Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Papan Kenyataan


    Custom Glitter Text



    Myspace Photo Cube


    PLAN MESRA - TAKAFUL ETIQA

    Manfaat Utama

    • Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.

    • Akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta akan dipulangkan + perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

    • Jika berlaku kematian, manfaat yang dibayar adalah jumlah perlindungan + Akaun Peserta Terkumpul + keuntungan Akaun Peserta.

    • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hingga tahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.

    • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan. Boleh dikeluarkan tanpa perlu bayar balik.

    • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.


    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN

    MENJANGKAU HARAPAN MEMUGAR IMPIAN
    Ketika mengendalikan Sistem SISMEP di Permatang Pauh. Sistem ini dapat mengenalpasti pengundi setiap rumah.

    Sunday, May 31, 2009

    DR. MANSOR, BAKAL TKMI Pulau Pinang RABU INI

    Tahniah kepada semua jentera PR di Penanti. Walaupun tugas nampak mudah kerana cuma berhadapan dengan 3 calon bebas, namun cabaran tetap ada.

    Pertukaran beberapa peraturan SPR yang dilakukan dalam tempoh singkat cukup memeningkan kepala. Timbul pelbagai persoalan tentang perubahan itu.

    Begitu juga serangan oleh Aminah Abdullah calon bebas terhadap PKR dan beliau mendakwa mendapat sokongan Wanita UMNO.

    Kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang yang mendakwa 5000 ahli UMNO tidak akan keluar mengundi, juga merupakan cabaran kepada petugas PR.

    Akhirnya, calon PKR menang dengan memperolehi majoriti 5558 undi. Dr mansor memperolehi 6052 undi ,Nai Khan Ari Nai Keow 494, Aminah Abdullah 392, Kamarul Ramizu Idris 56.

    Peratus keluar mengundi cuma 46.15% atau 7100 pengundi daripada 15 384 pengundi.

    Kemenangan Dr Mansor, akan mengangkat beliau sebagai calon Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang dan dijangka mengangkat sumpah 3 Jun ini.