Dr. Francis Ngu

    Tuesday, June 23, 2009

    Sistem Dua Pakatan Lebih Baik Daripada Kerajaan Perpaduan : Khalid

    KUALA SELANGOR, 23 Jun (Bernama) -- Sistem dua pakatan parti lebih baik daripada kerajaan perpaduan kerana ini akan membolehkan amalan mengawasi dan menegur dipraktik, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    "Jika kita kaji daripada segi politik, konsep kerajaan perpaduan ini akan mengelirukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan ulang tahun ke-10 Universiti Industri Selangor (UNISEL) di sini Selasa.

    Khalid, yang juga Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Selangor, diminta mengulas keputusan pakatan pembangkang terdiri PKR, Pas dan DAP, semalam yang menolak cadangan Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang agar satu kerajaan perpaduan diwujudkan bagi mengatasi kemelut politik yang melanda negara ini.

    Beliau berkata bahawa negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia juga mengakui tentang kebaikan mempunyai dua parti yang kuat.

    Khalid berkata sistem dua gabungan parti akan memastikan bahawa setiap daripada parti itu akan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

    -- BERNAMA

    Najib Selepas Gagal Lamar Pas: Kami Tidak Perlukan Pakatan Rakyat

    Selepas gagal melamar Pakatan Rakyat menyertai Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata BN tidak perlukan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara ini.

    Najib berkata dakwaan bahawa kerajaannya lemah sehingga memerlukan sokongan mandat dari Pakatan Rakyat adalah tidak benar, katanya lapor Bernama.

    Barisan Nasional menghadapi krisis keyakinan yang serius selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum ke-12. Pentadbiran Najib terus dipersoalkan apabila Umno-BN kalah di semua pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia.

    Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini menutup semua saluran membincangkan isu kerajaan perpaduan bersama Umno-Barisan Nasional. Keputusan ini disusuli dengan kenyataan dari Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pas telah menyelesaikan perselisihan faham berhubung isu yang diperbesar-besarkan media perdana dan membulat tekad melawan Umno-BN.

    Najib bagaimanapun berkata Umno akan terus membuka pintu untuk membincangkan isu kerajaan perpaduan. Suara Keadilan Online

    DIA RAJAWALI YANG BERANI

    RAJAWALI

    sebuah sangkar besi
    tidak bisa mengubah rajawali

    menjadi seekor burung nurirajawali adalah pacar langit
    dan di dalam sangkar besi
    rajawali merasa pasti
    bahwa langit akan selalu menanti

    langit tanpa rajawali adalah keluasan
    dan kebebasan tanpa sukma
    tujuh langit, tujuh rajawali
    tujuh cakrawala, tujuh pengembara

    rajawali terbang tinggi memasuki sepi
    memandang dunia
    rajawali di sangkar besi
    duduk bertapa
    mengolah hidupnya

    hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
    yang terjadi dari keringat matahari
    tanpa kemantapan hati rajawali
    mata kita hanya melihat fatamorgana

    rajawali terbang tinggi membelah langit dengan setia
    dan ia akan mematuk kedua matamu
    wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka

    Puisi ditulis oleh W.S Rendra untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    Tanggal 1.7.2009 akan bermula suatu lagi sandiwara ciptaan UMNO/BN terhadap Sdr.Anwar Ibrahim.Perbicaraan kes pendakwaan tuduhan liwat buat kesekiankalinya dihadapkan kepada Anwar.Kali ini yang munkin berbeda adalah pengadunya,kalau dulu Azizan Abu Bakar kali ini Saiful Bukhari Azlan.

    Manakala para dalangnya,mereka-mereka yang dulu juga;para Dewa kekuasaan di atas sana akan berterusan mengaburi mata rakyat bahawa kebenaran adalah seperti yang mereka inginkan.
    Saya yakin sebagaimana keyakinan yang terpahat sejak sedekad yang lalu,bahawa pertuduhan ini tidak lebih rekayasa para Dewa kekuasaan yang takut,bimbang dan bacul akan keboborokan yang telah mereka cipta selama ini akan terungkai dek kerana seorang Anwar.Dan saya tetap yakin bahawa seperti sedekad yang lalu,rakyat tidak akan terperdaya dan dibuai oleh muslihat Najib,Musa Hasan,Gani Patail dan para cukong mereka.

    Bukankah bukti jelas terbentang dihadapan mata?Seperti kes terdahulu bagaimana keterangan di manipulasi sebegitu rupa-dari laporan Pakar Perubatan sehinggalah bagaimana Azizan Abu Bakar mengaku yang dia tidak pernah di ‘anu’kan tatkala di soal oleh Allahyarhan Christopher Fernando (keterangan ini dengan perintah Hakim dibuang dari rekod) dan 1001 lowongan lainnya,maka yang ada pada hari ini juga sedemikian rupa.

    Laporan Perubatan dari PUSRAWI mahupun Laporan Pakar Perubatan HKL yang dirujuk oleh Polis dengan jelas,nyata,prima facie dan beyond reasonable doubt jelas menunjukkan tidak ada sebarang kesan-kerosakan-koyakan-kehancuran pada batangtubuh sipengadu,Saiful!Pun begitu,jika Sdr.Anwar sekadar warga biasa,saya percaya tidak akan ada pertuduhan dilemparkan kepada beliau.

    Malangnya Anwar adalah Anwar.Pemimpin bangsa dan Sang Pemula yang punya keterampilan,bobot dan pencinta rakyat.Maka kerana Anwar adalah Anwar yang bisa menggugat kekuasaan para Dewa dan para cukong maka seorang Anwar ini perlu ditangani dengan segala fitnah,konspirasi dan pertuduhan yang direkacipta.

    Kerana Anwar adalah Anwar yang rakyat dekat dihatinya dan rakyat juga disisinya bukan kerana watak yang dihidupkan oleh media songsang atau di dukung oleh alat kekuasaan negara tetapi tautan kerana rakyat inginkan keadilan,inginkan harakat dan maruah sebagai warga merdeka,inginkan demokrasi subur dan negara tanpa penindasan,rasuah dan salahguna kuasa maka para Dewa yang berjiwa kerdil melihat manusia Anwar Ibrahim ini suatu ancaman terhadap kekuasaan yang dibina diatas kebejatan dan diatas tangisratap rakyat.

    Kerana Anwar adalah Anwar yang peduli rakyat,yang berjuang untuk rakyat dan bergelut untuk membebaskan warga dari rantai yang membelit sekian lama,maka Anwar perlu disisihkan,perlu diketepikan,perlu dimatikan karier politiknya (political assination) dan perlu diamankan biar kembali mendekam dalam penjara.

    Dan inilah citra politik haprak,kotor,jijik,penuh dendam kesumat dan diluar dari norma etika mahupun tuntutan agama.Akan apakah yang mahu dihidangkan kepada generasi jika layaknya tingkah sebegini yang ingin diwarisi kepada mereka?Apakah yang ingin diteladani kepada para pewaris kepimpinan bangsa bahawa demi kekuasaan dan takhta maka apa sahaja kaedah cara walaupun dengan fitnah dan diluar dari garis agama boleh sahaja dihalalkan?

    Apa yang berlaku kepada Anwar adalah manifestasi betapa buruknya wajah-wajah pelaku dan Dewa politik pimpinan UMNO/BN.Rakyat berhak bertanya,sebagaimana rakyat bertanya 10 tahun yang lalu,jika sebegini layanan terhadap Anwar Ibrahim,pemimpin bangsa,mantan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO,bagaimanakah pula nasib rakyat kecil seperti kami?

    Pun begitu jika mereka beranggapan fitnah jahat dan konspirasi terhadap Anwar kali ini akan melunturkan semangat rakyat menuntut perubahan,jelas mereka mengulangi kesilapan yang sama seperti 10 tahun lalu.Rakyat sudah matang dan bijak,bukan lagi boleh dibuai dengan retorika pemimpin atau menelan bulat-bulat sabda para Dewa;dan rakyat tentunya tidak akan sekadar berpeluktubuh melihat fitnah,konspirasi dan kebejatan bermaharajalela kerana keadilan bukan sekadar mimpi indah dihujung pelangi tetapi hak yang ditentukan oleh Ilahi.

    Maka,kepada para Dewa dan sang penguasa,dengarkanlah,RAJAWALI itu tidak akan dibiar terbang bersendirian dan luka RAJAWALI adalah kedukaan rakyat.Tidak ada tembokbenteng yang dapat menghalang arus apabila rakyat benar-benar murka.

    -catatan pinggir,DenPasar,22 juni 2009

    Apabila usul ditolak tanpa ditimbang
    suara dibungkam
    kritik dilarang tanpa alasan
    dituduh subversif dan mengganggu keamanan
    maka hanya ada satu kata: lawan!
    (Peringatan Solo,1986)

    Dikirim dari Blog Lanai Lestari

    Monday, June 22, 2009

    Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

    KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

    22 Jun 2009- Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

    Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

    1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

    2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

    3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

    YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
    YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
    YB Lim Kit Siang

    KES ANWAR DITUNDA 1 JULAI

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Julai ini bagi mendapatkan lebih 10 dokumen daripada pendakwaan berhubung kes liwatnya.

    Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini.

    Mahkamah juga menetapkan 8 Julai untuk mendengar permohonan penasihat PKR itu bagi membuang kes tersebut.

    Jika permohonannya ditolak, perbicaraan kes liwat akan bermula pada hari yang sama.

    Kesnya pada asalnya dijadual bermula 1 hingga 24 Julai ini.

    Anwar memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen pada 10 Jun lalu, manakala permohonan untuk mengetepikan kes liwatnya difail seminggu kemudian.

    Dokumen yang dimohon, antaranya, rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

    Mantan timbalan perdana menteri itu menghadapi pertuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jala Setiakasih, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun lepas.- Malaysiakini

    Kegagalan pendakwaraya menyerahkan dokumen yang diminta, merencatkan perjalanan proses perundangan dan menjadi bahan momokan dunia. Bagaimana mungkin mendapatkan perbicaraan yang adil jika pembelaan tidak dinyatakan skop perbicaraan dengan menafikian akses kepada bahan bukti. Apakah muslihat mereka?


    Sunday, June 21, 2009

    MENTALITI RAKYAT SARAWAK

    Membaca pendapat Wan Semun, dari Simunjan dalam ruangan Surat Pembaca di BERNAMA online, mengajak saya untuk sama memberi reaksi. Apa yang dilontarkan beliau memang banyak kebenarannya.

    Rakyat Sarawak terlalu takut untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka terutama semasa proses pilihanraya diadakan. Senario ketakutan ini lebih ketara di kawasan luar bandar. Pelbagai cara digunakan oleh jentera Barisan Nasional untuk menyekat pengundi daripada mengunakan hak mereka memilih wakil rakyat. Ugutan tidak akan dapat bantuan dan subsidi baja, pukat, atap zink, tangki, genarator digunakan sepenuhnya. Sesiapa yang dilihat menyokong parti selain BN akan dinafikan hak mereka sebagai warganegara.

    Begitu juga pengunaan institusi sekolah, masjid serta jentera kerajaan lain dimanfaatkan untuk kempen dan desakan agar mengundi BN. Ini ternyata menyalahi peraturan dan undang-undang pilihanraya. Tapi apa sudahnya?

    Saudara Wan Semun juga menyentuh tentang kekayaan pemimpin BN apabila telah terpilih menjadi YB. Dengan gaji dan elaun sekitar RM7 ribu sebulan atau RM84 ribu setahun atau RM420 ribu sepenggal, bagaimana mungkin YB ini mampu memiliki rumah agam, kereta mewah, harta yang banyak, tanah merata tempat serta kehidupan ala raja.

    Ini tidak termasuk kaum kerabat yang turut mendapat limpahan kemewahan. Begitu juga dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri serta pegawai lain yang hidup mewah selepas bersara. Dari mana mereka mendapat semua kemewahan ini jika tidak kelicikan YB BN mengaut segala kesempatan yang ada.

    Sudah sampai masa anak Sarawak berfikir secara rasional. Jangan menyokong secara melulu. Jangan mudah menganggap semua yang keluar dari mulut pemimpin BN adalah 'fatwa' yang perlu dituruti.

    Jika tidak kerana politik wang serta penyalahgunaan jentera kerajaan, sudah lama BN berkubur. Dan ada sebahagian YB BN di Sarawak yang kecundang.



    Saturday, June 20, 2009

    WACANA PENDIDIKAN RAKYAT: CUNGKIL IDEA MANTAPKAN SISTEM PENDIDIKAN

    Hampir 400 peserta termasuk aktivis politik, tokoh akademik dan pejuang bahasa menyertai wacana pendidikan rakyat khususnya masa depan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    Wacana 2 hari anjuran Parti Keadilan Rakyat diadakan ketika hala tuju sistem pendidikan negara hangat dibahaskan khususnya kedudukan bahasa malaysia sebagai bahasa penghantar utama di sekolah.

    Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbahasan itu wujud kerana Kementerian Pelajaran tidak meletakkan hala tuju jelas mengenai pengembangan bahasa Malaysia ataupun bahasa lain.

    “Kalau kita ada falsafah, dasar infrastuktur yang cukup jelas dan meyakinkan, kita boleh angkat kedudukan Bahasa Melayu di kedudukan yang cukup jelas dan mantap. Andai masalah bahasa ini selesai maka mengangkat kedudukan Bahasa Cina, Tamil dan Bahasa Inggeris tidak akan jadi masalah. Yang jadi masalah kini, setiap kali nak mengangkat Bahasa Inggeris, orang akan membandingkan adakah penekanan yang sama diberikan kepada kepada Bahasa Melayu? Itu yang jadi masalah.” Ujar Anwar.

    Anwar berkata tindakan mempolitikkan dasar-dasar pendidikan telah membawa kesan yang buruk kepada negara. Kerajaan seharusnya berani untuk memberi ruang secukupnya kepada golongan professional untuk menggubal dasar-dasar sedemikian dan bukan dipertanggungjawabkan kepada ahli politik.

    “Keputusan dasar ini tidak boleh dibuat oleh tokoh- tokoh politik tanpa perbahasan mendalam dan mesti disertai dengan tokoh dalam bidang pendidikan.”

    “Sebab itu soal pendidikan, memperkasakan rakyat dengan ilmu, tidak boleh dipisahkan dengan pengurusan negara, soal ketelusan, soal pertanggungjawaban.”

    Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata rakyat dan cendiakiwan semakin bimbang melihat dasar pendidikan negara yang sentiasa diubah mengikut selera menteri yang mengambil alih portfolio itu.

    Akibatnya tahap pencapaian institusi pengajian tinggi awam telah jatuh pada tahap yang membimbangkan dan kini jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti Singgapura, Thailand dan Jepun.

    “Wacana ini wacana penting. Pemuda ambil sikap untuk terlibat secara aktif. Sebab pendidikan memberi kesan untuk generasi muda. Kita lihat kecenderungan yang merisaukan terhadap prestasi mahasisawa dan pendidikan keseluruhannya. Sebab itu kita rasa penting untuk kita anjurkan program seperti ini yang dianjurkan oleh parti.” Ujar beliau.

    “Saya pernah terlibat sekali dalam wacana Institut Kefaham Islam Malaysia (IKIM) dalam membahaskan tentang pendidikan. Memang dari situ timbul kesedaran yang mendalam, kalau beginilah perbincangan diadakan di peringkat kementerian, kerajaan, membahaskan pendidikan dari sudut perspektif yang begitu sempit, ia sesuatu yang merisaukan. Sebab itu kita harap program hari ini dapat menghasilkan idea baru yang mantap. Ini kerana pendidikan mesti mengatasi politik.” kata Syamsul.- Dari Suara Keadilan Online.

    PKR SARAWAK TELAH RANGKA STRATEGI HADAPI PRN10.

    Setelah perubahan pucuk pimpinan PKR Sarawak baru-baru ini, Majlis Pimpinan Negeri yang merupakan kumpulan think tank telah bermesyuarat dan sepakat untuk menggerakkan jentera pilihanraya di peringkat DUN.

    Setiap Bahagian/Cabang diarah mengwujudkan atau mengaktifkan jentera pilihanraya di kawasan DUN masing-masing. Perkara pertama yang mesti ada ialah struktur organisasi jentera tersebut.

    Setiap bahagian/cabang akan dibekalkan bendera PKR untuk dikibarkan di kawasan masing-masing sebagai tanda simbolik pengwujudkan jentera tersebut.

    PKR juga telah mengwujudkan pasukan perunding antara parti dalam Pakatan Rakyat. Pasukan ini akan berbincang dengan DAP, PAS dan SNAP berkaitan pengagihan kerusi.

    Selain itu, manisfesto PKR Sarawak juga dalam proses dirangka dan dikemaskini. Di antara janji yang akan dibangkitkan termasuklah mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran negeri, pengembalian hak ke atas tanah adat (NCR), peningkatan pendapatan isi rumah, pembinaan lebih banyak rumah untuk penduduk, kemudahan asas yang lebih baik serta pengagihan samarata pendapatan dan hasil negeri.

    Beberapa siri mesyuarat akan diadakan sepanjang Julai nanti untuk memantapkan persediaan parti dalam menghadapi Pilihanraya Negeri ke-10 yang dijangka diadakan hujung tahun ini.

    Sarawak International Medical Centre: Sarawak Hives It Off To Federal Government

    SIMC - Sarawak International Medical Center
    A senior BN politician’s baby, SIMC was launched in 1998 amidst great fanfare, slated to be completed in 2001 and to be modeled after the world famous Mayo clinic. Originally budgeted to cost RM200 million, it is now said to have cost more than RM350-400 million, almost twice the original. For 166 beds, that would work out to more than RM2 million per bed, one of the most expensive in Asia. But then who is counting?

    Forward 11 years to 2009, today the Borneo Post revealed that the federal government will take over the running of SIMC to solve the overcrowding woes at SGH. What a wow! This will shut up the critics for once and for all, and prove that SIMC is not a white elephant.

    It is good that the government has acknowledged that there is a dire need for more hospital beds in Kuching. Batu Kawa and Petra Jaya have been identified as two areas urgently in need of general hospitals to serve the burgeoning population. We hope, now that SIMC has been taken over as a public hospital, Batu Kawa and Petra Jaya will not be sacrificed in the planning for more hospital beds. Given the location of SIMC and its comparatively smaller population, it is more appropriate for it to function as a medical centre for specialty care and subspecialty care, its original purpose as intended. And for the government to quickly plan its healthcare systems to best serve the population their healthcare needs, mindful of accessibility.

    Some last words. SIMC once again reflects the poor leadership, inadequate planning and mismanagement of public funds. How much more do we have to put up with this unwisely misallocation of resources? The state government owes the people of Sarawak an explanation for this folly.

    And on behalf of the ballooning population of Batu Kawa, part of which attributed to rural-urban migration, PKR rightfully demands to have a hospital built ASAP at Batu Kawa to serve the people’s needs with affordability.

    ANWAR SODOMY TRIAL II: TWO HOSPITAL REPORT "NO SIGN OF PENETRATION"

    Sodomy II Cronology of Events
    Come 1 July, yet again opposition leader Anwar Ibrahim will stand trial for sodomy. This time, Anwar, 61, is accused by Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, who is expected to take the stand and testify against Anwar. In Malaysia, sodomy, even between consenting adults, is illegal and carries a penalty of 20 years’ imprisonment.

    Anwar indicated he is ready to meet his accuser and questioned if Saiful is ready with all the evidence against him, particularly the medical evidence. Anwar expected that false evidence would be introduced during the trial in a bid to put him in jail and end his political career.

    “It’s a convenient way for Umno to get rid of me to settle their political problem,” he said. “The worst-case scenario is to deny me bail and have a quick conviction,” he told AFP ahead of his second sodomy trial.

    Meanwhile, Anwar Ibrahim’s lawyers have revealed that a medical report prepared by Hospital Kuala Lumpur (HKL) has disclosed that was no evidence of penetration on Saiful. The medical report was dated July 13, 2008 and was endorsed by three specialists from the government hospital. Part of the report stated: “No conclusive clinical findings suggestive of penetration to the anus and no significant defensive wound on the body of the patient (Mohd Saiful)”.

    The medical report from HKL tallies with another medical report from Hospital Pusrawi which also said there was no sign of anal penetration following a physical examination of Saiful. Dr Mohamed Osman Abdul Hamid of Pusrawi, who had examined Saiful, later went into hiding in fear that his life was in danger.

    “The most vital evidence in a rape or sodomy charge is to show proof of penetration,” said Anwar’s lawyer Amer Hamzah Arshad Amer also said that the prosecution has yet to supply the defence with documents and other materials linked to the case.

    “The defence has asked for the original copy of the CCTV recording from the Desa Damansara condominium, which is vital to the defence of Anwar. These, however, have yet to be provided,” said Amer.

    “We were only given some blurred photographs and one video recording,” he said, adding that the defence had also requested for Saiful’s DNA samples to be sent in for independent testing.

    In a separate action, Anwar’s lawyers have filed an application to quash the sodomy charges which is to be heard on June 22. A copy of the HKL medical report was attached to the affidavit to strike out the sodomy charges.

    Sunday, June 14, 2009

    ZAID SERTAI PKR

    Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang melepaskan jawatan itu dan senator akhir tahun lalu telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Ia diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui wartawan sempena Kongres Nasional Khas parti itu di sini hari ini.

    Zaid juga hadir pada kongres hari ini yang diadakan untuk membincangkan pindaan perlembagaan parti.

    Anwar berkata, penyertaan Zaid akan berkuat kuasa selepas penerimaan permohonannya ditandatangani oleh Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

    Malah Zaid juga akan dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi dan Biro Politik PKR, kata Anwar.

    Zaid sebelum ini merupakan ahli Umno dan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bahru dan pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket Barisan Nasional.

    Beliau dilantik sebagai anggota Kabinet atas kapasiti sebagai senator oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum Mac 2008.

    Bagaimanapun beliau melepaskan jawatannya akhir tahun lalu.

    PKR MENJANJIKAN PERUBAHAN

    PKR melakar sejarah pada 13 Jun 2009. Sebagai parti politik yang mengamalkan ketelusan, memegang prinsip kesaksamaan, dinamik, progresif, memperjuangkan keadilan untuk semua maka ia telah bertindak berani meminda perlembagaannya.

    Kalau sebelum ini, pemilihan Presiden dan Majlis Pimpinan Tertinggi dibuat melalui sistem perwakilan dalam Kongres Nasional, kini kuasa memilih diturunkan ke peringkat akar umbi. Ahli berhak memilih pemimpin pilihannya melalui pengundian di peringkat cawangan dan bahagian. di seluruh negara. Rasional perubahan ini adalah untuk mengelak politik wang di mana tak mungkin ada calon sanggup menemui keseluruhan ahli dan memujuk merayu atau menyogok agar mereka dipilih. Belajar dari kemelut politik wang yang melanda BN, maka pindaan ini telah diluluskan sebulat suara.

    Pindaan-pindaan lain termasuklah, menghadkan jawatan Presiden disandang untuk tempoh tiga penggal sahaja atau maksimum 9 tahun.

    Menurunkan had umur Angkatan Muda dari 40 tahun ke 35 tahun. Ini bertujuan memberi lebih ruang dan peluang golongan muda terlibat aktif dalam kepimpinan parti.

    Penglibatan wanita dalam memegang jawatan di pelbagai peringkat akan diperkasakan sehingga 30% daripada jawatan parti. Ini bersesuaian dengan peranan Wanita sebagai pemangkin perjuangan selama ini.

    Langkah PKR ini dijangka akan memberi impaks yang besar dalam lanskap politik di Malaysia.

    Thursday, June 11, 2009

    AKTIVITI KEADILAN SARAWAK JUN 2009

    12 Jun 2009

    8.00pm - Perjumpaan Ketua Umum bersama semua Jawatankusa Perhubungan Negeri di Hotel D Palma Ampang

    13 Jun 2009

    9.00am-6.00pm - Kongres Khas PKR di Kolej Universiti Islam Selangor, Bangi

    14 Jun 2009

    2.00 pm - Sidang akhbar Dato Seri Wan Azizah, Presiden PKR di Pejabat Perhubungan Negeri
    3.00 pm - Perasmian Pejabat Cawangan Batu Kawa oleh Presiden PKR
    7.30 pm - Makan Malam Gawai Dayak di Restoran Lok Thian, Kuching

    15 Jun 2009

    1000am - Perasmian Team Bulding dan Strategic Planning PKR Sarawak oleh DS Presiden

    16 Jun 2009

    6.00am-3.30pm - Team Bulding dan Strategic Planning PKR Sarawak di Lundu

    17 Jun 2009

    8.00pm - Ceramah Kelompok di Kpg Landeh, Pedawan

    20-21 Jun 2009

    Wacana Pendidikan Rakyat di Hotel Quality, Shah Alam

    KENYATAAN AKHBAR PKR SARAWAK

    Parti Keadilan Rakyat Negeri Sarawak dengan ini memaklumkan bahawa kami komited untuk memberi sokongan penuh terhadap perlantikan Sdra Mustaffa Kamil Ayub, Naib Presiden PKR sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sarawak. Ini adalah amanah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum untuk beliau menyelaras misi menghadapi pilihanraya negeri yang akan datang.

    Sehubungan dengan kenyataan Ketua Bahagian Batang Sadong, ingin dijelaskan bahawa ianya tidak menggambarkan keadaan sebenar. Ia adalah pandangan peribadi beliau. PKR Sarawak telah berkembang pesat sejak Mac 2008 dengan kemasukan ramai ahli baru dan golongan professional. PKR Sarawak dalam proses mengemaskini struktur parti.

    Rasa tidak puas hati memang wujud di kalangan ahli terhadap barisan kepimpinan yang telah diumumkan. Proses pemilihan barisan kepimpinan negeri telah berlangsung sejak awal tahun ini dengan mengambilkira pandangan ahli. Sebagai ahli parti, kita kena akur terhadap keputusan majoriti dan pucuk pimpinan. Menjadi amalan parti yang mengamalkan prinsip demokrasi untuk membenarkan ahli mengemukakan pendapat, tetapi PKR mempunyai saluran untuk tujuan itu. Oleh itu, kepimpinan negeri akan menerangkan kepada peringkat bahagian keadaan sebenar berkaitan pemilihan barisan kepimpinan negeri.

    Memandangkan pilihanraya negeri ke -10 yang semakin hampir, semua ahli PKR perlu bersatu dan memperkukuhkan organisasi di peringkat bahagian masing-masing.


    PIEE BIN LING
    SETIAUSAHA PERHUBUNGAN
    PARTI KEADILAN RAKYAT,
    SARAWAK

    Monday, June 1, 2009

    SELAMAT HARI GAWAI DAYAK

    Gayu guru gerai nyamai kepada semua kenalan dan pembaca blog yang menyambut perayaan ini. Semoga memperolehi kesejahteraan. Saya akan mengunjungi beberapa kenalan mulai esok bersama dengan Mustafa Kamil Ayub dan kepimpinan PKR yang lain.