Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Thursday, May 28, 2009

    PERMOHONAN TAIB MAHMUD DITOLAK

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya dibuang perenggan-perenggan tertentu dalam kenyataan membela diri Malaysiakini.

    Hakim Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan tersebut dalam kamarnya pagi ini.

    Katanya, perenggan-perenggan berkenaan dalam kenyataan bela diri itu - yang dipohon oleh Taib supaya dibuang - mengandungi fakta-fakta penting yang relevan dan menyokong justifikasi pembelaan tersebut.

    taib mahmud and malaysiakiniOleh itu, Zabariah menolak permohonan Taib dengan kos.

    Malaysiakini diwakili oleh peguam Fahri Azzat dan Farah Mohd Afizah, manakala Yee Mei Ken mewakili Taib.

    Berikutan itu, kes tersebut akan dibicarakan kecuali Taib memfailkan rayuan terhadap keputusan rmahkamah hari ini.

    Ketua menteri Sarawak itu telah memfail saman fitnah terhadap Malaysiakini dan ketua pengarangnya, Steven Gan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Mei 2007.

    Ia ekoran satu siri artikel yang disiarkan oleh portal berita itu yang mendakwa pembabitan Taib dalam skandal balak, berdasarkan artikel-artikel yang sebelumnya disiarkan oleh media Jepun seperti Japan Times dan Kyodo News.

    Malaysiakini telah memfailkan kenyataan membela diri terhadap saman fitnah oleh Taib itu.

    Bagaimanapun, Taib telah memfail permohonan pada awal November 2007 supaya dibuang beberapa perenggan dalam kenyataan tersebut yang didakwanya 'tidak relevan' dengan saman fitnahnya itu.-Malaysiakini